Bersyukur…..

2

Category : Bina Kejayaan, kecerdasan Emosi, Pengalaman

Salam Perkongsian untuk semua. Semoga hari ini lebaik baik, indah dan lebih bermakna dari hari semalam. Dengan hamparan kata kata ini diharapkan kita semua lebih menikmati kehidupan ini dengan selalu bersyukur.

1. Saya selalu bersyukur atas kehidupan yang begitu indah ini. Dicelah-celah ACTION yang saya lakukan, ucapan syukur tak henti-henti saya ucapkan sebagai tanda terimakasih atas begitu besar dan melimpah nikmat yang telah saya terima.

2. Fikiran saya ibarat taman berisikan bunga-bunga bermekaran yang semerbak mewangi, elok rupanya, dan disukai ramai orang. Di taman fikiran saya, hanya tertanam hal-hal positif yang memberi manfaat dan menyebarkan kebaikan bagi ramai orang.

3. Saya sangat bersyukur dianugerahi kesihatan yang membuat saya sanggup berfikir secara jernih dan mengajak orang-orang lain menuju arah yang lebih baik.

4. Saya tidak akan pernah menunda mengucap syukur dan terima kasih. Kerana kita tidak akan pernah tahu berapa lama lagi kita akan hidup di dunia ini. Maka, sekarang juga saya ucapkan syukur atas segala nikmat yang telah saya rasakan.

5. Saya ucapkan terimakasih kepada siapa saja yang membantu saya menyuntikkan semangat menjalani kehidupan ini. Berkat semangat yang berkobar ini, saya semakin teguh dan mantap untuk menatap masa depan yang lebih bererti.

6. Saya percaya selalu ada harapan yang lebih baik di depan sana. Asal kita tidak pernah berhenti untuk berusaha, bersyukur, dan dilandasi doa.

7. Saya belajar bersyukur dengan menerima apapun yang saya alami hari ini. Rasa syukur membuat fikiran saya lebih jernih dan hati tentram dan bahagia.

8. Saya bersyukur bukan saja untuk segala hal yang telah saya miliki dan rasakan selama ini, namun juga untuk segala hal negatif yang selama ini memang tidak pernah saya harapkan datang.

9. Saya selalu memperbaiki kualiti diri saya dengan mengucapkan rasa syukur pada-NYA. Saya juga membiasakan diri mengucap terimakasih pada orang lain sebagai bentuk apresiasi tulus saya pada mereka.

Semoga koleksi kata kata ini dapat memberi manfaat untuk mengingatkan kita semua untuk selalu bersyukur. Mungkin dikala ini kita tidak memerlukan kata-kata ini nampun saya percaya disuatu saat nanti kita akan memerlukannya :-)

Salam Hormat
- Ima Harlina -

ketenangan

1

Category : kecerdasan Emosi, Renungan

Salam perkongsian dan selamat menjalani ibadah puasa. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari lebaran. Semoga lebaran kali ini akan meninggalkan kenangan yang paling indah untuk semua.

Antara fasa kehidupan yang harus ditempuhi oleh kita ialah zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan zaman tua. Kalau dilihat dari segi fizikal luarannya, kita semakin lemah dan tidak berdaya.

Tiada siapa pun yang akan dapat melawan perjalanan fasa kehidupan ini atau melakukan sebaliknya. Selain itu tiada siapa pun yang dapat menahan diri dari terus-terusan muda atau menjadi cerita seperti The Highlander dimana mereka boleh hidup buat selama-lamanya. Bukankah dunia ini akan menjadi susah jika manusia semua hidup selama-lamanya? Sarat dengan manusia dari zaman dahulu hingga kini.

Apa pun melihat dari hakikat ini, kita yang dahulu di zaman muda selalu panas baran dan tidak sabar bertukar menjadi penyabar apabila meningkat dewasa. Maka kita sendiri akan menyedari bahawa usia yang meningkat itu juga secara tidak langsung akan meningkatkan kesabaran kita dan seterusnya menjadikan diri kita sebagai seorang yang tenang. Umpama kopi panas, semakin lama semakin suam dan akhirnya sejuk.

Sebenarnya ketenangan ini merupakan satu prinsip yang sangat baik untuk diterapkan ke dalam diri.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan persoalan ini…..sama-samalah kita fikirkan jawapan yang terbaik untuknya.

Anda sedang memandu kereta jaguar, kereta impian anda selama ini. Tiba-tiba sebuah kereta perodua kancil dengan bunyi yang kuat menghampiri kereta anda dari belakang dan semakin lama semakin dekat. Maka anda melajukan sedikit kereta anda hingga 150 km/j. Sejurus kemudian, kereta tersebut memotong dengan begitu laju dan dengan sekelip mata ia hilang dari pandangan. Apa yang akan anda lakukan dalam keadaan tersebut ?

Penyakit hati yang semakin berleluasa

6

Category : Info, kecerdasan Emosi, Motivasi, Renungan

Salam perkongsian untuk semua. Alhamdulillah masih mampu untuk berkongsi cerita diruangan ini.

Pernah tak anda memdengar cerita mengenai sikap dengki mendengki tidak kiralah dikalangan rakan-rakan mahupun di pejabat ? Saya sendiri akui kadangkala terasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tapi saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan ingin mencapainya bersama-sama dengan mereka. Apa yang saya tak faham kenapa ada yang berhasad dengki sehingga sanggup mengkhianati rakan sendiri. Pelik tapi itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan ketika ini.

Sedar atau tidak kita sebenarnya amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan kita. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah digariskan.

Jika kita perhalusinya lagi, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari kita. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti mengadu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa ? kerana mereka tidak mahu melihat orang lain lebih senang dari mereka ? Betulkah begitu ?

Kenapa ini mesti berlaku ? Adakah dek kerana kita sedang mengalami kecelaruan dan kurang faham mengenai konsep rezeki ALLAH yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha ? Bukankah rezeki itu masih mampu diperolehi tanpa perlunya kita menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang diingini ? Bukankah Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki ? Sama-samalah kita renungkan bersama.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini……Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi…

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Ikhlas, yakin dan percaya.

13

Category : Bina Kejayaan, kecerdasan Emosi, Kecerdasan Spiritual

Ikhlas, yakin dan percaya itulah kunci utama dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Namun saya akui untuk memiliki sifat ikhlas , yakin dan percaya, banyak perkara yang perlu kita tempuhi. Untuk memilki ketiga-tiga sifat ini, memerlukan kita bekerja keras untuk mencapainya.

Sebagai seorang muslim, sudah tentu sifat ikhlas, yakin dan percaya kita yang utama hanya untuk ALLAH. Kerana itulah dalam apa jua yang kita lakukan hendaklah diniatkan segalanya kerana ALLAH. Malahan dalam kebanyakan ibadat yang kita lakukan perlu diniat segalanya adalah ikhlas kerana ALLAH.

Namun begitu adakah kita benar-benar ikhlas. Andaikan soal kerja, terdapat individu yang berkata, aku bekerja ikhlas kerana ALLAH. Tetapi apabila gaji dibayar lewat dari kebiasaan, fikiran tidak lagi tenang, emosi tidak lagi dapat di kawal. Jika kita berada di dalam keadaan seperti itu, adakah ianya dinamakan ikhlas?. Bercakap itu sememangnya mudah.

Jadi bagaimana untuk mewujudkan sifat yang ikhlas, yakin dan percaya ini?. Adakah ianya terlalu sukar?

Lihat saja apa yang berlaku terhadap pasangan yang bercinta ? mereka boleh bercakap berjam – jam tanpa rasa jemu dan penat, Mengapa mereka sanggup bergayut berjam-jam seperti itu, kerana segala apa yang dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa terpaksa atau dipaksa dan rasa ikhlas itu wujud kerana adanya kepercayaan dan yakin terhadap pasangan .

Tetapi bagaimana jika tiada rasa cinta ? boleh bercakap lama,sampai berjam – jam?. Anda percaya, yakin dan ikhlas terhadap pasangan Anda, kerana wujudnya perasaan cinta Anda terhadap pasangan Anda. Jadi bagaimana untuk kita benar-benar ikhlas, yakin dan percaya dengan kekuatan dan kekuasaan ALLAH?. Sudah tentu perlu adanya rasa cinta kita kepada ALLAH.

Namun begitu, bagaimana pula untuk kita mewujudkan perasaan cinta ?

IQ, EQ. & SQ

9

Category : kecerdasan Emosi, Kecerdasan intelektual, Kecerdasan Spiritual

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta mengenai IQ, EQ dan SQ. IQ atau dalam bahasa melayu, dipanggil sebagai kecerdasan intellectual, di temui pada tahun 1905 oleh Binet di Paris. Manakala EQ atau kecerdasan emosi ditemui pada tahun 1995 oleh Danie Golman yang ditulis melalui buku beliau yang bertajuk “Working with Emotional Intelligence”.Manakala pada tahun 2000 SQ atau kecerdasan spiritual ditemui oleh VS Ramachandran di universiti California,dengan penemuan beliau fungsi saraf God Spot. Selepas itu dijumpai oleh Michael persinger yang dikenali sebagai Binding Problem.

Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya membolehkan seseorang belajar di universiti atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang memiliki IQ yang tinggi akan sejahtera dalam hidup.

ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.

Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai kecerdasan emosi pada entry yang akan datang.

Kecerdasan spiritual sangat penting kerana mempengaruhi sikap seseorang pada dirinya sendiri dan orang lain. Oleh kerana itu, seseorang yang hebat mesti mampu melihat sesuatu di sebalik empirik sehingga mampu mencapai makna dan hakikat tentang manusia. Dengan yang demikian, kemanusiaan seseorang manusia itu dapat dihargai.Perkara utama dalam kecerdasan spiritual adalah pengenalan kesejatian diri manusia itu sendiri. Spiritual itu memandu manusia pada pencarian hakikat kemanusiaannya. Sehingga memperolehi kejayaan yang sebenar di dalam pencarian tujuan dalam kehidupan.