Refleksi kehidupan 64


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 64, mengalah tidak semestinya kalah dan mengalah juga bukan bermaksud kita lemah.

Adakalanya disaat kita mengalah, kita belajar untuk memahami bahawa tiada gunanya untuk terus berhujah dan mempertahankan diri kerana kebenaran itu sendiri bersifat subjektif. Mungkin benar untuk kita tetapi tidak untuk orang lain.

Mengalah mengajarkan kita untuk menghormati. Menghormati mereka yg ingin mengalahkan kita dan ianya mengajar kita untuk lebih toleransi.

Kita hidup bukan untuk membuktikan sesuatu. Bukan untuk membuktikan kita lebih benar atau lebih baik dari orang lain. Tetapi usaha kita untuk terus belajar mengelola diri merupakan pembuktian bahawa kita sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

Mengalah adakalanya bukan bererti kalah, tetapi mengalah adalah salah satu cara untuk tidak terperangkap dengan ego dan berusaha untuk menjadi peribadi yang lebih baik.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan