Month: September 2021


Refleksi kehidupan 9


Perkongsian refleksi kehidupan 9, semua manusia memiliki cinta yang tidak terbatas. Namun begitu cinta yang sebenar-benarnya tidak akan menunjukkan dirinya selagi belum bebas dari ego dan belenggu fikiran. Kerana cinta itu datang dari jiwa yang bebas.

Cinta itu bukan sesuatu yang perlu dipelajari kerana cinta bukan sesuatu yang boleh diajar. Seseorang itu hanya boleh diajak untuk membebaskan diri dari ego dan belenggu fikiran. Setelah ego makin berkurang dan berkurang pasti cinta akan muncul dari dalam diri.Read More »

Refleksi Kehidupan 7


Perkongsian refleksi kehidupan 7, kehidupan ini adalah untuk dinikmati bukan untuk diratapi. Setiap hari sepatutnya dnikmati dengan penuh rasa syukur dan berkelimpahan tanpa meletakkan apa-apa syarat.

Kita sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan alam. Tetapi kita tidak berkomunikasi dengan kata-kata atau bahasa kerana alam tidak memahaminya. Alam hanya memahami getaran atau vibrasi yang kita pancarkan.

Read More »

Refleksi kehidupan 6


Perkongsian refleksi kehidupan 6, teringat saya pada salah satu ungkapan Jalaludin Al-Rumi katanya jika ada ranting yang patah atau daun yang gugur, jika akar masih kuat, pohon tetap akan tumbuh.

Katanya lagi, Jika kehidupan yang sedang dilalui ketika ini jauh menyimpang, rawatlah dengan cinta, kerana cinta itu menghidupkan jiwa yang mati.Read More »

Refleksi kehidupan 5


Perkongsian refleksi kehidupan 5, Ramai yang terperangkap dengan ilusi kekurangan rezeki kerana melihat rezeki dalam bentuk matematik. Matematik adalah ilmu yang pasti memberikan hasil dan jawapan yang mutlak dengan rumus yang tertentu.

Namun dalam soal rezeki ianya amat berbeza malah ianya sangat berkait rapat dengan  kesedaran dan vibrasi . Orang yang bersedekah jika dilihat secara fizikal hartanya berkurang.Tetapi jika dilihat secara vibrasi energi, mereka yang sentiasa bersedekah sentiasa memancarkan vibrasi keberlimpahan sehingga alam semesta menerima mesej dan mengenali mereka seorang yang berkelimpahan.Read More »

Refleksi Kehidupan 4


Perkongsian refleksi kehidupan 4, semakin tenang seseorang itu, semakin tinggi vibrasi seseorang itu.

Jika inginkan kehidupan yang sentiasa baik, pastikan vibrasi diri semakin tinggi.Kerana kebiasaan individu yang memiliki vibrasi diri yang baik sentiasa tenang walau diuji dengan masalah. Malah individu yang sentiasa menjaga vibrasinya sentiasa berfikir jernih walau dalam apa jua keadaan.

Malah walau di mana pun mereka berada, mereka sentiasa berusaha memberikan manfaat kepada kepada orang lain. Walau dengan hanya satu senyuman ia mampu membuatkan orang lain merasa bahagia.Read More »

Refleksi Kehidupan 3


Perkongsian refleksi kehidupan ke 3, hidup adalah satu nikmat, jadi kehidupan ini bukanlah sesuatu yang perlu diratapi tetapi perlu dinikmati. Apa lagi jika setiap nikmat itu dapat disyukuri sebaiknya.

Semalam ketika kelas online bimbingan dan terapi untuk kemakmuran. Saya telah melakukan sessi terapi syukur dan keberlimpahan. Selepas selesai terapi masing-masing sahabat di kelas berkongsi pengalaman masing-masing. Rumusan yang dapat saya berikan melalui kesemua perkongsian pengalaman, hanya dengan RASA SYUKUR kita mampu melihat KEBERLIMPAHAN.Read More »