Spam….geramnye………

16

Category : Lepas Geram

eeeeeee geramnya semalam saya terpaksa melupakan segala perancangan kerja yang saya rancang kerana spam.dah lah balik kerja sepatutnya pukul 5 petang , tetapi semalam terpaksa balik pukul 9.30 malam.

Sakitnya hati saya bila salah sebuah blog yang saya gunakan untuk adsense diserang oleh spam yang durjana itu. Yang paling saya sakit hati apabila spam yang saya tak approve tetapi appear pada recent comment pada sidebar blog tersebut.

Tetapi yang membuatkan saya lebih sakit hati apabila perkataan seperti s*x, l*******n, b*****b, t**n s*x dan lain-lain perkataan porno yang appear pada recent comment tersebut.Memang sakit hati.

Apa yang memalukan, blog tersebut adalah mengenai medical,Selain daripada visitor dari luar, sudah pastinya kawan-kawan seperjuangan saya yang hanya mengetahui bidang medical juga melayari blog tersebut. Apalah yang mereka tahu tentang spam. Pasti pelbagai tanggapan yang diorang fikirkan mengenai blog dan penulis blog. memang memalukan.

Selepas saya puas menggodek blog tersebut dan cuba delete comment tersebut dan masih gagal, mahu atau tidak saya terpaksa menyusahkan orang lain.Mangsa saya ialah En.Fuad tuan empunya myorionet. Malangnya masalah tersebut masih tidak selesai kerana tidak dapat mengaktifkan pugin akismet kerana ketiadaan API key. Hanya satu penyelesaian sementara yang boleh saya lakukan adalah menukar template kepada default template. Apa-apa pun ribuan terima kasih kepada En. Fuad atas bantuan yang telah diberikan.

Akibat keletihan, dalam pukul 12.30 pm saya dah tidur dan bercadang untuk selesaikan selepas sahur, malangnya sahur pun tak bangkit.

Tetapi Alhamdulillah, pagi ni saya sudah pun dapat mengaktifkan akismet plugin, idea datang, mungkin bila otak dah rehat time tidur kut. Apa yang saya buat, saya register free wordpress dan saya menggunakan API key yang dihantar selepas, mengaktifkan activation code yang dihantar oleh wordpress. Nasib baik, API key tersebut boleh digunakan untuk kesemua 7 blog yang saya miliki.

Selesai satu masalah, cuma saya kena teruskan dengan menggantikan balik template yang telah saya tukarkan. Walaupun geram tak hilang , tetapi saya bersyukur kerana telah mendapat ilmu baru, next time kalau berlaku lagi perkara ini insyaALLAH boleh diselesaikan dengan tenang tanpa rasa geram…