Refleksi kehidupan 31


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 31, selamat berhujung minggu dan dipermudahkan apa jua urusan kehidupan yang kita jalani.

Sesiapa pun yang pernah hadir dan sedang hadir dalam kehidupan kita itulah yang terbaik untuk kita.

Kadangkala ketika kita merasa dibelenggu masalah kehidupan, merasa kesepian, sendirian dan tidak berupaya, maka dihadirkan seseorang untuk memberikan kita semangat dan menyuntikkan energi cinta kepada kita sehingga frekuensi getaran energi kita meningkatkan atas asbab kehadirannya.

Kadangkala kita juga tidak menyedari bahawa kehadiran kita dalam hidupnya Juga untuk membantunya menjalani proses kehidupan dengan lebih baik. Kita sentiasa saling memerlukan dan sudah tentu selagi hidup kita sentiasa belajar dan belajar kerana hidup adalah proses pembelajaran.

Jadi sentiasa syukuri apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi , kerana semua pembelajaran itu membuat kita makin matang dan bijaksana.

Selamat beraktiviti dan menikmati hari ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan