Refleksi kehidupan 61


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 61, saya doakan kita semua sentiasa sihat, gembira dan bahagia.

Salah satu perkara yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu hidup gembira ialah sentiasa memikirkan apa tanggapan orang lain terhadap dirinya.

Apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda itu tidak penting, apa yang penting ialah apa yang anda fikirkan tentang diri sendiri.

Sesuatu yang berada di luar diri tidak akan mampu mengubah kehidupan anda kerana perubahan itu perlu bermula dari dalam diri.

Jadi walau ribuan orang yang berada disekeliling mu sentiasa mempercayai akan kebolehan anda ianya tidak memberikan apa-apa makna sekiranya anda sendiri tidak mampu percaya akan kebolehan diri anda.

Ketika keyakinan mula tumbuh dari dalam diri maka ianya membentuk pengalaman dan realiti kehidupan yang dijalani.

Apa yang penting berdamai dengan masa lalu. Berdamai dengan segala trauma yang ada di dalam diri, berdamai dengan segala kegagalan yang pernah dilalui. Kegagalan adalah ilusi namun disebabkan percaya akan kewujudan gagal itu, akhirnya diri terperangkap dalam situasi itu.

Sebatang pokok tidak akan tumbang dengan cara memetik daun satu persatu. Sehelai daun yang dipetik pasti akan timbuh daun yang baru. Jadi fokuskan pada akarnya.

Begitu juga dengan diri kita pohon ego hanya mampu tumbang jika kita mampu mencari dan merawat akar atau puncanya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan