Sudah beberapa hari saya tidak online lantaran kesibukan saya kebelakangan ini. Alhamdulillah saya dibantu oleh pembantu saya dalam mengemaskinikan blog ini, dengan menyalin balik setiap apa yang saya tulis dan moderate segala komen yang diterima.
Kepada individu yang meninggalkan komen dan masih belum diberi jawapan oleh saya, insyaALLAH saya akan memberikan jawapan, samada diruangan komen atau pun saya akan membuka entry baru untuk mengulas tentang perkara tersebut nanti.
Sekiranya hidup Anda ketika ini masih belum mengalami memperolehi kejayaan , jangan salahkan orang lain atas kegagalan tersebut .Selagi kita hidup, kita masih lagi di alam pembelajaran kerana kehidupan adalah satu perjalanan dan proses pembelajaran, jangan sekali-kali Anda marah kepada siapapun di dalam hidup ini jika Anda masih belum berjaya dalam kehidupan Anda.
Saya masih lagi belajar, Anda masih lagi belajar, malahan kita sama-sama masih dalam alam pembelajaran.
Orang yang sentiasa mencari atau menyalahkan orang lain, sebenarnya tidak pernah belajar dalam hidupnya. Orang seperti ini hanya mencari kebenaran atas kegagalan yang mereka terima tanpa belajar dari kegagalan itu sendiri. Dan, tidak kurang ramainya yang selalu menyalahkan keadaan, menyalahkan diri, dan bahkan menyalahkan orang lain atas setiap kegagalan atau kejayaan yang belum dicapai.
Sikap yang suka menyalahkan orang lain dan keadaan tidak menjadikan Anda lebih baik dari orang lain, kerana belajar adalah satu proses perubahan, dan orang yang mahu mengubah mindset yang salah tentang kegagalan dapat menjadikan kita sebagai pemenang atau bahkan lebih dari menjadi pemenang.
jika kita ingin kaya , tidak kira samada harta atau pemikiran, maka jangan sesekali menyalahkan orang lain atau persekitaran dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Tetapi, bersyukurlah, walau dimana jua kita berada sekarang. Selepas itu, belajarlah untuk menjadi yang lebih baik dari individu yang terbaik. Serta, lakukan yang terbaik dalam hidup ini. Dan tidak lupa, untuk memperkatakan hal-hal yang baik di dalam hidup ini. Maka, kekayaan serta kejayaan pasti akan hadir dalam hidup kita.
Terimalah seadanya keadaan Anda sekarang, bersyukurlah atas setiap kejadian yang sudah terjadi di dalam hidup ini. Dan, belajarlah untuk berubah serta mengambil tindakan dan keputusan untuk berubah saat ini juga, kerana hari esok belum pasti akan datang dan masa lalu sudah pasti menjadi sejarah.





thanks kak linn,
dengan kata semangat drp kak lin buat saya tersedar sekejap..apa2 pun bermula dari diri sendiri..berjaya @ tak ..tepuk dada tanya lah diri sendiri
Betul tu… kalau kita asyik menuding jari pada orang lain, cuma satu jari (telunjuk) saja yang tuding orang manakala tiga lagi jari (hantu, manis dan kelingking) menuding ke arah diri sendiri… itu alamatnya kita perlu lebih banyak menilai dan memperbaiki kekurangan diri berbanding kesilapan orang lain…
lagipun, dalam perhubungan kita dengan alam sekeliling, adalah lebih baik kita tumpu perhatian pada sesuatu yang “dalam kawalan dan kuasa kita” iaitu diri kita sendiri. Ingin mengubah masa? Itu bukan idea yang baik, sepatutnya diri kita yang perlu diubah mengikuti masa. Ingin ubah orang lain? Belum tentu orang boleh terima. Tetapi kita boleh kawal diri untuk mempengaruhi, menghindar atau sebagainya…
Sekian pendapat saya untuk Lin… maaf terlebih cakap hehehe