Projek saya seterusnya

2

Category : Info, Minda Separa Sedar

Sudah beberapa hari saya tidak berkongsi melalui blog ini, sebenarnya tidaklah sesibuk mana, cuma beberapa hari ini agak sibuk dengan satu kerja yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin. Apakah kerja itu? ya tidak lama lagi saya akan mengeluarkan ebook percuma kepada pembaca yang amat saya sayangi. Alhamdulillah hampir siap, cuma sedikit masa diperlukan untuk saya menyudahkan penulisan dan menyediakan bahan teknikal untuk laman web mini.Nantikan kemunculannya nanti insyaALLAH.

Sebenarnya laporan percuma ini telah lama saya sediakan iaitu pada bulan Jun tahun yang lalu. tetapi disebabkan kekangan masa, keadaan dan pelbagai masalah yang menimpa, pelancaran ini saya tangguhkan lebih setahun lamanya, namun ketika ini ebook tersebut telah saya kemaskini buat masa ini sebelum ianya saya berikan percuma.

Carilah kegembiraan

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Semalam saya menerima beberapa email , ada yang mengeluh mengapa sukar rasanya untuk gembira dan berjaya. Saya masih belum membalas email mereka cuma terfikir untuk berkongsi disini.

Adakah saya tidak pernah mengeluh? sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari rasa mengeluh, sebagai manusia biasa emosi saya juga sentiasa bertukar antara positif dan negatif. Sebagai manusia biasa juga saya pasti akan merasa tertekan dengan keadaan dan persekitaran. Tetapi walau bagaimana pun bak kata seseorang yang amat saya kasihi saya perlu hidup di alam realiti atau di alam nyata. Mengeluh , bersedih atau berduka terlalu lama tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya hanya perlu sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.
Jika kita melihat setiap kebaikan yang ALLAH berikan kepada kita, pasti kita akan dapat merasa bahawa ALLAH sangat mengasihi diri kita, dan kita juga akan sedar akan kekayaan yang kita miliki adalah tidak terbatas.

Jadi jika dikala ini ada yang merasa sedih dan berduka, carilah kegembiraan dengan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH kerana ALLAH itu Maha Baik dan Terbaik.Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang ALLAH berikan. Malah nikmat tersebut tiada hadnya, malah kita semua lebih cenderung berfikir negatif dari melihat sesuatu yang positif.

Saya sentiasa percaya, apa juga yang berlaku kepada kita adalah terbaik, terpulang kepada diri kita sendiri samada untuk mentafsirkannya secara positif atau negatif.

Kehilangan Itu pasti

2

Category : Minda Separa Sedar

Ketika ini saya berada di Melaka bandar bersejarah. Sepatutnya saya mengemaskini blog ini pada awal pagi semalam. Lantaran sebelum subuh saya perlu bertolak kesini jadi niat itu terpaksa ditunda sehingga sekarang baru saya dapat berkongsi cerita.

Kehidupan kita ini sentiasa ada pasang surutnya. Adakalanya kita memiliki, setelah kita memiliki sudah pasti akan ada kehilangan. Adakalanya kita menangis adakalanya kita ketawa. Apa pun ianya adalah lumrah yang harus kita terima seadanya.

Kebelakangan ini saya banyak belajar dari kehidupan. Saya belajar erti kehilangan Jika dulu saya amat takut akan kehilangan.Saya takut kehilangan orang yang terdekat, saya takut kehilangan barang yang berharga pernah saya miliki, Malah saya yakin pasti ramai yang bersikap seperti Itu. Hinggalah saya kehilangan nenek yang memelihara dan membimbing saya sejak Kecil. Arwah nenek sayalah yang banyak berkorban demi saya sehingga saya berada Pada tahap Sekarang.

Beberapa minggu juga saya kemurungan, saya tidak dapat terima hakikat kehilangan tersebut, hinggalah saya disedarkan oleh seseorang yang banyak membantu saya untuk kembali bangkit meneruskan usaha dalam mencapai tujuan hidup.Katanya jika kita susah, pasti ada orang lain yang lebih susah.
Alhamdulillah ketika ini saya dapat menerima hakikat bahawa setiap apa juga yang saya miliki hanyalah pinjaman. Bila tiba masanya semua barang yang kita miliki akan pergi atau hilang. Apa yang penting kita tahu bagaimana untuk menghargai dan bersyukur dikala ada.

Jadi jika ketika ini, kita masih mempunyai Ibu dan bapa, sayangilah mereka, kasihilah mereka.Lakukanlah yang terbaik untuk mereka. Jika ketika ini kita mempunyai teman yang sentiasa susah dan senang bersama kita, hargailah mereka,kerana kehilangan Itu sememangnya pasti,jadi kita tidak lagi akan menyesal akan kehilangan tersebut.Semoga kita semua dapat bersyukur dalam semua perkara yang kita miliki ketika ini. untuk segala nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.

minda dan energi

2

Category : Minda Separa Sedar

Berkongsi lagi hari ni selepas  beberapa hari tidak berkongsi. Alhamdulillah improve sedikit dari dulu. Jika dulu mengambil masa berbulan lamanya untuk update perkongsian baru, sekurang-kurangnya jarak perkongsian ini tidak kurang dari sebulan, ada peningkatan juga akhirnya  ;-) terpaksa puji diri sendiri . Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan setiap anugerah kehidupan yang terbaik pemberian ALLAH. Saya yakin dan teramat yakin bahawa ALLAH itu Maha Baik dan hanya memberikan yang terbaik untuk diri saya. Jadi sebagai hambanya semoga saya sentiasa berprasangka positif kepadaNYA.Malah saya yakin semua perkara yang saya miliki pada hari ini datangnya dari ALLAH. Ianya bukan datang dari kerja keras dan usaha saya Malah saya amat yakin bagaimana kuatnya saya berusaha bagaimana kerasnya saya bekerja jika tanpa keizinan daripadaNYA , pasti saya tidak akan perolehi apa juga yang saya miliki hari ni, kerana amat penting bagi kita untuk sentiasa bersangka baik kepada PENCIPTA .

Tahukah anda? Kehidupan, kejayaan, kebahagiaan yang kita miliki , semuanya adalah berkait rapat dengan energi. Energi yang sama akan sentiasa menarik energi yang mempunyai frekuensi energi yang sama.Energi yang positif akan menarik sesuatu yang positif ke dalam hidup kita.Manakala energi yang negatif pula akan menarik sesuatu yang negatif. Dengan memiliki energi yang positif , anda menolak sesuatu yang negatif dan begitu juga sebaliknya dengan memiliki energi yang negatif akan menolak jauh-jauh situasi yang positif dari hidup anda.Jadi jika anda tidak mendapatkan apa yang anda inginkan , ini bermakna anda tidak menghantar energi yang tepat seperti yang anda inginkan.

Minda dan keyakinan yang positif akan menghasilkan energi yang positif.Energi yang positif akan menarik situasi yang dan individu yang positif ke dalam kehidupan. Malah individu yang positif akan sentiasa mengambil tindakan positif, dan mereka terus menarik lebih banyak situasi dan peristiwa yang positif ke dalam kehidupan,Jika minda anda sentiasa diisi dengan fikiran negatif, bimbang, ketakutan dan keraguan, maka anda menghantar energi yang hanya akan menarik lebih banyak sesuatu yang anda tidak inginkan, sehingga anda gagal untuk memiliki setiap apa yang anda inginkan.

Fikiran yang tenang umpama tasik yang tenang. Ketika kita sedang memikirkan sesuatu , sama keadaannya ketika kita melemparkan sebiji batu ke dalam tasik. Sekiranya di dalam tasik akan muncul gelombang air, manakala di fikiran pula muncul gelombang atau vibrasi fikiran.

Berbeza dengan gelombang air,yang merembat mengikut medan pada permukaan air, gelombang fikiran akan merembat ke seluruh penjuru alam .Fikiran kita bukan hanya mempengaruhi diri kita dan orang lain, tetapi juga mempunyai kekuatan daya tarik. Menarik fikiran orang lain, benda, situasi,kejadian sumber daya, keuntungan dan kerugian yang selari dengan apa yang difikirkan secara dominan. Jadi uruskan fikiran kita sebaiknya supaya sentiasa positif dan seterusnya menarik hal yang positif ke dalam hidup kita.

 

Fokus apa yang diinginkan

1

Category : Minda Separa Sedar

Agak lama tidak mengemaskini blog ini,Sekali berhenti menulis amat sukar rasanya untuk memulakan kembali,Alhamdulillah, semangat menulis yang hilang akhirnya datang kembali dengan izin ALLAH. Selepas saya menyelesaikan penulisan ebook Booster Magnet Duit, agak lama juga yang berehat dari menulis samada berkongsi cerita melalui blog, tetapi saya ada melakukan perkongsian melalui group magnet duit psikologi kewangan iaitu salah satu forum tertutup untuk berkongsi ilmu di sana. Sekiranya anda belum lagi menyertai group tersebut anda boleh klik pada link group magnet duit psikologi kewangan untuk menyertainya.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, apakah yang anda inginkan dalam kehidupan ini ? Apakah anda menginginkan lebih banyak kejayaan ,lebih banyak kekayaan,lebih banyak kebahagiaan,lebih sihat,lebih makmur,lebih damai .Semua ini tentunya menjadi idaman kita semua sebagai manusia,namun bagaimana caranya untuk mendapatkan  apa yang diinginkan?

Ada yang berpendapat untuk berjaya, ,seseorang itu  harus bekerja keras,membanting tulang bekerja lebih masa malah ada yang perlu memilih untuk mengabaikan keluarga demi mengejar sebuah kejayaan. Sedangkan hasil yang diperolehi tidaklah sehebat mana, malah kejayaan yang ditunggu tidak kunjung tiba.Dimana silapnya?

Ini berpunca dari kesilapan fokus.Kebanyakan kita  selalu berfokus pada apa yang tidak diinginkan.,seperti tidak ingin gagal, tidak ingin hidup miskin, .,perkataan yang selalu  diucapkan atau di minda adalah “ saya tidak ingin ……. “ .Jika minda sentiasa di penuhi dengan kalimat “ saya tidak ingin … maka ianya akan  diterjemahkan menjadi sebuah “ Keinginan “ oleh minda separa sedar,dan hasilnya mungkin diri  akan mengalami kegagalan.

Jadi paling penting ubah apa ayang tidak diinginkan kepada apa yang diinginkan. Jika anda tidak ingin gagal, ubah kepada anda inginkan kejayaan. Jika anda tidak ingin hidup miskin, ubah kepada anda inginkan kekayaan. Fokus kepada sesuatu yang positif,insyaALLAH hidup pasti akan menjadi lebih positif.