Mengapakah Perkara Yang Buruk Menimpa Orang Yang Baik

3

Category : LOA

Nice Day
Image by …-Wink-… via Flickr

Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bercuti bersama-sama dengan anak murid saya di Tanah Tinggi Genting pada minggu yang lepas. Saat-saat yang menggembirakan itu tidak akan saya lupakan.

Balik kepada Bicara Selasa minggu ini.

Sejak saya menerbitkan Bicara Selasa yang lepas yang bertajuk “Mengapakah perkara yang baik berlaku ke atas orang yang jahat”, saya menerima banyak soalan daripada pembaca-pembaca blog ini dan juga dari blog Law of Attraction saya.

Ada yang bersetuju dengan pandangan saya, ada yang kurang setuju, dan ada yang neutral sahaja. Ini merupakan perkara yang baik kerana itulah tujuan ruang komen iaitu untuk kita berkongsi pendapat supaya perbincangan di sini tidak saya monopolikan.

Syabas, saya ucapkan kepada anda yang memberi komen di sini!

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan yang ditujukan. Soalan pertama yang akan saya jawab dalam Bicara Selasa minggu ini ialah, “Mengapakah Perkara Buruk Menimpa Orang Yang Baik?”

Jika kita meneliti Law of Attraction, kita akan dapati bahawa segala hukum di alam ini tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia tidak memihak kepada orang yang baik ataupun orang yang jahat.

Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang kita keluarkan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

Dalam Bicara Selasa yang lepas, saya nyatakan dengan jelas sekali dan di sini, saya akan berikan satu contoh lagi.

Bayangkan 2 orang di dalam sebuah dapur. Salah seorang daripada merela ialah orang yang baik manakala yang satu lagi ialah orang yang jahat.

Orang yang baik itu meletakkan tangannya di atas dapur yang panas manakala orang yang jahat tersebut meletakkan tangannya pada dinding pada suhu bilik.

Pada pendapat anda, tangan siapakah yang akan terbakar?

Jawapannya amat ketara.

Mengapakah anda fikir bahawa perkara yang buruk (tangan terbakar) berlaku terhadap orang yang baik? Saya pasti anda sudah faham sekarang.

Hukum alam tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia Cuma bertindak balas dengan perkara yang kita lakukan.

Haba daripada dapur panas dipindahkan ke tangan orang yang baik tersebut adalah disebabkan oleh keseimbangan terma dan Hukum Keabadian Tenaga diaplikasikan dalam contoh ini.

Balik kepada kehidupan harian kita.

Dalam kehidupan saya, saya menemui ramai orang yang baik tetapi memiliki mindset yang buruk.

Salah satunya ialah seorang pekerja kilang yang sangat rajin dan baik hati tetapi apabila sampai akhir tahun, beliau selalu berkata bahawa beliau tidak akan mendapat kenaikan gaji dan bonus (walaupun belum diumumkan oleh majikan)

Akibatnya, beliau betul-betul tidak dapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang “didoakannya” dan orang lain yang dapat kenaikan gaji tersebut.

Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang anda keluarkan (doa).

Beberapa tahun yang lepas, saya ada anak-murid yang baik hati dan naif tetapi kehidupan mereka kelam kabut. Mengapa?

Ini adalah disebabkan oleh minda mereka. Mereka mempunyai minda yang teruk. Antara kata-kata yang sering diucapkan oleh mereka adalah seperti.

“Saya tidak mungkin berjaya”

“Mungkin ia bukan milik saya”

“Mereka akan tinggalkan saya”

Dan banyak lagi.

Daripada kata-kata yang sering digunakan oleh mereka, amatlah mudah bagi kita untuk meramal kualiti hidup mereka.

Jadi, apa yang saya lakukan ialah, saya mengubah mindset mereka. Saya mula mengajar mereka tentang Law of Attraction dan dalam masa 2 bulan, semuanya berubah.

Mereka datang dan mengucapkan terima kasih kepada saya atas perubahan yang saya lakukan ke atas diri mereka, kawan-kawan mereka pun bersyukur dan berterima kasih kepada saya dan semua orang pun berasa gembira.

Saya tidak mengubah diri mereka daripada orang yang baik kepada orang yang jahat ataupun sebaliknya. Apa yang saya lakukan ialah, saya cuma mengubah mindset mereka dan kehidupan mereka berubah secara automatik.

Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang jahat kerana mereka pandai berdoa. Mereka memikirkan yang terbaik untuk mereka dan percaya serta yakin pada keinginan mereka.

Anda tidak perlu menjadi orang yang jahat untuk membolehkan perkara-perkara yang baik berlaku ke atas diri anda. Apa yang anda perlu anda lakukan ialah mengubah mindset anda.

Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang baik dan orang yang jahat.

Persoalannya bukan siapa anda tetapi bagaimana anda mengaplikasikan Law of Attraction dalam hidup anda.

Menarik yang terbaik,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Bagaimana Untuk Mendapat Apa Yang Anda Inginkan Dengan Law of Attraction

1

Category : LOA

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pembaca-pembaca blog ini yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin sekiranya saya melakukan apa-apa kesilapan pada masa-masa yang lepas. Semoga anda meraikan Hari Raya ini dengan penuh kegembiraan.

Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan berkongsi tip tentang cara-cara untuk mendapat apa-apa sahaja yang anda inginkan.

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah seseorang yang kurang pandai daripada anda, paras rupanya pun tak setanding anda, tak kreatif dan tak pandai bergaul tetapi mencapai banyak kejayaan.

Manakala, ANDA yang lebih bijak, lebih pandai, lebih kreatif, lebih cantik, lebih hensem, lebih pandai bergaul masih lagi bersusah payah mengejar impian anda.

Jawapannya terletak pada sesuatu yang kita semua miliki iaitu, MINDSET KITA.

Mindset kita merupakan satu sistem kepercayaan yang menentukan arah hidup ataupun kualiti hidup kita. Ia merupakan satu anugerah tuhan yang penting yang membolehkan kita mencipta masa depan kita sendiri.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anda memerlukan mindset yang betul untuk mendapat apa yang anda inginkan. Mindset yang salah akan menghasilkan keputusan yang tidak diingini.

Jadi, apakah mindset yang betul?

Ia bergantung kepada apa yang anda inginkan. Salah satu cara yang baik untuk memastikan anda mempunyai mindset yang betul ialah, belajar mindset seseorang yang telah mendapat apa yang anda inginkan.

Jika anda ingin memulakan perniagaan sendiri, belajarlah daripada mereka yang sudah memiliki perniagaan yang menguntungkan. Berbual-bual dengan mereka dan anda akan dapat belajar banyak perkara.

Adakah mereka berasa cemas semasa membuat keputusan atau tenang? Bagaimanakah mereka melihat kegagalan? Adakah mereka berasa kecewa atau belajar daripada kegagalan dan bertindak dengan lebih agresif lagi?

Bagaimana pula minda mereka bekerja semasa mereka menghadapi soal kewangan? Adakah mereka merungut sahaja ataupun mencari jalan serta merta?

Adakah mereka takut akan persaingan, menumpaskan pesaing ataupun bekerjasama dengan pesaing?

Anda dapat belajar semua ini melalui perbualan dengan mereka, temuramah di TV, buku-buku, seminar dan sebagainya.

Langkah seterusnya …

Langkah seterusnya ialah menukar mindset serta kepercayaan anda. Selepas anda mengkaji mindset orang-orang yang berjaya, anda MESTI berfikir seperti mereka dan mempunyai kepercayaan yang sama dengan mereka. Jika anda kekal dengan mindset lama anda, anda akan mendapat apa yang anda selalu dapat.

Menurut Law of Attraction, anda mesti percaya, percaya dan terus percaya bahawa anda MESTI boleh mendapatkannya. Tiada ruang untuk keraguan. Anda mesti betul-betul percaya pada keinginan anda.

Perlukah saya mengambil tindakan?

Sudah tentu! Kuasa kepercayaan anda menguatkan lagi kuasa tindakan anda. Tindakan anda MESTIlah selari dengan keinginan anda. Jika anda ingin mempunyai keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri, anda mempunyai mindset yang betul, tetapi setiap hari tengok TV je, adakah anda rasa anda akan berjaya? Jawapannya TIDAK!

Ambil tindakan hari ini juga dan lihatlah kesannya.

Selamat mencuba,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Energi Duit

4

Category : LOA, magnet duit, Minda Separa Sedar

Semalam, saya mengumumkan untuk membuka sekali tawaran terhad analisa potensi tarikh lahir. Saya terpaksa mengalah kerana permintaan demi permintaan datang melalui email dan sms untuk meminta saya membantu menganalisa tarikh lahir. Sudah tentu, jika ianya bukan lagi tawaran terhad, harga yang dikenakan juga berbeza dan mungkin lebih tinggi.
Tetapi disebabkan saya memikirkan pada ketika ini, kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini, atas dasar ingin membantu, saya mengalah, walaupun sedikit sebanyak mengganggu perancangan dan tugas saya yang lebih besar dan penting saya perlu lakukan (JV offline business ). Jadi Tawaran terhad ini saya buka sehingga ahad ini iaitu 6 disember 2009 atau sehingga 34 slot email permintaan, Setelah mencapai 34 permintaan  saya akan tutup walaupun belum mencecah tarikh yang saya nyatakan.

Walau bagaimana pun saya akur dengan adanya pola 67, mudah untuk saya mengalah kerana permintaan orang lain. Jadi sekiranya anda benar-benar inginkan saya lakukan analisa sila klik link di bawah untuk  mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

http://linncomel.com/index.php/2009/07/22/tawaran-terhad-mengenal-potensi-diri-untuk-anda/

Sekarang saya juga ingin bercerita sedikit berkenaan energi. Tahukah anda apa jua perkara yang ada di bumi ini mempunyai energi yang tersendiri. Tidak kira ianya bernyawa seperti kita atau tidak bernyawa umpama sebiji batu, atau hanya satu angka nombor ianya juga mempunyai energi.

Malah rezeki dan duit juga mempunyai energi yang tersendiri. Jadi jika kita hendak murah rezeki inginkan wang yang banyak, pastikan energi kita lebih rendah daripada energi yang dimiliki, kerana semakin rendah daya energi, semakin kuat daya tarikan kita terhadap wang.
Jadi bagaimana untuk menjadikan energi kita lebih rendah, dan mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap wang? Saya tinggalkan ia sebagai satu persoalan untuk kita sama-sama memikirkannya.

Kepada individu yang berminat dan mempunyai potensi dalam perniagaan internet, Team flarebiz telah mengadakan promosi sempena bulan ramadhan yang mulia ini, anda boleh mendapatkan panduan tersebut dengan klik link dibawah, jangan lepaskan peluang ini sebelum harga dinaikkan .

http://www.MajalahIM.com/PR/index.php?ref=proramadhan

Atau dengan klik pada banner di bawah:

Matematik dan Law of Attraction

4

Category : LOA

Variables proporcionals

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini saya ingin berkongsi tentang satu formula kejayaan.

Berikut ialah formula kejayaan yang saya maksudkan

Keinginan x Tindakan = Kejayaan

Biar saya terangkan formula ini. Kejayaan adalah berkadar terus dengan keinginan dan tindakan yang diambil. Jika salah satu daripada kedua-dua ini tidak wujud, maka adalah mustahil bagi anda untuk mencapai kejayaan.

Anda boleh mempunyai banyak keinginan, mungkin berjuta-juta. Namun, jika anda tidak sertakan dengan tindakan yang sesuai, maka keinginan tersebut akan kekal sebagai keinginan sahaja.

Mari kita masukkan nombor ke dalam formula tersebut

Keinginan x Tindakan = Kejayaan

1,000,000 keinginan x 0 tindakan = SIFAR

Begitu juga sebaliknya.

Jika anda Mengambil banyak tindakan tetapi langsung tidak mempunyai keinginan, maka kejayaan anda juga adalah sifar.

Keinginan x Tindakan = Kejayaan

0 keinginan x 1,000,000 tindakan = SIFAR

Kes ini adalah seperti berusaha mendayung sampan tetapi tidak ada keinginan untuk sampai ke mana-mana. Macam manalah nak berjaya sekiranya kejayaan tidak ditakrifkan dengan jelas.

Tindakan yang anda ambil amatlah bergantung kepada keinginan anda.

Jika anda ingin menjadi seorang tukang masak yang berjaya, maka ambillah tindakan untuk mengambil kursus masakan, berlatih memasak dan terima komen daripada orang lain.

Jika anda ingin berjaya dalam kehidupan, menarik rezeki, dan hidup dengan lebih gembira, bacalah buku-buku seperti buku Magnet Rezeki dan yang penting sekali, aplikasikan ilmu tersebut. Aplikasikan ilmu yang anda pelajari.

Jika anda mengamalkan formula ini, anda PASTI berjaya!

Salam hormat,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Mencipta Masa Depan Anda

8

Category : LOA, Petua & Tips

{{de|Die Victory, Nelsons Flaggschiff in Ports...

Salam bahagia. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini, anda akan belajar tentang cara-cara untuk mencipta masa depan anda dengan ilmu yang telahpun anda belajar dalam Bicara Selasa yang lepas.

Jika anda belum membacanya, anda boleh membacanya di sini.

Aku Benci Orang Tu!

Anda Tidak Selalu Dapat Apa Yang Anda Berikan

Apakah yang akan anda buat apabila orang-orang yang anda tidak suka tu masuk ke dalam kehidupan anda dan mengacau kehidupan harian anda?

Mungkin anda marah, maki mereka, bergosip tentang mereka dan sebagainya.

Apabila anda fokuskan perhatian anda kepada kelemahan mereka, anda akan menarik lebih banyak kelemahan-kelemahan tersebut kepada diri anda.

Dengan kata lain, anda bukan sahaja tidak memperbaiki keadaan semasa malah anda merumitkan lagi masalah tersebut dengan menarik perkara-perkara yang kurang baik ke dalam kehidupan anda.

Banyak orang, banyak ragam. Ada orang yang baik hati, jujur, suka menolong, bertanggungjawab, mempunyai kasih sayang, suka memuji, pandai, sabar, selalu bersyukur dan ada pula yang jahat, tidak berperikemanusiaan, kejam, suka memperalatkan orang lain, pandai bergosip, tidak jujur, suka menghina, dan seumpamanya.

Berita baiknya ialah, kita dapat menarik orang-orang yang kita suka ke dalam kehidupan kita dan “menghalau” orang-orang yang kita tidak suka keluar dari kehidupan kita.

Caranya amat mudah. Terlalu mudah sehingga ramai yang menganggapnya remeh dan tidak mengendahkannya. Saya harap anda bukan salah seorang daripada mereka.

Caranya ialah, jadilah orang yang anda suka.

Seperti yang telah saya katakan dalam artikel yang lepas, orang-orang di sekeliling anda merupakan imej ataupun pantulan diri anda. Jadi, apa-apa sahaja yang anda ingin lihat di sebalik cermin tersebut perlulah bermula dari diri anda.

Katakan anda berdiri di hadapan sebuah cermin sekarang dan apa yang anda nampak ialah diri anda. Jika anda ingin melihat imej tersebut mengangkat tangannya, anda perlulah mengangkat tangan anda terlebih dahulu. Jika anda ingin melihat imej tersebut senyum, anda perlu senyum terlebih dahulu.

Semuanya bermula dari diri anda. Bukan orang lain. Bukan imej tersebut.

Jadi, jika anda ingin menarik orang-orang yang baik hati, suka menolong, memahami dan baik budi pekertinya, anda perlulah mula dengan menjadi orang yang baik hati, suka menolong, memahami dan baik budi pekerti dahulu.

Mudah, bukan?

Kita tidak boleh mengharapkan orang lain berubah tanpa kita yang berubah terlebih dahulu.

Jika anda ialah seorang yang materialistik, anda akan menarik orang yang mempunyai sifat yang sama dengan anda ke dalam hidup anda.

Law of Attraction bersifat gelombang dan getaran. Jadi pastikan perilaku anda, kata-kata anda serta permikiran anda selari dengan apa yang anda hendakkan daripada orang lain.

Jika anda tidak suka orang lain bergosip tentang diri anda, jangan bergosip tentang orang lain ataupun memikirkannya.

Anda akan mendapat apa yang anda berikan.

Ini ialah Hukum Sebab dan Akibat.

Sejak saya mula berkongsi ilmu dengan orang lain dengan bersungguh-sungguh, saya mendapat banyak ilmu yang lain daripada orang lain di sekeliling saya.

Saya suka orang lain mengesyorkan produk-produk, perkhidmatan serta urusniaga yang baik kepada saya. Jadi saya pun mulalah dengan mengesyorkan produk, perkhidmatan serta urusniaga yang baik kepada orang lain. (Misalnya buku Magnet Rezeki)

Saya suka menerima komisyen apabila saya mengesyorkan pelanggan kepada pemilik perniagaan. Jadi saya pun mula dengan memberi komisyen kepada mereka yang rekemen pelanggan kepada saya. Akibatnya, saya mendapat banyak komisyen setiap bulan daripada rakan perniagaan saya.

Saya suka orang lain memberi idea-idea perniagaan yang berguna kepada saya. Jadi saya pun mula membantu orang lain dengan idea-idea perniagaan yang saya tahu. Akibatnya saya asyik menerima idea-idea perniagaan dari pada rakan-rakan saya.

Mudah, bukan?

Mula dengan menjadi orang yang anda suka.

Anda tiada alasan untuk gagal.

Kunci kejayaan telahpun diletakkan pada tangan anda. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti jenis orang yang anda suka dan jadilah orang tersebut.

Kunci kejayaan ini tidak akan membantu anda jika anda tidak mencari lubang kunci tersebut (mengenal pasti jenis orang yang anda suka) dan mengambil tindakan untuk memutarnya (menjadi orang tersebut).

Mulakan hari ini dan saya menunggu untuk mendengar berita baik daripada anda.

Selamat memutar kunci,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]