IQ sahaja tidak mencukupi

5

Category : Kecerdasan intelektual

Sejak saya masih lagi di zaman kanak-kanak sehingga sekarang, saya melihat seorang ibu mahu pun bapa amat berbangga kerana mempunyai seorang anak yang bijak dan pintar

Jadi Ibu bapa dan juga guru-guru, sentiasa menanam di fikiran anak-anak bahawa anaknya harus menjadi anak yang pintar,harus mendapat ranking terbaik di dalam kelas,perlu cemerlang dalam pelajaran. Jadi secara tidak langsung minda menyimpulkan bahawa :

  • Kita harus sentiasa berjaya, bererti kita takut menerima kegagalan
  • Kita harus sentiasa cemerlang bererti kita takutkan kekalahan.

Sehingga, terdapat individu sanggup melakukan pelbagai cara untuk berjaya, kaya, dan memperolehi apa saja sesuai dengan apa yang diinginkan. Walaupun terpaksa menipu, rasuah , dan ada yang sanggup menindas dan juga membunuh.

Inilah kebenaran yang saya boleh katakan, bahawa kecerdasan intellektual sahaja tidak menjamin seseorang individu itu berjaya. Ianya perlu dirangkumkan dengan kecerdasan emosi dan seterusnya spiritual.

IQ, EQ. & SQ

9

Category : kecerdasan Emosi, Kecerdasan intelektual, Kecerdasan Spiritual

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta mengenai IQ, EQ dan SQ. IQ atau dalam bahasa melayu, dipanggil sebagai kecerdasan intellectual, di temui pada tahun 1905 oleh Binet di Paris. Manakala EQ atau kecerdasan emosi ditemui pada tahun 1995 oleh Danie Golman yang ditulis melalui buku beliau yang bertajuk “Working with Emotional Intelligence”.Manakala pada tahun 2000 SQ atau kecerdasan spiritual ditemui oleh VS Ramachandran di universiti California,dengan penemuan beliau fungsi saraf God Spot. Selepas itu dijumpai oleh Michael persinger yang dikenali sebagai Binding Problem.

Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya membolehkan seseorang belajar di universiti atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang memiliki IQ yang tinggi akan sejahtera dalam hidup.

ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.

Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai kecerdasan emosi pada entry yang akan datang.

Kecerdasan spiritual sangat penting kerana mempengaruhi sikap seseorang pada dirinya sendiri dan orang lain. Oleh kerana itu, seseorang yang hebat mesti mampu melihat sesuatu di sebalik empirik sehingga mampu mencapai makna dan hakikat tentang manusia. Dengan yang demikian, kemanusiaan seseorang manusia itu dapat dihargai.Perkara utama dalam kecerdasan spiritual adalah pengenalan kesejatian diri manusia itu sendiri. Spiritual itu memandu manusia pada pencarian hakikat kemanusiaannya. Sehingga memperolehi kejayaan yang sebenar di dalam pencarian tujuan dalam kehidupan.