Dibunuh Oleh Kesempurnaan

17

Category : Meditasi, Perniagaan

Domino's Pizza store in North London, England. Image via Wikipedia

Selamat sejahtera kepada anda semua. Semoga anda semua hidup sihat dan gembira selalu.

Tahukah anda bahawa ramai orang gagal mencapai kejayaan yang diimpikan disebabkan oleh faktor kesempurnaan. Dengan kata lain, kejayaan serta masa depan mereka dibunuh pleh kesempurnaan yang ditunggu-tunggukan tetapi tidak pernah kesampaian.

Izinkan saya untuk memberikan anda satu contoh. Saya ada banyak kawan yang ingin menjalankan perniagaan sendiri. Akan tetapi, apabila ditanya mengapa mereka tidak melakukan perniagaan tersebut, alasan yang kerap saya terima ialah:

Saya tidak ada modal.

Ekonomi tidak baik. Tunggu dulu.

Tidak ada lulusan perniagaan. (MBA)

Tak masak dengan selok-belok perniagaan.

Tak Tahu menguruskan pelanggan.

Dan banyak lagi …

Orang yang berjaya tidak akan menunggu sehingga egala-galanya menjadi sempurna sebelum memulakan sesuatu kerja atau mula mengambil sebarang tindakan.

Orang yang berjaya bermula daripada apa yang sedia ada dan memperbaikinya kemudian.

Kalau kita kaji balik kisah-kisah orang yang berjaya, majoriti daripada mereka bermula dari keadaan serba kekurangan.

Ramai orang yang berjaya hanya bermula dengan bekerja sebagai kuli atau buruh kasar sahaja. Pengetahuan serta pengalaman mereka datangnya daripada cabaran serta kegagalan yang dihadapi dan pengalaman tersebut tak ternilai harganya.

Orang yang kurang berjaya biasanya mengikut urutan yang salah. Mereka menunggu untuk mencapai kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama padahal kita hanya dapat menghampiri kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama.

Sebuah cerita untuk santapan anda

Pasa masa dahulu ada seorang pemuda yang ingin membeli sebuah meja untuk memulakan perniagaan menjual tiket. Pemuda tersebut pun pergi kepada datuknya untuk mendapatkan nasihat untuk mendapatkan wang bagi membeli sebuah meja.

“Cara kamu telah salah” terang datuknya.

“Kamu patut menjual tiket dahulu bagi mendapatkan duit untuk membeli meja. Bukan beli meja dahulu untuk memulakan perniagaan menjual tiket” tambah datuknya.

Pemuda tersebut mengambil nasihat datuknya dan pada hari ini, beliau telah menjana berjuta-juta dolar tanpa membeli sebuah meja pun.

McDonald tidak bermula daripada sebuah kedai. Ianya bermula daripada sebuah gerai burger sahaja. Perniagaan Dominos Pizza bermula daripada sebuah van.

Bagaimana pula dengan anda? Bincangkan.

Semoga anda belajar sesuatu daripada artikel hari ini.

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Meditasi atau Tafakur

8

Category : Meditasi

Menurut penulis buku “Meditation: New Perspective” David Fontana, Meditasi ialah satu amalan sihat dan pengamal mampu melihat dengan jelas apa yang berlaku di dalam diri dan minda, dan ianya juga membantu pengamal melihat keadaan yang berlaku pada dunia luar.

Meditasi ialah memfokuskan fikiran pada satu titik bagi membina kekuatan minda dan fizikal. Meditasi kebiasaan digunakan untuk:

  • Mencari ketenangan
  • Membantu minda menumpu perhatian
  • Menjadikan seseorang lebih peka pada dunia luar
  • Menerap nilai kemanusiaan
  • Mengenal diri

Antara kebaikan bermeditasi ialah:

  • Mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran
  • Menajamkan daya ingatan
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan tahap kesihatan
  • Mengawal emosi di dalam keadaan yang tertekan

Guru terbaik bagi mempelajari meditasi adalah pengalaman peribadi iaitu setelah kita mempraktikkan atau mengamalkan meditasi dalam hidup kita. Tidak ada guru atau buku-buku yang dapat mengajarkan secara pasti bagaimana seharusnya kita melakukan meditasi, kecuali melakukannya sendiri.

Fokus dalam meditasi

2

Category : Meditasi

Teringat saya pada waktu kanak-kanak dahulu,Saya selalu bermain dengan kanta pembesar kepunyaan pakcik saya. Pada ketika itu, ianya bagai satu keajaiban apabila saya dapat membakar kertas dengan hanya meletakkan kanta tersebut di bawah cahaya matahari tanpa perlu menggunakan mancis. Namun begitu, apabila memiliki sedikit ilmu, barulah saya ketahui semua itu disebabkan oeh panas cahaya matahari berkumpul pada titik fokus kanta tersebut, apabila kanta dijauhkan dari kertas tersebut ianya tidak mampu menyalakan api kerana tiada titik fokus yang utama.

Begitu juga dengan kita sebagai manusia, apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan lebih fokus, tekun dan memberi tumpuan yang sebaiknya ia akan dapat memberikan hasil yang baik kepada kita. Fokus memberi banyak kebaikkan kepada kita. Apabila kita Fokus dalam melakukan sesuatu kerja, hasil kerja kita akan menjadi lebih berkualiti.Selain itu dengan fokus juga dapat menolong kita meningkatkan kualiti diri, serta dapat menjayakan sesuatu pekerjaan dengan mudah.

Ketika melakukan meditasi, Kuasa fokus adalah penting, tanpa fokus anda hanya melakukan meditasi yang sia-sia. Dengan memiliki daya konsentrasi yang tinggi, ianya akan memberikan anda kawalan pemikiran yang baik, minda yang tenang,serta daya keyakinan yang tinggi.

Kekuatan daya ingatan anda juga bergantung kepada keupayaan fokus atau tumpuan yang anda berikan kepada sesuatu perkara atau objek tertentu. Jika daya tumpuan ini lemah, maka lemahlah daya ingatan dan daya tanggapan secara keseluruhannya. Anda semua sedia maklum, sekiranya anda memberikan sepenuh konsentrasi terhadap sesuatu perkara, maka anda akan dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih baik dan teratur. Ini kerana seluruh tenaga minda ditumpukan terhadap perkara yang dihadapi dan ini dapat menentukan daya ingatan seseorang kerana makin tinggi daya konsentrasi yang diberikan, makin tinggi pula daya ingatan anda mengenai perkara itu. oleh itu, untuk mendapat sesuatu hasil yang baik dalam pekerjaan anda, fokus memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakannya.

Meningkatkan keupayaan minda melalui meditasi

6

Category : Meditasi

Meditasi ialah cara pemusatan minda, pemikiran dan batin bagi mencapai kesempurnaan hidup manusia tidak kira samada rohani atau jasmani. Meditasi juga boleh digunakan bagi meningkatkan keupayaan minda dengan membantu minda mencapai tahap ketenangan yang tinggi.

Meditasi akan membantu diri kita berada dalam keadaan yang santai dan memberikan laluan kepada otak kanan supaya dapat bertugas sehingga ke tahap yang maksimum.

Kita jarang sekali menggunakan potensi otak kanan secara yang maksimum. Kekuatan otak kiri adalah setaraf dengan komputer yang canggih. Tetapi kekuatan otak kanan , kehebatannya tidak dapat ditiru dan dimiliki oleh mana-mana jenis komputer sekalipun.

Meditasi dilakukan dalam keadaan sedar dan ianya juga berfungsi mengubah jiwa kita daripada melihat masalah yang sebesar gunung akan dapat diselesaikan dengan mudah dan kreatif. Ianya juga dapat mengubah sikap kita menjadi lebih damai,rasa yakin diri yang tinggi dan meningkatkan dan menajamkan daya intuisi anda. Minda separa sedar juga dapat diarahkan supaya melakukan tugas ketika meditasi.

Pernafasan terarah/teratur

8

Category : Meditasi

Semalam saya ada bercerita tentang imaginasi positif, dan saya ada menulis pernafasan terarah, dalam salah satu langkah mengenai untuk menghasilkan imaginasi positif. Saya terlupa untuk bercerita mengenai pernafasan terarah/ teratur ini. Ini adalah kesilapan yang tidak saya sengajakan, tapi saya rasa masih boleh dianggap kesilapan, kerana teknik pernafasan terarah ini adalah salah satu asas dalam teknik untuk pengawalan minda.Sepatutnya saya sudah bercerita lebih awal mengenai teknik ini. Kerana teknik ini adalah salah satu meditasi bukan sekadar untuk mengawal minda sahaja, tetapi boleh digunakan untuk menghasilkan ketenangan dan juga pelbagai fungsi yang lain.

Sebenarnya terdapat pelbagai teknik dan cara bagi pernafasan ini, namun hari ini, saya hanya akan berkongsi teknik yang mudah dan ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Langkah -langkah bagi teknik pernafasan terarah

  1. Duduk atau berdiri tegak mengikut kelesaan badan anda.
  2. Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 1 hingga 8, tahan nafas selama 5 saat dan lepaskan nafas dalam kiraan 1 hingga 6.
  3. Lakukan beberapa kali sehingga anda akan merasa kelainan pada diri anda.

Ini hanyalah langkah mudah untuk pernafasan teratur. Lakukan selalu insyaALLAH anda akan dapat merasakan hasilnya. Selamat mencuba ;-)