Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog sekalian. Saya Raymond Chua dan pada hari ini, saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik dengan anda semua.
Seorang profesor berdiri di hadapan sebuah kelas falsafah dengan sedikit perkakas bersama-sama dengannya. Apabila kelasnya bermula, profesor tersebut mengeluarkan sebuah balang kaca lalu meletakkan balang kaca tersebut di atas sebuah meja di hadapannya.
Kemudian, beliau mengeluarkan sekotak bola ping pong dan mula mengisi balang kaca tersebut sehingga penuh. Profesor itu pun berkata, “Adakah balang kaca ini penuh?” Semua pelajarnya pun menjawab, “Ya”.
Profesor tersebut pun tunduk ke bawah lalu mengeluarkan sebungkus guli. Beliau menaburkan guli-guli tersebut ke dalam balang kaca itu lalu menggoncang-goncang balang tersebut supaya guli-guli tersebut memenuhi ruang kosong pada balang kaca itu.
Sekali lagi beliau bertanya kepada pelajar-pelajarnya, “sudahkah balang ini penuh?” Pelajar-pelajarnya berfikir sejenak lalu menjawab, “Ya, ianya penuh.”
Profesor itu pun membuka begnya lalu menarik keluar sebungkus pasir. Dengan mahirnya, beliau memasukkan pasir tersebut untuk memenuhi ruang yang berlebihan di dalam balang kaca tersebut.
Ada beberapa pelajar yang sudah mula ketawa. “Sekarang, adakah balang ini sudah penuh?” tanya profesor itu. Memandangkan balang itu sudah betul-betul penuh, semua pelajarnya pun bersetuju bahawa balang kaca itu sudah penuh.
Profesor itu kemudiannya mencapai botol airnya yang terletak di sudut meja tersebut, buka penutupnya lalu menuangkan airnya ke dalam balang kaca itu sehingga ia penuh.
Selepas itu, profesor itu pun berkata,
“Balang kaca ini bagaikan hidup anda.
Bola ping pong itu diibaratkan sebagai perkara-perkara yang penting dalam hidup anda, misalnya keluarga, kesihatan dan anak anda. Jika anda kehilangan segala benda yang lain, hidup anda tetap penuh.
Guli-guli tersebut pula umpama perkara yang kedua penting seperti kerjaya, wang, rumah serta kereta anda manakala pasir pula seperti perkara-perkara kecil yang lain.
Jika anda penuhkan masa anda dengan pasir, maka anda tidak akan mempunyai ruang untuk bola ping pong dan guli.
Jaga baik-baik bola ping pong anda dan pastikan anda tahu apa yang penting dalam hidup anda. Jadi, tak kira sesibuk mana pun anda, anda perlu isikan masa anda dengan perkara-perkara yang penting dahulu seperti membuat senaman dan meluangkan masa dengan anak-anak anda. Yang lain-lain hanyalah pasir.”
Seluruh kelas terdiam buat seketika memikirkan ilmu yang baru dicurahkan oleh profesor mereka.
Tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan oleh satu soalan daripada seorang murid.
“Bagaimana pula dengan air itu?”
“Oh, soalan yang baik. Tak kira sesibuk manapun anda, ingat, anda sentiasa mempunyai masa untuk meminum segelas air untuk mengekalkan kesihatan anda”
Tamat cerita.
Apakah yang anda pelajari daripada cerita ini? Apakah yang anda suka tentang cerita ini? Mari kita bincangkan bersama.





hi
assalamualaikom dan salam sejah tera,alhamdulillah
terima kasih raymond satu artikel yg membuat kita berfikir dengan kreatif dan lebih mendalam.
betul apa yg ditulis itu,bola pingpong merupakan fokus utama kehidupan,guli-guli itu merupakan penyokong kepada kehidupan,pasir pula mengindahkan kehidupan manakala air adalah pelengkap kepada kehidupan.
itulah dari pandangan saya.apapun dalam kehidupan perkara2 yang penting mesti diberi keutamaan.kita harus sedar bahawa semua itu berkait rapat,saling memerlukan antara satu sama lain bagi menjalani kehidupan di alam fana ini.
terima kasih raymond semoga ALLAH memberi hidayah kepada awak serta kesihatan dan kekuatan utk terus mencurahkan dan berkongsi ilmu didlm blog ini.terima kasih jua utk semua
Hai Pak Tam,
Terima kasih atas perkongsian anda yang cukup bermakna ini.
Saya berharap perkongsian kecil ini dapat memanfaatkan semua pembaca.
salam sejahtera
satu cerita yang menarik .. pada saya la.. kalau kita masukkan air dulu.. lepas tu baru masuk pasir lepas tu masuk sebungkus guli…. agak2 sekotak bola ping pong boleh masuk lagi ke…..???
jawabnya.. tak boleh… kalau masuk jugaks.. tumpah lah airnya… dan berteraburlah pasir.. dan ahirnya satu jam propeser tu kena kutip balik guli2 yang bertaburan dan paling syahdu lagi kena marah dengan ketua propeser sebab menyepahkan kelas
huhuhu.. cian propeser..
kesimpulan… kita perlu ambil masa 1 jam untuk merancang hidup kita setiap hari…. barulah teratur hidup..
Thanks Raymond,
Cerita yang agak menarik, walaupun saya perlu membaca berulangkali untuk lebih memahami.
Pak Tam dan Allwan punya pendapat pun bagus. dalam satu cerita pelbagai tafsiran yang boleh diberikan.
Dahulukan yang terpenting daripada segala yang penting.
Hai All_wan,
Ramai orang yang masukkan air dahulu.
Hai Linn,
Kenal pasti apa yang terpenting merupakan satu kemahiran juga.
Hi, salam bersua kembali dilaman blog kesukaan saya ini.
Lama sudah saya tidak memberi komen disini. Saya amat bersyukur kerana selain ilmu yg dicurahkan disini saya banyak mempelajari pelbagai topik dan pengajaran cerita anda semua. Lagi pula saya telah kehilangan ayahanda saya yg dikasihi pd 14Apr’08 yang lalu dan dgn adanya laman blog ini saya rasa kehidupan akan lebih bermakna dgn di penuhi seribu satu kisah tersirat disebalik cerita yg anda kongsikan itu.
Moga tips atau cerita ini akan dapat memenuhi ruang hidup dan minda saya.
Thank Ramond for your articel this week.
Hai Bard,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah kepada Bard dan saya berharap agar Bard dapat mengharungi dugaan ini dengan tabah.
Ilmu adalah bagaikan cahaya lilin. Semakin banyak kita kongsikannya, semakin terang dunia ini.
Salam,
Pertamanya takziah kepada Bard dan semoga anda terus tabah..
Keduanya, memang ping pong paling penting. Malahan pada ketika saya berpeluang mendengarkan 8 prinsip yang di pegang oleh Datin Normaziah Sheikh Mohamed baru-baru ini. Beliau menyatakan, bahawa KELUARGA adalah di tempat pertama.
Perlunya kita menjaga dan memastikan keluarga, hubungan dengan keluarga dalam keadaan yang baik sentiasa. AKan memastikan kita, sentiasa ‘aman’ dalam meniti jalan menuju kejayaan.
Utamakan keluarga!~
ps : nice entry
Hai Dik Mal,
Terima kasih atas perkongsian anda.
Salam bahagia ceria,
Memang semestinya keutamaan adalah pada ugama, diri spritual kita & keluaga. Kalau di lebihkan hal-hal luaran – shopping, hias rumah, baju baru, melancung, kereta baru, hiburan secara berlebihan tentulah bola ping pong tu akan terapung lalu keluar dari balang.
Terima kasih Raymond atas buah fikiran yang menarik.
Hai Raymond, hai semua…
Pada pendapat saya balang itu umpama diri kita, bola ping pong boleh diumpamakan dengan perkara-perkara penting yang perlu ada pada diri seseorang. Yang lain-lain seperti guli, pasir dan air mengisi ruang-ruang kosong dalam diri agar diri lebih berilmu dan lebih sempurna. Bermakna jika kita dapat mengisi kesemuanya semaksimumnya bermakna kita dapat memaksimumkan pencapaian diri, ilmu dan pengalaman. Bukankah kita selalu merasakan diri banyak kekurangannya, ini menunjukkan banyak lagi ruang-ruang kosong dalam diri yang masih belum dipenuhi. Seperti yang semua orang tahu bahawa ilmu Allah terlalu luas, ilmu yang ada di dunia ini seumpama setitis sahaja daripada lautan yang luas.
Terima kasih Raymond atas cerita tersebut.
Salam,
Takziah untuk Bard, atas pemergian ayahanda tercinta. Sebenarnya bayak tafsiran yang diperolehi daripada artikel raymond ini, ia mencakupi banyak aspek termasuk kepentingan, perancangan, dan beberapa aspek lain lagi..
Salam…
Takziah Bard kerna pemergian ayah yang dikasihi, Banyak-banyakkan bersabar dan berdoalah banyak-banyak utk ayahandanya kerna hanya itu saja yang masih dapat membantunya (anak yang Solleh).
Anyway , artikel Rymond memang bagus.Saya suka sangat membacanya. Banyak yang dapat saya timba darinya. Thanks a lots. God bless U
@ fati – Terima kasih atas komen anda.
@ Ina – Terima kasih kerana berkongsi perspektif anda. Ianya menarik.
@ Nor – Terima kasih. Harap Nor dapat memanfaatkan ilmu daripada artikel ini dan kongsikannya dengan mereka yang memerlukannya.
Raymond terima kasih kerana berkongsi cerita yang sungguh menarik. Kita seharusnya memberikan keutamaan pada perkara yang lebih penting.
Sama-sama, Maizul.
Sebenarnya dalam hidup adalah seperti anak tangga. kita memulakan setapak demi setapak untuk naik keatas. Tetapi apabila kita teringin untuk melangkau lebih setapak kita kena tanya diri sendiri.
apakah kita boleh?
kalau boleh, teruskan.
jika tidak jawapannya, kamu seorang yang bodoh…..
kenapa ? sebab kamu pandai…..
kamu adalah kamu sendiri bukan orang lain.
sebab kamu yang membuat apa yang sepatutnya untuk diri kamu…
faham? tak faham email saya mohdaziz@yahoo.com.my
Terima kasih kerana berkongsi, Mohd Aziz.
Hai Raymond,
Memang menarik cerita anda. Yelah kadang-kala kerana terlalu sibuk bekerja, kita juga boleh terlupa perkara yang lebih utama dalam hidup kita. Sedangkan pada asalnya kita bekerja adalah untuk memenuhi keperluan yang utama tersebut. Oleh kerana telalu asyik dan leka untuk mengejar wang, kita boleh terlupa, bahawa kita mempunyai keluarga, rakan-rakan (perkata utama) yang perlu kita jaga.
Hubungan dengan orang sekeliling sangat penting lebih-lebih lagi dengan orang yang rapat dengan kita, seperti pasangan dan keluarga kita. Tidak guna menjadi orang yang “kaya” jika kita tidak menjadi orang yang “senang” Maksudnya, segala kekayaan tidak bermakna jika hidup kita tidak bahagia, hati kita tidak senang..
Jadi apakah pilihan anda? Kekayaan atau kesenangan? (nak dua-dua? haloba sungguh!
)
Hai rozs,
Oleh itu kita perlu fokuskan kepada matlamat sebenar kita.
Wang dan kekayaan cuma bertindak sebagai salah satu jambatan yang membawa kita ke sana sahaja.
Terima kasih atas komen anda.
Bagi saya,
walaupun balang itu sudah penuh diisi dengan bola, guli, pasir dan air, masih ada ruang kosong dicelah-celahnya. Kajian saintifik boleh membuktikannya. Cuma, jika dilihat dari sudut falsafah, ruang-ruang yang terlalu halus itu pula ibarat apa?
Ruang-ruang yang terlalu halus itu ibaratkan kita akan mempunyai masa untuk bernafas.
hai raymond
terima kasih. artikel yang menarik. satu proses mengenal diri. kepentingan dan kefahaman dengan naluri hidup. walaupun diisi, masih tetap punyai ruang kosong. umpama udara, ikan pun naik ke darat untuk dapatkan udara.
Hai Planta,
Terima kasih. Harap anda mendapat manfaat daripadanya.
aihamdulilah menarik sungguh cite tadi. ia mmberi kesan mndalam pada saya dan mmberi saya akal untuk fikir apa yg trbaik utk saya
Salam Sejahtera,
Begitu menarik topic nih telah membuatakan saya berfikir akan maksud tersurat. Pada aku bleh gak rasanya interpretkan macam nih balang tu diri kita dan isinya tu adalah ilmu. Maksudnya semakin banyak kita tuntut ilmu semakin banayak ilmu yang kita perlukan yang boleh memenuhi ruang hidup kita.
salam,
saya sgt tertarik dengan cerita tu, memberikan kesan yang mendalam dan sedikit sebanyak memberi saya panduan untuk menentukan hala tuju hidup saya nak pulak sekarang saya dihimpit dilema dan pelbagai masalah yang saya sendiri tidak tahu yang mana harus saya selesaikan dahulu.
Hai Hana,
Harap ia membantu.
salam…
terima kasih atas motivasi yang berguna ini. sekarang baru saya faham erti membahagikan masa.
walaubagaimanapun, saya sekarang sedang sakit, tengah makan ubat dan berusaha untuk pulih. sedih juga rasanya bila bola ping pong tidak dapat diisi sepenuhnya….
tolong doakan saya ya : )
Hai Shah,
Semoga cepat sembuh.
Salam sejahtera Raymond
Terima kasih,satu artikel yang sangat menarik.cerita ini membuka minda ku
untuk berfikir seketika tentang makna kehidupan sebenar.pada pendapatan ku,setiap kehidupan kita di dunia mempunyai misi tertentu yang perlu kita manfaatkan sebaik baik nya walau pun perkara yang terkecil sekali pun.Bola ping pong,pasir dan air semua nya berkait rapat dengan kehidupan dan oleh itu kebijaksanaan kita untuk mengatur kehidupan dapat mencapai misi hidup.
salam buat semua,
walau penuh mana kehidupan kita pasti punya ruang untuk diisi dengan berbagai aktiviti berfaedah
salam..
setelah saya membaca dan meneliti apa yang diceritakan oleh En.Raymond membuatkan saya terfikir dan berfikir dan seterusnya berfikir cerita tersebut mempunyai makna yang sungguh mendalam..mempunyai kebenaran yang sungguh bermakna..kita harus MENGUTAMAKAN YANG UTAMA.
terima kasih En. Raymond diharap selepas ini masih ada cerita yang menarik boleh dikongsi bersama.
kisah di atas merupakan satu falsafah yang sangat menarik dan harus dipegang dan dihayati. Kadang-kadang kerana sibuk dengan kerja dan urusan seharian kita abaikan anak isteri dan ibubapa kita. Sedangkan mereka adalah segala-galanya dalam hidup kita. Tapi dalam masa yang sama wang juga penting dalam hidup kita. So, kita kena bijak menguruskan masa.
Salam..sbg Muslim sya suka utk ejas sedikit pendekatan. sblm bola p.pong tu ada satu bola besbal (satu shj)..pastu baru diikuti dgn lain2 barang td..klu kita dulukan sesuatu tidak ikut aturannya, mmg tidak akan menjadi ‘khidupan’ tadi mngikut hal yg selayaknya. Kita ibaratkan bola besbal tu agama & tuntutannya dan yg lain2 tu blh ikut yg mcm Mr Raymond tulis. Maknanya, klau kita masukkan bola p.pong, guli etc kompem bola besbal tu x boleh dimasukkan kemuidnnya..maksudnya bl kita dulukan yg lain sblm agama..mmg agama akan terus tinggal di luar kehidupan dan hiduplah kita ikut acuan & aturan kita sendiri..tidak seperti yg dituntut..