Hadiah tahun baru

3

Category : Astronumerology, Info, Minda Separa Sedar

Hari ini adalah hari terakhir dan kita berada di penghujung tahun 2009 dan esok kita akan memulakan tahun baru 2010. Harapan saya semoga tahun 2009 ini  baru 2010 akan menjanjikan kejayaan yang cemerlang dan gemilang untuk kita.

Seperti biasa tahun baru perlu disertakan dengan azam yang baru. Samada azam lama di bawa ke hadapan ataupun menukar seluruh struktur azam bergantung kepada keperluan kita sendiri masing-masing.

Namun begitu hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta yang menarik :

  • Pada hari ini bersamaan dengan tarikh 14 Muharam 1431 iaitu malam bulan purnama PERTAMA untuk tahun 1431.
  • Bulan purnama yang kali ke-13 untuk tahun 2009. (Kebiasaannya secara astronomi, bulan purnama hanya 12 kali sepanjang tahun)
  • Merupakan bulan purnama yang ke-2 pada bulan Disember 2009 (yang pertama pada malam 2/12/2009

Anda boleh membacanya di sini untuk informasi yang lebih lanjut http://www.dreamyourlifepositively.com/blog.html Jadi pasanglah niat dan berdoa  untuk segala yang baik bagi diri anda dan keluarga dalam segala aspek kehidupan.

Sempena hari yang baik ini, saya mewakili team linncomel.com ingin memberikan sesuatu untuk dikongsikan bersama anda.

Ramai yang mengatakan duit bukanlah segalanya …..tapi tanpa anda sedari segala-galanya memerlukan duit. Celikan mata yang pertama tatkala anda lahir ke dunia anda sudahpun menggunakan duit. Malahan hembusan nafas yang pertama dan terakhir di muka bumi ini anda juga menggunakan duit …..

Apa lagi dalam kehidupan seharian anda. Duit begitu berkuasa, malah adakalanya kita sendiri terperangkap dan menjadi hamba duit. Segala keperluan harian kita memerlukan duit. Sebenarnya ramai diantara kita menghabiskan masa seumur hidup dengan memikirkan berapa banyak duit yang dibelanjakan tetapi tidak ramai diantara kita yang memikirkan tentang hubungan diri dengan duit. Bagaimanakah untuk membina hubungan yang baik dengan duit ?

Jadi sempena memasuki tahun baru ini, kami menghadiahkan satu e-kursus percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melanggan kursus ini secara percuma dalam masa beberapa hari lagi. Semoga dengan perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu membina mindset kewangan yang lebih baik. Akhir kata, sekali kami ucapkan selamat tahun baru dan selamat abad baru 2010.

3, 5 dan 8

7

Category : Astronumerology, Bina Kejayaan

Dalam kehidupan seharian, kita takkan dapat mengelak daripada wujudnya rasa tertekan dan beremosi. Selain itu, selagi kita hidup kita juga tidak dapat lari daripada menghadapi persaingan, kurang sabar dan adakalanya wujud sikap negatif yang menjadi punca kegagalan.

Adakalanya kita juga sentiasa merasa terhalang dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Dan rasa terhalang ini wujud sekiranya kita mempunyai imej diri yang rendah, kurang yakin dan mudah berputus asa.

Perasaan yang saya nyatakan di atas ianya timbul jika kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan emosi dengan sebaiknya.

Dalam ilmu numerology, perasaan tertekan, beremosi, mudah marah diwakili oleh angka 8.Namun dari aspek positif, individu 8 dikurniakan kekuatan untuk menghadapi segala tekanan dan cabaran. Dan sekiranya individu 8 menyedari kekuatan yang dimiliki, ianya akan menjadi pendorong dan seterusnya membantu untuk menjadi lebih berjaya.

Manakala rasa terhalang, kurang keyakinan diri dan mudah berputus asa pula,diwakili oleh angka 5. Namun dari aspek positif, sekiranya masalah tersebut dapat di atasi, individu yang mempunyai angka 5 akan menjadi individu yang berjaya, jika tahu bagaimana untuk melepasi rasa halangan, rendah diri dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dan untuk pengetahuan , ramai golongan kenamaan dan pemimpin yang dilahirkan dengan nombor asas 5, salah seorang darinya ialah mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Manakala , rasa gelisah dan panas baran pula diwakili oleh angka 3 .Namun pengurusan emosi dan ketenangan jiwa adalah ubat mujarab untuk menghapuskan masalah ini. Jadi sekali lagi saya nyatakan pengurusan emosi yang baik adalah kunci kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara.

Untuk free online seminar yang pertama , saya akan membincangkan lebih lanjut mengenai perkara di atas. Adalah lebih baik anda mengenal diri anda dahulu, supaya lebih mudah untuk anda meneruskan langkah mengejar apa yang anda inginkan, supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang.

Saya inginkan pendapat dari anda, apakah waktu yang terbaik untuk online seminar ini dijalankan?

Keserasian Perniagaan

Category : Astronumerology, Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar, Perniagaan

Jika semalam Raymond ada berkongsi tip untuk memasarkan perniagaan bagi mendapatkan untung yang lumayan, jadi hari ini juga saya ingin menyentuh juga berkenaan potensi diri dalam perniagaan.

Dalam mengenal potensi melalui kaedah numerologi, saya ada sedikit membuat kajian secara ringkas untuk kefahaman saya. Apabila menyebut tentang berniaga, terdapat beberapa jenis pola perniagaan yang serasi dengan seseorang individu jika dibandingkan dengan individu yang lain.

Terdapat individu yang amat minat berniaga, kebiasaan individu yang dikategorikan sebagai minat berniaga mempunyai nombor pola 696 atau 969. Tetapi terdapat juga dikalangan individu yang mempunyai nombor pola 696 atau 969 ini mempunyai keserasian perniagaan yang berbeza-beza.

Kepada yang mempunyai perniagaan sendiri, pernahkah Anda mengalami masalah seperti semasa peringkat awal perniagaan Anda mempunyai keuntungan yang amat baik (933 atau 339), tetapi ianya tidak bertahan lama. Adakah individu ini tidak layak untuk berniaga walaupun mempunyai pola 696? . Sudah tentu Anda masih layak berniaga tetapi Anda perlu mempunyai strategi tententu dalam memilih perniagaan yang sesuai dengan diri Anda. Sekali lagi saya katakan, Anda masih lagi layak berniaga dan mampu memperolehi keuntungan yang lumayan untuk perniagaan Anda.

Apakah strategi yang sesuai? . Binalah perniagaan yang singkat, ringkas dan berjangka pendek. Elakkan mempunyai perniagaan yang menyimpan stok yang banyak. Carilah potensi pelanggan yang benar-benar inginkan produk atau servis yang Anda lakukan. Pastikan minda Anda sentiasa kreatif dan tidak hanya bertumpu pada satu perniagaan sahaja.

Jadi sekiranya Anda mempunyai masalah perniagaan yang hanya untung dalam masa yang singkat dan tidak bertahan lama, jangan cepat berputus asa. Tukarlah strategi perniagaan Anda, kerana peluang untuk Anda berjaya masih cerah.

Mungkin Anda boleh menggunakan perkhidmatan Raymond untuk strategi pemasaran perniagaan Anda. Saya baru sahaja mengetahui Raymond Ada menyediakan khidmat konsultasi ini semalam melalui artikel beliau. Berpandukan cara kerja, usaha dan effort yang saya lihat melalui blog beliau, saya yakin beliau boleh memberikan khidmat yang terbaik untuk Anda.

Contoh Pengiraan& Tafsiran melalui kaedah numerology

19

Category : Astronumerology

SELAMAT JALAN (1921 – 2008)

AL-MARHUM MANTAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA KE 2 H.M. SOEHARTO

Seorang pemimpin masyarakat yang mahir merancang namun memiliki penyakit paru-paru, jantung dan buah pinggang.

PROFIL KEKUATAN:

573 – Pola orang kenamaan / orang terkenal

13 – Pola aktif (kekuatan fizikal)

5955 – Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan

459 dan 549 – bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.

545544 – perancang yang hebat.

494 – memiliki pengetahuan yang tinggi

426 – penceramah yang bagus

9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.

7 di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.

Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.

PROFIL KELEMAHAN:

456 – dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)

PROFIL KESIHATAN (NOMBOR KESIHATAN DI TENGAH SEGITIGA):

Tiada nombor 1-6 = masalah paru-paru

Tiada nombor 3-8 = masalah jantung

Tiada nombor 2-7 = masalah buah pinggang

Ketiga-tiga masalah ini merupakan antara beberapa masalah besar kesihatan beliau.

Di jemput semua ke seminar menjana pendapatan tambahan secara usahawan dengan menggunakan kaedah sains metafizik astronumerologi dinamik pada 10 ogos ini.

Anda akan pelajari pelbagai teknik dan kaedah untuk memulakan perniagaan atau aktiviti menambahkan pendapatan. Dengan masalah peningkatan kos kini, maka sangat perlu kita memiliki strategi sebegini.

Tempat: K Club (dulu Century Paradise), Jln Melawati 3, Taman Melawati, KL
laluan bas T304
Dkt stesen Putra Taman Melati
selang satu susur Zoo Negara

Masuk susur Taman Melawati, nampak stesen minyak BP, boleh belok kiri atau terusjumpa sekolah menengah dan belok kiri. Jalan terus nampak satu bukit. Di bawah itulahbangunan K Club iaitu sebuah bangunan kelab sukan.

Bayaran percuma.

Sila bawa maklumat waktu jam anda dilahirkan untuk cetakan graf hayat anda nanti.

Daftar jam 8.30 pagi, bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Ada dua sesi iaitu
Sesi pagi: 9 pagi hingga12.30 petang dan bersambung 2.00 petang hingga 5 petang.

Sila SMS: RK (nama) ke 016 2379856.