Month: September 2021


Refleksi kehidupan 15


Perkongsian refleksi kehidupan 15, apa pun yang terjadi di dalam kehidupan, segalanya pasti berlalu.

Selebat mana hujan yang turun, bila sampai waktunya ia pasti berlalu. Bagaimana dahsyat gempa bumi yang berlaku ianya juga pasti berlalu.

Begitu juga dengan kehidupan yang kita lalui sebesar mana pun masalah yang dihadapi ianya pasti berlalu. Kerana tidak ada yang tetap dan kekal dalam kehidupan ini.Read More »

Refleksi kehidupan 14


Perkongsian kehidupan 14, kadangkala Allah mengirimkan ‘ Guru Kehidupan’ kepada kita untuk menaikkan level kesedaran kita. Salah satu caranya ialah dengan menghantar seseorang yang menjengkelkan datang ke dalam hidup.

Persoalannya adakah kita mampu menerima kehadiran orang tersebut seadanya? Jika menolak kehadirannya, itu bermakna level kesedaran masih berada di tahap yang sama.

Tetapi jika kita mampu mengambil makna dari kehadiran orang tersebut, banyak perkara yang boleh dipelajari kerana sesiapa pun yang hadir ke dalam hidup adalah umpama cermin kepada diri kita dan mereka adalah sebaik-baik guru kehidupan.Read More »

Refleksi Kehidupan 13


Perkongsian refleksi kehidupan 13, tiada yang mustahil jika kita percaya. Jika kita yakin dan percaya pasti dipermudahkan segala urusan dan ditunjukkan jalannya.

Kehidupan yang dijalani sekarang, bergantung kepada apa yang kita yakin dan percaya. Jika kita percaya hidup ini keberlimpahan pasti tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai apa yang diinginkan.

Jika hidup selama ini sentiasa bermasalah, ini kerana diri sendiri yang melihat kehidupan penuh dengan masalah dan vibrasi yang dimiliki menarik lebih banyak masalah ke dalam kehidupan.Read More »

Refleksi kehidupan 12


Perkongsian refleksi kehidupan 12, setiap orang pasti memiliki impian. Namun berapa ramai yang mampu mencapai impian? Berapa ramai pula yang yakin bahawa mampu mencapai apa yang diimpikan?

Ramai orang yang memiliki impian tetapi sekadar berharap bahawa impian itu menjadi kenyataan. Berharap dan yakin adalah dua keadaan yang berbeza.Read More »

Refleksi kehidupan 11


Perkongsian refleksi kehidupan 11, bagaimana kehidupan yang kita jalani pada ketika ini bergantung kepada persepsi kita sendiri. Persepsi kita pula dipengaruhi oleh memori yang ada di dalam diri kita.

Jika selama ini memori yang disimpan adalah hal-hal yang menakutkan, trauma, kegagalan, kekecewaan, kelukaan dan sebagainya, maka setiap kali menghadapi peristiwa yang mirip atau lebih kurang seperti memori yang tersimpan ianya akan langsung membuatkan diri merasa lemah.Read More »

Refleksi kehidupan 10


Perkongsian refleksi kehidupan 10, selamat berhujung minggu, pasti segala urusan kita dipermudahkan dan memiliki rezeki yang sentiasa lancar dan berkelimpahan. Apa yang penting adalah yakin dan percaya.

Jika kita percaya keajaiban itu wujud, pasti ianya wujud.
Jika percaya usaha kita pasti berjaya, kejayaan pasti menjadi milik kita.
Jika sedang sakit dan percaya pasti sembuh dan sihat, kita pasti sihat.Read More »