Refleksi kehidupan 24


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 24, selamat berhujung minggu. Saya niat memancarkan energi cinta kepada semua sahabat yang berada di dalam group ini.Pasti dipermudahkan segala urusan, sentiasa tenang dan bahagia..

Bercerita tentang bahagia. Ramai orang yang menantikan kebahagiaan itu datang. Malah ada juga yang mencari kebahagiaan itu di luar diri.

Jika anda merasakan kebahagiaan itu berada di satu tempat yang tertutup, memiliki pintu dan perlukam kunci untuk membukanya berhentilah mencari kunci, cukup dengan sedari bahawa kunci itu ada didalam dirimu.

Tidak perlu menunggu atau mencari, sebab satu-satunya orang yang berhak menentukan kebahagiaan adalah diri anda sendiri, bukan dia atau mereka.

Malah hakikat yang sebenarnya pintu kebahagiaan itu tidak pernah wujud kerana semua itu adalah ilusi, Cukup dengan memahami dan menyedari bahawa kebahagiaan adalah fitrah dan hak mutlak anda sebagai manusia sejak dilahirkan.

Jadi kebahagiaan itu bukan sesuatu yang kita tunggu dan cari tetapi adalah sesuatu yang perlu kita sedari.

Saya bahagia dan anda juga bahagia, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan