Bila hati merasa tidak layak

img_2573

 

Assalamualaikum,
Saya doakan semoga sahabat semua berada dalam keadaan yang bahagia. Alhamdulillah, kerana diizinkan ALLAH untuk berkongsi cerita bersama sahabat semua. Sebenarnya banyak pengalaman menarik yang berlaku kebelakangan ini dan saya menemui beberapa penemuan ketika membantu sahabat yang perlukan bantuan coaching dan terapi. Antara pengalaman yang saya temui diantara sahabat client yang saya bantu ialah mereka berkongsi satu ‘pattern’ masalah yang sama.

Mereka ingin berubah untuk lebih berjaya dan bahagia, mereka hadiri pelbagai kursus, seminar dan workshop tetapi mereka tidak mampu bertindak ( take action) melalui ilmu yang diperolehi. Malah ada dikalangan mereka yang menghabiskan setiap hujung minggu dengan seminar demi seminar tetapi tidak mampu untuk berubah.

Mengapa situasi begini berlaku? Kerana hati dan fikiran mereka tidak selari. Fikiran inginkan hidup yang lebih bahagia dan berjaya tetapi hati ‘resist’ tidak ingin berjaya disebabkan kelukaan demi kelukaan lampau yang pernah dialami.

Bagi mereka yang memandu, situasi ini seperti satu kami menekan minyak dan satu lagi kaki menekan brek, jadi anda tidak mampu bergerak ke hadapan.

Jadi sekiranya ada dikalangan sahabat yang ada situasi seperti ini. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah, rawat hati anda terlebih dahulu dengan memaafkan dan berdamai dengan masa lalu anda. Disebabkan kelukaan demi kelukaan hati merasakan bahawa diri tidak layak untuk berjaya walaupun di level fikiran anda benar-benar inginkan kejayaan.

Saya doakan kejayaan dan kebahagiaan untuk sahabat semua, Insya Allah bertemu lagi di perkongsian yang akan datang.

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

This entry was posted in Bina Kejayaan, Terapi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *