Refleksi kehidupan 29


Spread the love

Perkongsian refleksi 29, kita memiliki kehidupan masing-masing. Maka rayakan dan nikmatilah kehidupan yang kita miliki.

Bermula dengan hanya berbaring, meniarap, merangkak, berlari, dan melalui kehidupan sehingga ke hari ini, tidak ada orang yang benar-benar mengetahui setiap apa yang dilalui kecuali diri kita sendiri.

Tidak ada orang yang benar-benar memahami apa yang telah dilalui dan berapa banyak waktu dan pengorbanan yang telah dilakukan untuk sampai ke saat ini.

Jadi andalah yang harus bergembira dan bersorak riang diatas setiap pencapaian kehidupan kerana tidak akan ada orang lain yang benar-benar melakukan semua itu .

Jadi hiduplah untuk diri sendiri bukan untuk mendapat penghargaan dan dipandang indah atau hebat di mata orang lain.

Pasti ada orang yang datang dan pergi dalam kehidupan. Mungkin ada datang hanya dalam waktu yang singkat dan mungkin juga ada yang menetap dan tinggal dalam tempoh yang lebih lama.

Malah ada juga yang datang dan pergi dengan meninggalkan kesan luka yang mendalam dengan kata-kata dan perbuatan yang mungkin dianggap tidak wajar.

Terima hakikat bahawa semua orang memiliki kata-kata yang ingin diucapkan, pendapat dan nasihat yang diberikan. Sudah tentu kita tidak pernah bebas dari penilaian yang orang lain. Semua itu lumrah yang perlu kita lalui dan terima seadanya.

Apa pun penilaian yang orang lain berikan, sepatutnya ia tidak dapat mengubah apa-apa kerana kita lebih tahu siapa diri kita yang sebenar. Rendahkan ego dan pandanglah mereka dengan cinta.

cinta pasti selalu menyatukan dan ego akan selalu memisahkan. Jadi sama-sama kita berusaha untuk mencintai seluruh makhluk Tuhan seadanya.

Kita adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan