Perkongsian refleksi kehidupan 73, selamat berhujung minggu, saya doakan segala urusan kita dipermudahkan dan apa jua niat baik kita pasti sentiasa dimakbulkan.
Apa jua niat, rasa, fikir, ucapan dan tindakan kita adalah doa. Apa jua sangkaan kita terhadap orang lain dan diri sendiri juga adalah doa.
Jika kita mampu memaknai bahawa semua yang hidup di dunia ini adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah. Maka kita mampu memahami apa jua tindakan kita terhadap orang lain ianya juga adalah doa yang ditujukan kepada diri kita sendiri.
Apa jua yang datang dari diri kita terhadap orang lain, itu adalah doa untuk kita sendiri. Apa jua tindakan dan kata-kata yang ditujukan orang lain terhadap diri kita itu adalah doa mereka terhadap diri mereka sendiri.
Jadi apa jua tindakan, kata-kata, persepsi dan prasangka orang lain terhadap diri kita, itu langsung tiada kaitan dengan diri kita. Jadi senyumlah, kerana sesuatu yang berada di luar diri kita tidak mampu mengubah apa-apa kecuali kita sendiri yang mengizinkan dan membenarkannya.
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.
#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan
Refleksi kehidupan 73
November 21, 2021
Refleksi, Terapi Kehidupan, Terapi Kekayaan
No Comments
linn