Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Jika anda perasan, blog saya ketika ini lebih banyak memfokuskan kepada psikologi kewangan, kemakmuran dan kekayaan. Ya, saya memang tidak menafikan bahawa sejak tahun 2010 saya banyak menumpukan atau lebih fokus kepada bidang ini. Malah saya akan teruskan niche ini sebagai kajian saya. Namun itu tidak bermakna saya akan mengenepikan bidang-bidang lain yang berkaitan , cuma saya lebih fokus kepada bidang ini kerana saya mempunyai misi atau matlamaty saya kepada masyarakat , terutama kepada pelanggan-pelanggan dan pembaca blog ini khususnya. Saya yakin misi dan matlamat saya ini akan tercapai suatu hari nanti.
Bercerita tentang keyakinan. Mengapa anda sentiasa gagal ketika melakukan manifestasi bagi memiliki sesuatu yang anda inginkan. Sebenarnya saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang ini, apabila salah seorang pelanggan Rahsia magnet duit ada menghantar email kepada saya, bertanya tentang satu teknik yang dikongsikan melalui ebook tersebut. Iaitu teknik menarik wang dengan dompet.
Dalam sesuatu perkara , jika kita menginginkan sesuatu, apa yang paling penting ialah keyakinan. Dengan wujudnya keyakinan sebenarnya kita menghantar energi yang positif , tetapi jika anda merasa ragu-ragu, sebenarnya anda telah menghantar energi yang negatif. Analoginya seperti ini,Ianya umpama anda pergi ke sebuah restoran, anda memesan makanan, tiba-tiba wujudnya perasaan ragu adakah makanan anda telah pun disediakan atau tidak sabar menunggu makanan yang anda pesan, lalu anda keluar dari restoran tersebut. Siapa sangka, ketika anda baru saja melangkah keluar dari restoran tersebut, makanan sudah pun di hantar ke meja anda. Tetapi apabila pelayan melihat anda sudah tiada di meja tersebut, makanan itu disimpan semula.
Begitu juga dengan setiap permintaan atau apa yang diinginkan , Apabila anda melakukan dengan yakin dan sabar, sebenarnya anda telah menghantar energi positif, jadi energi positif menarik sesuatu yang positif ke dalam hidup anda.Maka setiap permintaan anda akan diperolehi, tetapi jika sebelum sempat permintaan anda itu dimiliki anda sudah mula wujud perasaan ragu atau kurang yakin , anda sebenarnya telah menghantar energi yang negatif, jadi ianya tidak membantu anda malah menolak lebih jauh apa yang telah anda minta. Jadi siapakah yang rugi? pesanan permintaan anda sudah disiapkan tetapi belum sempat dihantar anda sudah pun menghantar energi yang negatif, seterusnya menolak jauh-jauh apa yang anda inginkan.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan pemahaman dan manfaat kepada semua pembaca blog ini, mengapa anda gagal mencapai apa yang diinginkan.






