refleksi kehidupan 30


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 30, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Tidak ada akibat jika tiada sebab. Malah padi pasti tidak dapat dituai jika tidak di tanam terlebih dahulu.

Tiada kebetulan di dalam kehidupan ini. Segala sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Malah setiap aksi tidak kira dari fikiran, perasaan dan tindakan pasti memiliki reaksi atau konsekuensi yang tertentu sesuai dengan aksi yang diberikan.

Begitu juga dengan soal wang dan rezeki, jika rezeki tidak lancar dan bermasalah, lakukan penilaian dengan memfokuskan pada sebab atau punca.

Jika kita memahami rezeki dan wang itu datang kepada mereka yang gembira dan bahagia, jadi berusahalah untuk hidup gembira dan bahagia.

Jika sudah berikhtiar untuk gembira dan bahagia tetapi masih lagi sukar bahagia carilah sebab atau punca yang menyebabkan diri merasa sukar untuk gembira dan bahagia.

Apa jua keadaan hidup kita hari ini adalah akibat dan ianya berpunca dari sebab yang pernah kita tanam terlebih dahulu. Jadi jika hidup kita saat ini tidak seperti apa yang diimpikan, berikan fokus pada sebab dan rawat puncanya.

Saya bahagia dan anda juga bahagia. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan