Refleksi kehidupan 50


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 50, mereka yang memiliki hati yang tulus, penuh keindahan, kedamaian dan kebaikan pasti sentiasa terpancar keluar dan dapat dirasakan oleh sentiap orang.

Hidup ini bukan tentang mengajar dan mengubah seseorang.
Keinginan yang tinggi untuk mengubah seseorang akan menyebabkan adanya keinginan untuk mengawal dan sudah pasti pada akhirnya diri sendiri yang akan terluka.

Tetapi hidup adalah tentang menjaga hati dalam vibrasi diri sendiri yang sentiasa mengharapkan kebaikan kepada setiap makhluk Tuhan.

Ramai orang yang mengajar dan berbicara tentang hal yang sama, ilmu dan pengetahuan yang sama tetapi hasilnya berbeza.

Kebiasaan perubahan yang berlaku bukan kerana hebatnya ilmu pengetahuan tersebut tetapi kerana telah tersentuh dengan ketulusan dan keindahan hati seseorang yang menyampaikannya.

Ketika kita memancarkan kebaikan, sentiasa prasangka baik, kita sedang memanggil kebaikan datang ke dalam hidup kita.

Malah hati yang bersih, yang selalu dalam kedamaian memancarkan vibrasi yang baik kepada setiap orang.

Saya bahagia dan ada juga bahagia. Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan