Refleksi Kehidupan 42


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 42, Manusia adalah KHALIFAH , jadi alam semesta sentiasa bekerja mengikut apa yang kita arahkan samada secara sedar ataupun tidak.

Namun begitu alam tetap bekerja mengikut kriteria yang tertentu yang telah pun ditetapkan. Jadi jika ianya memenuhi kriteria, apa jua yang diinginkan pasti datang tanpa perlu kita mengejarnya.

Jadi tugas kita adalah adalah terus belajar dan belajar untuk memperbaiki diri untuk berada pada KESEDARAN yang benar, sehingga alam turut beserta melayani dan mengikut arahan kita sebagai manusia.

Sebagai contoh, jika inginkan kehidupan berjalan dengan lancar, kita perlu kembali kepada fitrah kehidupan iaitu sentiasa mengalirkan, mengeluarkan dan memberi.

Sama-sama kita renungkan, ketika kita lahir dan keluar dari rahim seorang ibu, kita menangis dan MENGELUARKAN udara dari paru-paru dan akhirnya kita mula bernafas iaitu memasukkan kembali udara ke paru-paru setelah mengeluarkannya, kerana ruang kosong tanpa udara tidak dapat bertahan dan akan memberikan kesan kepada paru-paru.

Dan pastinya ia selari dengan Hukum alam semesta yang mengatakan apabila kita mengeluarkan sesuatu pasti ada sesuatu juga yang masuk kerana prinsip energi itu tidak pernah berkurang.

Setelah kita lahir ke dunia ini, tindakan kita yang pertama adalah MENGELUARKAN. Dan mengeluarkan adalah juga adalah MENGALIRKAN dan MEMBERI.

Jadi jika kehidupan anda ketika ini tidak bahagia, rezeki tidak lancar, mohon kembali semula kepada fitrah kehidupan. Mulakan dengan MEMBERI, jangan hanya menunggu untuk diberi. Jadikanlah memberi itu sebagai titik permulaan kehidupan yang baru.

Semakin banyak anda memberi, semakin lancar kehidupan yang dilalui, malah ianya pasti dapat meningkatkan nilai diri anda.

Saya bahagia dan ada juga bahagia. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan