Refleksi kehidupan 46


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 46, berusaha untuk sentiasa bersangka baik adalah salah satu cara untuk bahagia.

Salah satu ciri-ciri mereka yang mengambil tanggungjawab total terhadap kehidupan adalah bersangka. Mampu melihat segalanya dalam pandangan yang positif.

Jika ada masalah atau sesuatu yang dihadapi mereka mampu mengambil tanggungjawab.

Malah mereka faham setiap rasa -rasa yang hadir ketika itu datang dari dalam diri mereka sendiri dan berusaha mengubahnya tanpa menundingkan jari kepada orang lain.

Mereka yang mudah sentap dan marah pula masih lagi meletakkan diri sebagai mangsa.

Kebiasaan mereka yang meletakkan situasi diri sebagai mangsa sentiasa merasakan diri teraniaya, malah setiap teguran pula dianggap satu serangan kepada diri mereka.

Apa pun samada anda ingin bahagia atau derita dalam menjalani kehidupan, bergantung kepada diri, samada ingin menjadi Tuan pada kehidupan sendiri atau meletakkan diri sebagai mangsa.

Apa jua keadaan anda ketika ini, bergantung bagaimana anda memposisikan diri anda ketika ini.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan