Refleksi kehidupan 66


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 66, ada pepatah yang mengatakan tidak akan hilang bisa ular menyusur akal.

Sekiranya kita memiliki kesedaran yang tinggi apa pun dan sesiapa pun yang datang pada kita tidak akan menggugat energi dan kesedaran yang dimiliki. Malah kehadiran kita dapat mengubah suasana dan persekitaran walau di situ terdapat ramai yang memiliki level energi yang rendah.

Bagi saya secara personal, tiada istilah kawan toksik, keluarga toksik dan sebagainya. Istilah-istilah seperti kawan toksik, ibu bapa toksik dan sebagainya hanya digunakan oleh mereka yang meletakkan diri sebagai mangsa. Tanpa sedar mereka menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri.

Apa jua yang kita ucapkan, rasakan dan fikirkan itu mewakili diri kita sendiri. Menganggap orang lain sebagai toksik dan sebagainya itu sebenarnya tanpa sedar telah memberitahu bahawa diri sendiri yang toksik dan bermasalah.

Sekiranya kita melihat orang lain sebagai toksik, itu bermaksud diri kita sendiri yang perlu diubah dan diselesaikan. Mungkin anda pernah melalui situasi yang lebih kurang sama dengan situasi yang sedang dilalui sekarang. Jadi berdamailah dengan situasi tersebut.

Kita tidak dapat mengubah situasi dengan menganggap orang lain sebagai toksik. Tetapi kita boleh mengubah suasana dengan mengubah cara pandang kita terhadap orang tersebut.

Jika selama ini pandangan kita penuh dengan hukuman, maka ubahlah dengan memandang dengan penuh cinta. Kerana kita adalah satu sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan