Refleksi kehidupan 63


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 63, agak lama juga saya terpaku memandang skrin Ipad kerana masih belum datang idea untuk perkongsian hari ini.

Tetapi saya tetap perlu berkongsi kerana ini adalah salah satu cara untuk saya memberi.

Hidup perlu sentiasa memberi kerana memberi adalah salah satu cara untuk kita menikmati kebebasan. Kebebasan pula adalah salah satu fitrah kehidupan.

Semua makhluk Tuhan perlukan kebebasan. Binatang tidak suka dikurung kerana inginkan kebebasan. Manusia juga inginkan kebebasan. Bebas bergerak dan melakukan apa saja yang diinginkan.

Memberi juga adalah salah satu cara untuk bebas. Dengan memberi kita telah membebaskan energi yang ada pada diri kita. Dengan memberi juga kita telah membantu energi bebas mengalir.

Begitu juga jika kita berbelanja dan bersedekah, sebenarnya kita telah membantu energi wang itu bebas mengalir. Apabila energi bebas untuk keluar maka energi juga bebas untuk mengalir masuk.

Memberi adalah fitrah kehidupan. jika ingin hidup bahagia sentiasalah memberi dan sebaik-baiknya adalah memberi tanpa syarat.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan