Refleksi kehidupan 32


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 32, apa yang menyebabkan kita semua menderita adalah kemelekatan ( attachment) .Apa yang membuatkan seseorang itu sukar untuk menikmati kehidupan adalah kemelekatan.

Ketidak melekatan ( Detachment) bukan bererti kita tidak boleh mempunyai pasangan hidup, juga bukan bererti kita tidak dapat menikmati kekayaan dan harta. Tidak juga bererti kita perlu mengabaikan keperluan hidup.

Tidak melekat atau ‘ detachment’ itu bermaksud sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan dan seterusnya menerima kenyataan bahawa tidak ada satu pun yang kekal dalam kehidupan ini.

Tiada yang selamanya untung, jika ada keuntungan pasti ada kerugian, jika ada sihat pasti ada sakitnya. Jika kita fahami bahawa fitrah kehidupan itu sendiri adalah untuk menikmati dan bukan untuk dimiliki kita pasti sentiasa bersiap sedia untuk sebarang perubahan atau kehilangan.

Yang membuatkan hadirnya rasa sakit ketika kehilangan atau perubahan yang berlaku itu bukanlah disebabkan oleh kehilangan atau perubahan itu sendiri. Tetapi ianya datang dari KESEDARAN yang ada di dalam diri.

Selamat merentas negeri dan menikmati hari ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan