Minda Sukses Edisi 2/2009

2

Category : ezine


Keinginan, sudah pasti kita semua mempunyai keinginan. Paling tidak sudah pasti kita mempunyai keinginan untuk hidup bahagia. Jika ada sesiapa yang tidak mempunyai keinginan, ini bukan bermakna tidak wujud langsung keinginan dalam kehidupannya, tetapi ianya disebabkan oleh minda separa sedar sudah menyimpan rekod yang mengatakan amat sukar untuk kita meraih impian tersebut, akhirnya impian hanya tinggal impian.

Sekiranya anda ingin berjaya, bertindaklah seperti individu yang sudah berjaya, sekiranya anda masih ragu-ragu bagaimana untuk bertindak seperti orang yang telah berjaya, Saya ada berkongsi tentang masalah ini, melalui ezine minda sukses yang telah dihantar ke email anda.

Jika sebelum ini, anda belum pernah subscribe sila ke www.mindasukses.com/ezine untuk mendapatkan keluaran terbaru ezine minda sukses.

Terima kasih, kepada individu yang bersama-sama mengharungi cabaran bagi menyiapkan ezine minda sukses.
Terima kasih!

Mindasukses diedarkan untuk anda

2

Category : ezine, Info

Salam kejayaan,

Alhamdulillah, bagi yang pernah melanggan ezine minda sukses sebelum ini, Ezine minda sukses telah selamat diedarkan ke email anda.Bagi yang belum pernah melanggan ezine minda sukses, anda boleh klik imej dibawah untuk mendaftar bagi mendapatkan ezine tersebut

Terima kasih saya ucapkan kepada individu yang sudi bekerjasama berkongsi ilmu dan artikel . Semoga perkongsian anda semua memberikan manfaat kepada semua pembaca.

Tidak lupa kepada Nuraz, yang berhempas pulas menyediakan imej dan grafik yang terbaik untuk mengubah wajah minda sukses ke tahap yang terbaik, terima kasih saya ucapkan walaupun pada mulanya mengalami kesukaran akibat masalah yang berlaku kepada komputer. Semoga ALLAH memberkati anda semua.

Setiap kebaikan yang diperolehi melalui ezine tersebut, adalah datangnya daripada ALLAH. Setiap kekurangan datangnya daripada kelemahan kami yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Selamat membaca untuk semua, semoga ianya dapat memberikan manfaat walaupun hanya sebesar hama.

Minda Sukses Edisi Jan & Februari

2

Category : ezine, Info

Saya tak dapat bercerita panjang, kerana saya berada di luar kawasan, dan tidak menggunakan PC kesayangan saya. Tetapi saya amat teruja selepas menerima email daripada Nuraz. Alhamdulillah Ezine cover minda sukses sudah pun siap. Jadi saya ingin berkongsi berita ini bersama anda.

Amat menarik apabila Nuraz meletakkan gambar super hero . Katanya ia sebagai simbolik, semua pembaca perlu kental dan bersemangat menangani masalah kegawatan  yang melanda pada tahun 2009 ini.

InsyaALLAH minda Sukses akan menemui anda pada minggu hadapan. Segalanya adalah dari keizinan dariNya

Ezine dan manual terbaru

7

Category : ezine

Saya tidak dapat untuk bercerita panjang, kerana hari ini saya bercuti untuk menjaga adik saya yang telah menjalankan pembedahan kali ketiga di hospital Kuala Lumpur. Saya sekadar untuk mengumumkan tentang ezine yang bakal dikeluarkan dan tambahan 2 lagi manual bagi pembeli ebook magnet rezeki pakej B, dan juga pembeli ebook ketika promosi awal dijalankan. Manual ini adalah gabungan dibawah tajuk “Rahsia memperolehi apa yang dihajati”.

Nantikan kehadiran ezine dan manual ini tidak lama lagi………………….

 

 

 

 

 

Bakal menemui anda….

3

Category : ezine, Info

Alhamdulillah, walaupun agak lewat dari jangkaan , Minda sukses akan menemui anda tidak lama lagi. Jika dilihat, muka depan minda sukses, lain dari edisi sebelumnya. Ya, kami ingin bangkitkan semangat kejayaan dalam diri anda, kami ingin bangkitkan rasa makmur dan bahagia di hati anda, dengan adanya kejayaan, kebahagiaan, dan kemakmuran kekayaan itu menjadi suatu yang pasti dalam hidup anda.

Ini adalah edisi semangat kami dan crew minda sukses. Ini adalah edisi membangkitkan semangat khusus untuk pembaca blog ini dan pembaca ezine minda sukses. Nantikan kedatangan ini ke email anda tidak lama lagi…

Kemakmuran bukan fantasi..

Kejayaan itu mesti..

Kekayaan itu pasti..

Kebahagiaan itu realiti….

Nantikan kemunculannya…

Ikhlas,

Crew Minda Sukses