Refleksi kehidupan 68


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 68, Kesedaran itu terbentuk dari emosi dan emosi itu pula tidak pernah berbohong. Jadi kesedaran itu sendiri bukanlah satu drama yang boleh dimanipulasi.

Kesedaran adalah kejujuran yang datang dari dalam diri. Apa pun yang diucapkan ketika berdoa perlu beserta dengan emosi yang sebenar.

Energi kebahagian terbentuk dari emosi kebahagian, dan bukan dari ‘keinginan’ untuk bahagia.

Tiada yang salah dengan keinginan tetapi ketika kita berdoa apa yang harus kita hindari adalah KEINGINAN.

Kerana pada fitrahnya segala sudah pun tersedia dan berkelimpahan. Apa lagi yang diinginkan lagi jika segalanya telah tersedia?

Cukup dengan mematerialisasikan dengan rasa bahagia. Kerana itu penting kita berada pada kesedaran yang benar.

Segalanya terpulang pada diri sendiri, mampukah kita mengendalikan kesedaran untuk membentuk emosi berkecukupan untuk sentiasa merasa cukup?

Mampukah kita mengendalikan kesedaran diri membentuk emosi kedamaian untuk sentiasa merasa damai?

Mampukah kita mengendalikan kesedaran diri membentuk emosi kebahagian untuk sentiasa merasa bahagia?

Segalanya bergantung kepada kemampuan diri untuk memahami fitrah dan seterusnya bertindak kembali kepada fitrah kehidupan itu sendiri.

Saya berkelimpahan, anda berkelimpahan dan semua makhluk berkelimpahan.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan