Refleksi Kehidupan 34


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 34, apa jua yang kita lakukan pasti ada risikonya. Malah menjadi kaya juga ada risikonya.

Risiko menjadi orang kaya adalah memberi dan terus memberi, berbelanja dan terus berbelanja, malah adakalanya kita perlu berbelanja untuk orang lain. Kerana mereka yang sentiasa memberi dan berbelanja tanpa rasa takut adalah mereka yang sudah memiliki kesedaran kekayaan.

Jika ingin hidup dengan kesedaran kekayaan mengikut fitrah kehidupan yang sebenar, sikap inilah yang perlu dipupuk dalam kehidupan iaitu sentiasa memberi tanpa rasa takut dan bimbang akan kekurangan.

Kuota yang disediakan oleh Allah kepada semua makhluknya sangat berkelimpahan. Namun kuota rezeki yang dimiliki secara personal bergantung kepada kesedaran yang dimiliki.

Rezeki yang banyak dan berkelimpahan dimiliki oleh mereka yang memiliki kesedaran kekayaan dan berbeza dengan mereka yang hanya memfokuskan kepada kekurangan dan sentiasa rasa tidak cukup kerana kuota rezeki yang dimiliki mengikut kesedaran dan apa yang difokuskan.

Mereka yang memiliki kesedaran kekayaan tidak akan tawar menawar, tidak teruja dan mencari potongan harga, tidak terusik walau disediakan bonus pada barang yang ingin dibeli , apalagi untuk menerima barang secara percuma.

Walaupun mereka menerima barang secara percuma , mereka dengan Penuh sedar memilih untuk “membayar” walau bagaimana pun caranya. Mungkin dengan cara menberi hadiah dan pelbagai cara yang lain.

Teringat saya pada kata-kata Robert Tkyosaki, “ adakalanya jiwa miskin saya datang apabila melihat barang dengan harga diskaun”.

Mereka yang memiliki kesedaran kekayaan tidak berfikir untuk hanya menerima, tetapi sentiasa berusaha untuk memberi, tidak hanya ingin menarik sesuatu dari luar diri, tetapi sentiasa melimpahkan rezeki kepada orang lain.

Saya hanya berkongsi cerita tentang kesedaran kekayaan mengikut apa yang saya fahami. Jadi apa pun kesedaran yang anda miliki ketika ini, hanya anda yang lebih tahu tentang diri dan kehidupan anda.

Jika anda merasakan perlu melakukan perubahan, silakan berubah kerana kekurangan itu hanya wujud di fikiran anda.

Saya berkelimpahan dan anda juga berkelimpahan. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan