Untuk melihat Aura sebenarnya tidaklah begitu sukar. Berikut ini bagaimana caranya anda mampu melihat warna aura tersebut.
Pastikan rakan anda berdiri dengan jarak lebih kurang 50 cm di hadapan satu dinding atau latarbelakang yang berwarna putih. Mintalah rakan anda bertenang dan bernafas dalam – dalam. Supaya dapat melihat aura dengan baik , sekurang-kurang nya anda hendaklah berada dalam jarak 3 meter dan cahaya tidak boleh terlalu terang .Cahaya alam merupakan cahaya yang paling baik. Cara terbaik melihat aura melihat di sekitar kawasan kepala dan bahu.
Setiap orang akan mampu melihat aura dan warnanya.Cuma waktu anda menguasai mungkin berbeza-beza. Namun sekarang terdapat alternatif lain untuk melihat aura. Iaitu dengan menggunakan Kirlian Photography. Teknik foto aura ini dicipta oleh dua orang Russia iaitu Semjon dan Welentina Kirlian.





