Month: November 2021
Refleksi Kehidupan 67
Perkongsian refleksi kehidupan 67, ketika saya mencari jawapan bagi setiap persoalan ketika memberikan bantuan terapi saya berusaha untuk mem fokuskan kepada RASA disebalik kata-kata yang diucapkan.
Kebiasaanya klien berusaha untuk menyembunyikan apa yang dirasa dengan mengaku sudah pun ikhlas dan pasrah dengan situasi yang berlaku pada dirinya .Read More »
Refleksi kehidupan 66
Perkongsian refleksi kehidupan 66, ada pepatah yang mengatakan tidak akan hilang bisa ular menyusur akal.
Sekiranya kita memiliki kesedaran yang tinggi apa pun dan sesiapa pun yang datang pada kita tidak akan menggugat energi dan kesedaran yang dimiliki. Malah kehadiran kita dapat mengubah suasana dan persekitaran walau di situ terdapat ramai yang memiliki level energi yang rendah.Read More »
Refleksi kehidupan 65
Perkongsian refleksi kehidupan 65, hidup kita bergantung kepada persepsi dan apa yang kita percaya.
Jika kita percaya kehidupan adalah anugerah yang terbaik dan hebat, setiap hari pasti boleh menjadi hari yang baik dan hebat.
Untuk sentiasa rendah hati dalam setiap keadaan mungkin tidak begitu mudah, namun untuk melalui kehidupan yang baik, kita perlukan cinta dan rasa yakin pada diri sendiri.Read More »
Refleksi kehidupan 64
Perkongsian refleksi kehidupan 64, mengalah tidak semestinya kalah dan mengalah juga bukan bermaksud kita lemah.
Adakalanya disaat kita mengalah, kita belajar untuk memahami bahawa tiada gunanya untuk terus berhujah dan mempertahankan diri kerana kebenaran itu sendiri bersifat subjektif. Mungkin benar untuk kita tetapi tidak untuk orang lain.
Refleksi kehidupan 63
Perkongsian refleksi kehidupan 63, agak lama juga saya terpaku memandang skrin Ipad kerana masih belum datang idea untuk perkongsian hari ini.
Tetapi saya tetap perlu berkongsi kerana ini adalah salah satu cara untuk saya memberi.
Hidup perlu sentiasa memberi kerana memberi adalah salah satu cara untuk kita menikmati kebebasan. Kebebasan pula adalah salah satu fitrah kehidupan.
Refleksi kehidupan 68
November 16, 2021
Refleksi, Terapi Kehidupan, Terapi Kekayaan
No Comments
linn
Perkongsian refleksi kehidupan 68, Kesedaran itu terbentuk dari emosi dan emosi itu pula tidak pernah berbohong. Jadi kesedaran itu sendiri bukanlah satu drama yang boleh dimanipulasi.
Kesedaran adalah kejujuran yang datang dari dalam diri. Apa pun yang diucapkan ketika berdoa perlu beserta dengan emosi yang sebenar. Read More »