Alhamdulillah, hari ini saya mampu mengemaskini blog ini, semalam saya sedikit kecewa kerana hampir sepanjang siang semalam saya tidak dapat mengakses blog ini kerana masalah hosting dan ini bukan kali pertama berlaku malahan kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini. Semua yang berlaku semalam adalah di luar bidang kuasa saya, dan sekiranya masalah ini berlaku lagi tindakan wajar yang perlu saya lakukan ialah berpindah ke hosting yang lain, kerana hanya itu sahaja yang mampu saya lakukan. Lupakan pasal hosting, saya benar-benar berharap masalah ini tidak akan berlaku lagi.
Sekiranya Anda diminta untuk menunjukkan satu perkara sahaja yang membuktikan bahawa Anda adalah orang kaya, apakah jawapan Anda?
Saya berpendapat jawapan yang paling tepat adalah anugerah KEHIDUPAN yang diberikan ALLAH kepada kita . Secara ringkas , sekiranya kita diberi peluang untuk hidup ketika ini, ianya merupakan kekayaan yang luar biasa nilainya. Semua yang kita capai dan kita miliki sekarang menjadi tidak bernilai sekiranya kita tidak hidup di dunia ini.
Mempunyai rumah yang besar, harta yang menimbun, sekiranya kita meninggal, adakah ianya masih mempunyai nilai kepada kita apabila kita kembali ke alam arwah?. Sudah tentu semua itu tidak dapat kita angkut bersama. Jadi hargailah kehidupan Anda ketika ini. Walau dalam apa jua keadaan kehidupan yang kita alami hari ini. Bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang masih menjadi milik kita ketika ini.Ingat, kehidupan ini adalah pemberian Allah. Pada bila-bila masa sahaja nikmat ini boleh ditarik semula.
Banyakkan bersyukur, kerana banyak perkara yang membolehkan kita sentiasa bersyukur, Seperti kita masih boleh bangun setiap pagi, otak untuk berfikir, mata untuk melihat segala keindahan, hidung untuk bernafas, mulut untuk makan dan berkata-kata, dan banyak lagi perkara lain yang dapat membuktikan bahawa kita sebenarnya adalah seorang yang amat kaya.
Sedarlah , Anda sebenarnya kaya!





Ya kak.. Dalam buku T.Harv Eker ada tulis bahawa “Wealth is not just money.”
Alhamdulillah.. Saya Kaya!
yup…setuju dengan artikel di atas…
Syukur. Kekayaan pada mata saya membolehkan saya membaca blog ini.
Syukur alhamdulillah
Saya di lahirkan kaya.Awak pun kaya.Kita semua kaya
Tapi
Masih ada orang merungut kata mereka tak kaya
Tapi lagi sekali!!
Tanpa mereka sedari. Mereka juga memang kaya
ps : Sejak saya mula memahami kejadian diri ini sendiri adalah suatu yang penuh dengan hikmah, kekayaan dan kebaikan…Maka saya semakin kurang rasa bahawa saya susah…Semuanya mudah..Saya kaya tahu?
Saya bersetuju dan sangat bersyukur diatas apa jua kekayaan yang ada pada diri saya diatas limpah kurnia Allah yang Maha Kaya terhadap hambaNya. Saya baru sahaja pulang dari kawasan Jawa Timur, Indonesia. Pengalaman baru yang saya dapat adalah erti sebuah penghidupan,perit jerih mencari sesuap nasi dan nilai usaha yang tidak setimpal dengan keringat serta tenaga yang dikeluarkan.
Tiada sesaat pun masa buat untuk mereka memikirkan tentang kemiskinan atau pun kekayaan. Syukur Alhamdullilah hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri lebih baik negeri sendiri.Jangan sampai kita tenggelam didalam kemewahan hidup ini.