Laporan percuma untuk pembaca Linncomel

Category : Bina Kejayaan, Info

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi 2 laporan percuma kepada semua pembaca blog linncomel.com. Laporan pertama bertajuk, ‘Mengapa anda mengalami masalahkewangan’. Laporan ini menerangkan apakah penyebab utama mengapa seseorang itu mengalami masalah kewangan dan terjebak dalam masalah hutang dan beberapa kaedah yang dikongsikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sila klik pada image atau klik pada http://www.magnetduit.com/masalah


Manakala  laporan kedua pula ada bertajuk hukum kemakmuran.Ia adalah perkongsia  3 kunci asas dari 7 kunci yang membentuk master key atau kunci utama untuk akses kepada kekayaan dan kelimpahan di dalam diri saya.Saya belajar pelbagai cara dan kaedah untuk mengubah kehidupan, tetapi 3 kepercayaan ini sangat membantu saya kearah perubahan. bagi saya 3 kunci asas ini amat berharga, malah tidak ternilai, walau saya terpaksa membayar satu jumlah yang tinggi ketika menerima ilmu ini.Sila klik pada image atau klik pada http://www.magnetduit.com/masalah

Selamat membaca , semoga ALLAH memberi kekayaan dan kelimpahan yang berpanjangan kepada semua pembaca blog ini.

Projek saya seterusnya

2

Category : Info, Minda Separa Sedar

Sudah beberapa hari saya tidak berkongsi melalui blog ini, sebenarnya tidaklah sesibuk mana, cuma beberapa hari ini agak sibuk dengan satu kerja yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin. Apakah kerja itu? ya tidak lama lagi saya akan mengeluarkan ebook percuma kepada pembaca yang amat saya sayangi. Alhamdulillah hampir siap, cuma sedikit masa diperlukan untuk saya menyudahkan penulisan dan menyediakan bahan teknikal untuk laman web mini.Nantikan kemunculannya nanti insyaALLAH.

Sebenarnya laporan percuma ini telah lama saya sediakan iaitu pada bulan Jun tahun yang lalu. tetapi disebabkan kekangan masa, keadaan dan pelbagai masalah yang menimpa, pelancaran ini saya tangguhkan lebih setahun lamanya, namun ketika ini ebook tersebut telah saya kemaskini buat masa ini sebelum ianya saya berikan percuma.

Untuk kita semua fikirkan

Category : Info

Berkongsi kata-kata yang amat saya gemari..

Kejayaan bersifat personal dan kejayaan juga adalah hak semua manusia. Berapa tinggi kejayaan yang kita inginkan, kita yang menentukannya, Jadi jika kita mahu gagal itu hak kita sebagai individu. So Linn, fikir-fikirkanlah.

 

Nilai sebuah kegagalan

5

Category : Bina Kejayaan, Info, Renungan

Salam ceria dan salam perkongsian untuk semua, semoga hari ini lebih bermakna dan mengundang seribu memori buat kita semua.

KEGAGALAN ! Saya pasti ramai di antara kita yang fobia dengan perkataan tersebut. Rasa saya tiada siapa pun di antara kita yang menginginkannya. Maka tidak hairanlah bila ramai di antara kita yang berfikir bahawa kekagagalan itu adalah suatu yang buruk atau lebih dahsyat lagi kegagalan adalah suatu malapetaka, betulkah begitu ?

Sepintas lalu mungkin betul tapi bila difikir dari pelbagai sudut, kegagalan bukan bermakna dan selamanya menjadi malapetaka.

Kita mungkin pernah mendengar orang berkata, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan cerita disebaliknya. Mungkin kerana sebuah kegagalan ALLAH ingin mengingatkan kita sesungguhnya kapasiti kita belum cukup untuk menerima sebuah kejayaan. Mungkin juga ALLAH ingin kita tahu dan menunjukkan kepada kita sesungguhnya banyak perkara yang harus dan perlu dipelajari untuk menggelakkan kita terjatuh lebih dalam lagi.

Perlu selalu kita ingat, sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji kita diluar batas kemampuan para hambaNYA, oleh yang demikian kesuksesan atau kejayaan yang kita terima akan selalu sesuai dengan kapasiti diri kita. Jika kita menerima kesuksesan di luar kapasiti diri, dikhuatiri mungkin kita akan jatuh lebih dalam dan gagal lebih parah.

Untuk itu kita tidak perlu memandang serong yang amat sangat pada sebuah kegagalan, apa yang perlu kita fikir dan fokuskan adalah bagaimana caranya agar kita boleh berkembang secara peribadi untuk layak menjadi orang yang betul-betul suksess sehingga kejayaan kita mampu bertahan lama dan semakin berkembang dari masa ke semasa.

Akhir kata dari saya, Kecurangan adalah seperti asap, terbang berkepul dan mampu dilihat dengan jelas namun sayang ianya cuma sekejap lalu menghilang. Sementara kebenaran sekalipun terkadang lambat, namun ia terus bergerak naik, semakin terang bagaikan siang dan terlihat.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Pengalaman yang mengajar

Category : Info

Bulan Januari 2011 banyak memberikan pengalaman baru bagi diri saya. Pengalaman yang benar-benar mengajar saya erti kehidupan.Pengalaman yang mengajar saya supaya lebih bersyukur dan menghargai anugerah yang diberikan. Pengalaman yang mengajar saya supaya sentiasa tunduk ke bawah walau setinggi mana pun saya berada. Adakalanya kita merasakan diri kita hebat, sehingga kita lupa sehebat mana pun kita, pasti ada yang lebih hebat , Yang Maha Hebat dan lebih berkuasa. Adakalanya kita merasakan diri kita amat teruk gagal dan tidak berupaya sehinggakan kita lupa bahawa ada lagi individu yang lebih teruk dan mengalami kegagalan dalam hidup sehingga kita lupa untuk bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan.

Pada bulan saya telah melihat sendiri 2 peristiwa sedih akibat kematian. Pertama,kematian yang berlaku kepada salah seorang ahli keluarga saya.kedua, kematian seorang pemuda berbangsa kristian akibat kemalangan di mana saya mengunjungi rumahnya sebagai penghormatan terakhir kepada keluarga yang meninggal. Daripada dua kejadian tersebut saya merasakan amat insaf dan benar-benar mengajar saya dalam banyak perkara.

Ya, saya akui kesedihan benar-benar terasa atas kematian yang berlaku di dalam keluarga saya,tetapi saya amat bersyukur kerana kesedihan yang kami alami tidaklah seteruk kesedihan yang dialami oleh keluarga pemuda berbangsa kristian tersebut,dimana untuk menghantar jenazah dari hospital ke rumah pasti mengalami kesukaran apabila perlu melalui jalan yang amat teruk, umpama merentas hutan untuk sampai kerumahnya. Malah kenderaan iaitu van yang membawa saya dan rakan sekerja pemuda tersebut, sangkut di tengah jalan akibat jalan yang teruk umpama meredah hutan belantara. Terus terang saya katakan inilah kali pertama saya melalui perjalanan seperti ini, pengalaman yang membuatkan saya amat bersyukur dengan anugrah kehidupan yang ALLAH berikan kepada saya.

Apabila sampai ke rumah pemuda tersebut sekali lagi saya merasa amat insaf apabila melihat keadaan tempat tinggal keluarganya.Teramat insaf, di dalam sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak di dalam sebuah negara yang kaya dan membangun masih lagi terdapat golongan miskin tegar yang perlu diberi perhatian. Betapa insaf dan bersyukurnya saya dengan anugerah yang ALLAH berikan. Terlalu banyak kelebihan yang saya miliki jika dibandingkan dengan engalaman yang telah saya lihat dengan mata saya sendiri. Betapa berat mata saya memandang,sudah pasti lebih berat bahu mereka yang memikul pengalaman seperti itu.

Kita dilahirkan dengan penuh kekayaan. Malah diri kita sendiri memiliki magnet yang dapat menarik apa saja yang kita inginkan. Malah jika kita inginkan wang, inginkan kekayaan pasti kita akan dapat menariknya dengan mudah.Tetapi kenapa masih ada golongan yang hidup dalam kemiskinan? Adakah mereka ditakdirkan untuk hidup susah? Dalam hal seperti ini, jangan menyalahkan takdir, kerana kita mampu untuk mengubah takdir kita sendiri . Apa yang penting,belajarlah bagaimana untuk menguruskan minda dengan sebaiknya. Belajarlah bagaimana untuk menggunakan minda dengan betul seterusnya mengaktifkan magnet kekayaan yang ada di dalam diri.