Buta huruf tetapi bergelar jutawan

3

Category : Artikel, Bina Kejayaan, Cabaran, komentar, Motivasi, Renungan

Salam perkongsian dan salam ceria untuk semua pengunjung linncomel.com, semoga hari-hari yang dilalui dirahmati dan berada di dalam lindunganNYA.

Saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain. Berada di kedudukan ke 200 dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai £400 juta iaitu Andreas Panayiotou yang berusia 45 tahun.

Bukan nilai kekayaan yang dimilikinya yang menarik minat saya, rasanya ada ramai lagi jutawan yang mempunyai kedudukan yang jauh lebih baik dari itu. Namun pengakuannya, dia tidak tahu membaca yang menarik minat saya.

Bekas peninju yang dilahirkan di London dan berketurunan Greek Cyprot ini menghadapi masalah disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Walaupun mempunyai kelemahan tersebut ianya bukan penghalang untuk dia merubah nasib dirinya. Dia yang berhenti sekolah pada usia 14 tahun melatih fikiran agar memiliki daya ingatan yang kuat dan menjadikan dia lebih kreatif dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Memetik kata-kata Andreas Panayiotou “Saya memiliki daya ingat yang luar biasa, photographic memory. Saya mengenali bentuk untuk mengenali sebuah kata, tanpa perlu membaca,”.

Meskipun memiliki kekurangan seserius itu, dia berhasil membangun sebuah perniagaan yang mengagumkan. Di usia muda, dia membeli sebidang tanah kecil di Islington. Pelahan-pelahan dia membangunnya menjadi sebuah apatment. Dari situlah perniagaannya mula berkembang.

Pada 2007, dia berhasil menjual ribuan rumah. Kini fokusnya beralih ke bidang perhotelan. Perusahaannya, The Ability Group, kini memiliki tujuh hotel. Yang paling terkenal adalah Hotel Waldorf-Astoria London bernilai £70 juta. Dia juga akan menjual “rumah termahal di Inggris”, sebuah properti yang baru diubahsuai di Hamstead. Dia berharap rumah itu akan mampu dijual dengan harga £100 juta.

Rumah peribadinya di Epping Forest seluas 20 ekar dan memiliki tiga pesawat peribadi, salah satu daripadanya ialah Jet Gulfstream berharga £40 juta, dan sebuah kapal layar berharga £12 juta.

Bak kata Andreas Panayiotou , kejayaannya adalah disebabkan oleh disleksia yang dihadapinya. Menyedari kekurangan yang dialaminya, dia harus melatih diri untuk bekerja lebih keras dan berdisiplin dibandingkan orang lain, .

Mungkin kita juga boleh mengambil iktibar dari cerita beliau, walaupun menyedari terdapat kekurangan dan kelemahan tetapi ianya bukan alasan untuk tidak berjaya sebaliknya kita mungkin mampu mengembangkan bakat yang lain. Bukan kah di dalam diri kita terlalu banyak rahsia dan potensi yang mungkin belum lagi diterokai dan diaplikasikan ?

untuk berjaya tiada sebarang halangan jika kita mahu berusaha walaupun mempunyai kekurangan. kita yang tidak mempunyai masalah seperti beliau harus bersyukur dan menggunakan keupayaan dan kebolehan yang kita miliki sebaik mungkin untuk berjaya.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Fikirkan..

3

Category : Cabaran

Jom sama-sama kita fikir yang manakah benar mengikut pendapat anda

  • Kita kaya dulu baru memberi atau kita memberi dahulu baru kita kaya
  • Kita berusaha dahulu dan diikuti dengan doa atau kita berdoa dahulu dan diikuti dengan usaha
  • Kita berjaya dahulu dan menikmati kehidupan atau kita menikmati kehidupan baru kita berjaya

Apa pendapat anda..dengan kenyatan-kenyataan di atas. Jom kongsi

Berubahlah untuk kejayaan diri

2

Category : Bina Kejayaan, Cabaran, Motivasi, Renungan

Salam Jumaat dan salam perkongsian untuk semua. Semoga sihat sejahtera dan berbahagia di dalam lindunganNYA.

Percaya atau tidak, Kebolehan kita untuk mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita. Ini bermakna semakin kita yakin terhadap diri kita serta masa hadapan kita, maka lebih terbukalah kejayaan untuk kita.

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena berubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik.

Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubahlah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tidak mengubah sikap dan tindakan kita menjadi sikap dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang terbaik.

Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa untuk kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata dan lihatlah pada diri masing-masing. Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita? Masih belum terlamabat dan terlewat untuk kita berubah…….

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Betulkah saya boleh melakukannya ?

2

Category : Cabaran, komentar

Salam perkongsian semua. Apa khabar anda hari ini ? semoga sihat sejahtera dalam meniti arus kehidupan yang semakin mencabar ini.

Ada seorang teman menyuarakan persoalan yang bermukim dihati, berminat untuk berubah tetapi masih tertanya-tanya adakah dia benar-benar boleh melakukannya ?

Bagi saya persoalan itu sering terbit dihati kita, tidak kira dalam apa jua yang kita lakukan seperti keputusan untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri atau apa saja yang sewaktu dengannya.

Bagi mereka yang menghadapi permasalahan ini, apa kata kita ajukan soalan lain sebelum kita kemukakan soalah di atas.

Soalan pertama, adakah saya patut melakukannya ? Ini adalah persoalan yang bersangkut paut dengan nilai.

Soalan kedua, adakah saya ingin melakukannya ? Soalan ini pula berkaitan dengan persoalan motivasi. Anda berhadapan dengan suara dan semangat anda yang sangat unik dan kompleks.

Sekiranya anda boleh menjawab ” ya ” bagi kedua-dua soalan tersebut, barulah kita melihat kepada persoalan bolehkah saya melakukannya ? Persoalan ini berkaitan dengan kemahiran dan mungkin memerlukan kita untuk mendapatkan latihan atau pun tunjuk ajar yang bersesuaian.

Jadi jangan keliru dengan persoalan-persoalan itu. Jangan campur adukan jawaban bagi ketiga-tiga persoalan tersebut. Fikir dengan jelas persoalan tersebut, Adakah saya patut melakukannya ? Adakah saya ingin melakukannya? dan bolehkah saya melakukanya ?

Asingkan ketiga-tiga soalan tersebut supaya anda boleh mengenalpasti titik permulaan yang baik.

Itu mungkin pendapat dan pandangan saya berdasarkan dari apa yang saya tahu dan faham sama ada dari segi pembacaan dan sebagainya. Mungkin anda yang berada di luar sana punya idea bernas untuk kita kongsikan bersama.

Siapa saya ?

7

Category : Cabaran

Salam perkongsian semua. Semoga berada di dalam lindunganNYA dan masih kuat dan tabah untuk berjuang bagi sebuah kehidupan.

Saya ada satu teka teki motivasi untuk anda semua, kepada mereka yang mengetahuinya boleh memberikan respond atau maklumbalas dan mungkin kita berkongsi idea dan padangan mengenainya.

Saya adalah perkara yang sentiasa mendampingi anda. Saya adalah pembantu terbaik atau beban paling berat buat anda. Saya akan menolak anda ke hadapan ataupun menarik anda jatuh kepada kegagalan.

Saya dibawah arahan anda sepenuhnya. Separuh dari apa yang anda lakukan lebih baik diserahkan kepada saya, dan saya boleh melakukannya dengan pantas dan betul.

Saya mudah untuk diuruskan, anda hanya perlu bertegas dengan saya. Tunjukkan kepada saya dengan tepat bagaimana anda ingin sesuatu dilakukan, dan setelah beberapa latihan , saya akan lakukannya secara automatik. Saya adalah pembantu kepada mereka yang berjaya dan malangnya saya juga pembantu kepada mereka yang gagal.

Saya bukan sejenis mesin, walaupun saya berkerja seperti ketepatan sebuah mesin bersama kebijaksanaan seorang manusia. Anda boleh menggunakan saya untuk kejayaan atau sebaliknya, ia tidak membawa sebarang perbezaan kepada saya. Ambil saya, latih saya, bertegas dengan saya dan saya akan meletakkan dunia di kaki anda. Bersahaja dengan saya dan saya akan menghancurkan anda……

Siapa saya ?