Apakah Maksud Hipnosis?

8

Category : Hipnosis

Hypnosis
Image by zoomar via Flickr

Apa khabar kalian? Terima kasih kerana masih lagi bersama saya dalam Bicara Selasa.

Dalam artikel minggu lepas, seorang pembaca, Bard telah mencadangkan supaya saya berkongsi ilmu tentang hipnosis dan cara-cara menggunakan ilmu hipnosis untuk merealisasikan impian anda.

Pagi ini, saya tengah fikir, apakah saya patut kongsi tentang ilmu hipnosis ini dalam satu artikel secara ringkas ataupun membahagikannya kepada beberapa bahagian supaya saya dapat menerangkannya dengan lebih terperinci?

Akhirnya saya membuat keputusan untuk membahagikannya kepada beberapa artikel supaya anda boleh mendapat gambaran serta ilmu yang lebih lengkap tentang ilmu hipnosis ini.

Mari kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan hipnosis. Hipnosis ialah suatu keadaan di mana seseorang berada dalam keadaan yang amat tenang dan mempunyai daya imaginasi yang amat tinggi.

Ramai yang menganggap seseorang yang sedang dihipnosis itu berada dalam keadaan tidur. Tanggapan ini salah kerana seseorang yang dihipnosis itu masih sedar. Cuma mindanya amat mudah menerima sebarang cadangan ataupun arahan.

Seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis “kehilangan” diri mereka dalam ketika itu juga. Keadaannya hampir sama seperti keadaan berangan-angan di mana anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan kurang sedar terhadap alam sekeliling anda.

Tahukah anda bahawa anda menghipnosiskan diri anda setiap hari tanpa anda sedari?

Bila pula?

Ha. Misalnya semasa anda menonton televisyen, bermain permainan komputer, membaca buku cerita, mendengar lagu dan lain-lain.

Apabila anda asyik membuat sesuatu perkara, misalnya menonton televisyen, anda seolah-olah telah memasuki alam cerita tersebut.

Anda dapat merasakan ketakutan, kesakitan, kebahagiaan, kegembiraan, keseksaan, kerisauan serta kecemasan pelakon-pelakon dalam wayang tersebut. Dalam saat itu jugalah anda telah dihipnosiskan oleh rancangan televisyen tersebut.

Dalam saat tersebut anda berada dalam keadaan tenang dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Hipnosis dapat membantu serta memudaratkan anda, bergantung kepada cara anda menggunakan ilmu hipnosis ini. (Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.)

Seorang ahli hipnosis dapat meletakkan diri anda dalam keadaan hipnosis dan memberi cadangan serta arahan kepada anda. Dalam keadaan hipnosis, anda amat mudah menerima cadangan tersebut dan manganggapnya sebagai realiti.

Misalnya jika seorang ahli hipnosis mencadangkan anda telah jatuh bankrap, anda yang berada dalam keadaan hipnosis akan merasakan bahawa diri anda telah betul-betul bankrap dan mula berasa cemas, mempunyai perasaan yang tidak menentu, berpeluh, kadar denyutan jantung meningkat dan sebagainya.

Jika ahli hipnosis tersebut memberitahu anda bahawa anda ialah seorang CEO syarikat ABC, anda akan mula berlagak seperti seorang CEO.

Apa-apa sahaja cadangan yang ditujukan akan dianggap sebagai benar.

Adalah ilmu hipnosis ini bahaya?

Jangan bimbang. Hipnosis tidak dapat membuat anda melakukan perkara-perkara yang tidak ingin anda lakukan kerana minda anda masih sedar.

Misalnya, jika seorang ahli hipnosis meminta anda terjun dari bangunan 20 tingkat untuk membunuh diri, anda boleh memilih untuk tidak melakukannya.

Baiklah. Sekarang anda telah pun mengetahui apakah sebenarnya hipnosis. Dalam Bicara Selasa minggu depan, saya akan menerangkan hipnosis dari sudut minda separa sedar.

Selamat berhipnosis,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Comments (8)

Hi Raymond,

Perkongsian yang hebat, dengan analogi yang mudah difahami. Semoga pembaca dapat mengambil manfaat daripada perkongsian hebat ini.

Sebelum ini, ramai yang memandang hipnosis sebagai sesuatu yang tidak baik seperti sihir dan ilmu hitam. Sebenarnya hipnosis adalah satu seni komunikasi kita dengan minda separa sedar.

Terima kasih atas perkongsian ini.

Salam ketenangan dan keceriaan buat anda semua.

Hi, Raymond. Ribuan terima kasih atas penulisan artikel berhubung dgn ilmu Hypnosis ini utk tatapan pembaca setia blog linncomel ni.

Semoga ianya dapat membuka pintu hati pembaca yg lainnya serta memudahkan lagi kita memahami rahsia disebalik kehebatan minda (akal) yg dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita.

Saya akan terus mengikuti perkembangan selanjutnya diartikel yg akan datang dari sdr Raymond.

Sekian terima kasih.

p/s: maaf saya ada soalan tapi belum pasti / dgn kata lain tak ingat?

Hi Raymond,

“Hipnosis” adalah satu benda yang baru bagi saya. Perkongsian yang amat menarik dengan gaya penyampaian yang mudah untuk difahami.

Tak sabar rasanya nak menunggu untuk artikel seterusnya.

TQ Raymond,

Penjelasan anda mudah untuk difahami.

Subhanallah,Luasnya ilmu yang Allah berikan kpd kita!

Salam.

Nice artikel.
Ini pon boleh digunapakai.

TQ

Regards

Salam sejahtera buat semua,

Kepada sdr Raymond, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda mencurahkan ilmu berkaitan Hypnosis ini utk tatap kami semua sebagai pembaca setia blog linncomel ini.

Saya sangat teruja dan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Semoga anda dan Linn ditambahi kelimpahan rezeki yg tidak disangka-sangka.

Harapan agar ilmu ini dapat memudahkan lagi saya dan pembaca semua memahami bagaimana utk menggunapakai kaedah hypnosis ini sebagai salah satu cara atau jalan ke arah mencapai kejayaan yg di impikan.

Sekian, bersua di lain masa.

Salam bahagia,
Sememangnya saya ( dan kita semua ) sentiasa tertunggu-tunggu santapan dalam bicara selasa. Buah fikiran dari Linn dan Raymond selalunya memberi manafaat besar bagi yang mengamalkannya…
Terima kasih.

artikel yang anda paparkan sangat menarik dan mudah difahami walaupun ini kali pertama saya melayarinya..saya harap anda dapat menhuraikan dengan lebih detail tentang hipnosis ini…

Post a comment