Apa khabar kalian. Kita bertemu lagi dalam Bicara Selasa di sini dan seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, minggu ini saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang peranan hipnosis dalam minda separa sedar.
Minggu ini agak sibuk sedikit kerana baru sahaja menghabiskan satu workshop dengan mentor saya Stephen Pierce di SMU, Singapura.
Maaf ye kalau saya lewat terbitkan artikel ini. Saya menaip artikel ini di atas beberapa buah kotak minyak pelincir dalam sebuah bengkel kereta di mana kereta saya sedang dibaiki dan diservis sekarang.
Mari kita mulakan.
Hipnosis merupakan satu kaedah untuk mencapai minda separa sedar kita secara langsung.
Apabila anda sedang mencari kunci rumah, berbual-bual, menanam pokok bunga, anda bukan sahaja menggunakan minda sedar anda tetapi juga minda separa sedar anda.
Minda separa sedar anda bekerja secara senyap dari dalam walaupun anda sedang melakukan sesuatu perbuatan secara sedar.
Minda separa sedar anda memproses maklumat seperti merangka ayat yang hendak dicakap, mengenal pasti lokasi kunci anda dan sebagainya dan kemudiannya menghantar maklumat yang telah diproses tersebut ke minda sedar anda.
Adakah anda masih ingat saat-saat anda mendapat idea yang berguna ataupun teringat tempat anda meletakkan kunci anda? Semua maklumat tersebut datangnya dari minda separa sedar yang juga digelar sebagai “minda sebenar”.
Minda separa sedar kita amat berkuasa dan di sinilah ahli hipnosis memanipulasikan serta memprogram minda separa sedar anda.
Apabila anda berada dalam keadaan tenang (hipnosis), aktiviti minda sedar anda menurun tetapi diri anda masih sedar. Pada masa inilah minda separa sedar anda menjadi dominan dan lebih berkuasa daripada biasa.
Keadaan ini amat sesuai bagi anda untuk memanipulasikan minda separa sedar anda untuk berfikir dengan cara tertentu begantung kepada cara anda memprogramnya.
Jika anda ingin menjadi kaya, tetapi asyik memikirkan pasal hutang yang tak terbayar, anda boleh menggunakan teknik hipnosis untuk menghipnosis diri anda untuk memanifestasikan lebih banyak kekayaan kepada diri anda.
Sudahkah anda nampak akan kuasanya?
Semasa anda membuat affirmasi dan visualisasi, anda sebenarnya sedang menghipnosis diri anda ke arah kejayaan.
Klik sini untuk mendapatkan audio hipnosis yang saya gunakan.
Ia merupakan irama muzik yang berlainan frekuensi yang direka khas oleh sekumpulan saintis untuk melatih serta meningkatkan kuasa minda separa sedar anda semasa anda membuat visualisasi.
Ia sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira jenis bahasa yang anda gunakan kerana ia hanya terdiri daripada irama muzik sahaja. Tidak ada orang yang bercakap di dalam audio tersebut.
Selamat berhipnosis,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ce871e88-0ed0-4e11-a20c-7f57d89f4de3)



