Refleksi kehidupan 28


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 28, kita lahir ke dunia seorang diri, mati pun seorang diri, jadi ketika menjalani kehidupan janganlah meletakkan kebahagiaan diri berada di tangan orang lain.

Jalani kehidupan dengan bahagia tanpa meletakkan apa-apa syarat. Berbahagia tanpa meletakkan apa-apa syarat kerana kebahagiaan itu adalah FITRAH kehidupan.

Kita dilahirkan dengan keberlimpahan dan kebahagiaan tanpa batas. Malah setiap orang memiliki kebahagiaan dan keberlimpahan yang sama. Itulah manfestasi keadilan DIA Yang Maha Adil. Tetapi kenapa kehidupan yang kita lalui berbeza.
Sudah pasti segalanya bergantung kepada KEPERCAYAAN yang ada di dalam diri.

Ada yang percaya, kebahagiaan itu datang dari dalam diri, maka mereka yang memegang kepercayaan ini percaya kebahagiaan itu adalah tangungjawab total dirinya sendiri. Jika berlaku apa-apa masalah beliau mengambil tanggungjawab mengubah situasi yang berlaku di dalam diri.

Ada juga yang meletakkan syarat untuk bahagia, mereka percaya kebahagiaan hanya diperolehi jika ada orang yang sentiasa menyokong dan mendorong kehidupannya.

Bagaimana pula keadaannya jika orang yang digantung harapannya selama ini telah tiada? Adakah selamanya perlu meletakkan kebahagiaan diri ditangan orang lain.

Saya bahagia dan anda juga bahagia. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan