Refleksi kehidupan 22


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 22, tiada yang percuma di dalam kehidupan ini, segalanya ada pertukarannya.

Hukum energi menyatakan energi tidak pernah berkurang tetapi energi mengalami perubahan. Energi berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Seperti contoh apa saja yang kita makan ketika bersarapan hari ini berubah menjadi tenaga untuk kita melakukan tugas harian sepanjang hari.

Tiada yang benar-benar percuma di alam semesta ini. Semuanya memerlukan pertukaran samada secara fizikal dan atau secara energi. Malah ketika anda membaca perkongsian ini pun anda memerlukan sekurang-kurangnya peranti seperti handphone dan akses internet sebagai pertukaran untuk membaca perkongsian ini.

Adakala Ketika anda melakukan kebaikan kepada seseorang, dan sebenarnya tiada masalah jika kebaikan anda tersebut tidak di balas sewajarnya oleh orang yang dibantu kerana energi kebaikan yang anda lakukan tidak pernah hilang.

Ingat balik tentang hukum energi itu sendiri, energi tidak pernah berkurang. Jadi relaks saja, mungkin anda masih lagi memerlukan waktu untuk mengumpul tabungan energi anda.Bila sampai waktunya energi tersebut pasti mengalir di TEMPAT, WAKTU, dan KEADAAN yang tepat.

Orang yang anda beri kebaikan tersebut juga pasti dipaksa untuk melakukan pertukaran. Mungkin tiba-tiba perlu mengeluarkan energi untuk suatu keadaan yang tidak disangka seperti mengeluarkan wang kerana ada kerosakan dan sebagainya.

Fitrah kehidupan adalah keberlimpahan . Tiada yang sia-sia di alam semesta ini. Semuanya memerlukan pertukaran energi untuk berlakunya keseimbangan. Maka dari itu sentiasalah menyebarkan energi kebaikan dan kasih sayang kepada semua makhluk Tuhan.

Saya berkelimpahan dan anda juga berkelimpahan, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan