Refleksi kehidupan 26


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 26, kita sentiasa belajar dan terus belajar. Selagi hidup kita pasti terus belajar dari kehidupan melalui pengalaman dan kehidupan. Tiada istilah lulus atau gagal dalam kehidupan tetapi apa yang ada kita sentiasa belajar dari pengalaman yang telah kita lalui.

Kita sentiasa diajar tentang keberlimpahan melalui alam dan persekitaran. Salah satu cara untuk kita belajar keberlimpahan melalui telaga.

Telaga tidak kering walau airnya dicedok setiap hari, malah setiap kali air telaga dicedok mata air pasti mengembalikan air dalam jumlah yang sama . Malah jika air tersebut tidak dicedok selama berhari-hari ketinggian air yang ada di dalam telaga itu tidak meningkat, tetap sama.

Apa yang kita boleh belajar dari situasi ini?

Pertama,Tak perlu takut, risau atau bimbang kerana segalanya tersedia dengan kuota yang berkelimpahan dan mencukupi untuk semua . Kita hanya perlu tahu bagaimana untuk mengambil mengikut kuota yang diinginkan.

Kedua, Jangan kedekut dan berkira kerana semua energi yang kita alirkan atau berikan kepada yang lain akan dikembalikan semula malah adakalanya berkali ganda lebih dari apa yang dialirkan.

Ketiga, Jangan Tamak dan pentingkan diri sendiri. Walau betapa banyak kita mengambilnya sesungguhnya yang kita benar-benar gunakan hanya sedikit. Jadi sentiasa berkongsi , memberi dan terus memberi.

Hiduplah dengan tenang dan damai dengan segala keadaan. Jangan memberi kerana terpaksa, ingin dipuji dan sebagainya. Tetapi memberi kerana cinta kerana secara fitrahnya kita adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah.

Saya berkelimpahan dan anda juga berkelimpahan Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan