Berfikir sebelum bertindak

4

Category : Motivasi, Petua & Tips, Renungan

Salam Perkongsian dan salam ceria untuk semua. Di hari Jumaat yang indah ini, ingin saya kongsikan sebuah cerita untuk renungan kita bersama.

Alkisah seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa balik ke rumah dengan membawa pulang sebuah trak baru. Trak yang menjadi kebanggaannya. Iyealah dapat trak baru siapa yang tak gembirakan ?

Trak tersebut ditinggalkan di depan rumah sementara lelaki tadi membersihkan diri. Anak lelaki itu yang baru balik ke rumah ternyata sungguh teruja melihat trak baru berada di depan rumahnya. Kanak-kanak itu bergendang di atas trak baru bapanya penuh kesukaan. Akibatnya trak baru tersebut tercalar dan sedikit kemek. Lelaki tersebut berlari ke arah anaknya, memarahi dan memukul tangan anaknya dengan kayu sebagai hukuman kerana telah mencalarkan trak barunya.

Setelah sang ayah tenang kembali, dia segera membawa anaknya ke hospital. Walaupun doktor telah mencuba segala usaha untuk menyelamatkan jari-jari anaknya yang hancur , tetapi ia tetap gagal. Akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan dan membuang ke semua jarinya.

Ketika anak kecil itu sedar, dia mendapati tangannya berbungkus kain putih dan dimaklumkan sesungguhnya jari jemarinya telah dipotong kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Anak kecil itu berkata, ‘Papa, adik minta maaf sebab telah merosakkan trak baru papa ‘ Kemudian, ia bertanya, ‘ tetapi bila jari- jari adik akan tumbuh kembali ? Ayahnya tersentak dan seribu penyesalan menyelinap ke dalam minda.

Apa yang boleh kita ambil dari cerita di atas ? Berfikirlah dahulu sebelum kita kehilangan kesabaran dan mengambil tindakan yang membuta tuli. Trak boleh dibaiki tetapi bagaimana dengan tulang yang hancur dan hati yang disakiti ? Adakah ia mampu untuk diperbaiki ?

Terlalu sering kita gagal untuk membezakan antara orang dan perbuatannya, kita seringkali lupa bahwa memberi maaf lebih besar daripada membalas dendam. Setiap dari kita tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, tindakan yang kita ambil dalam kemarahan akan menghantui kita selamanya. Tahan, tunda dan fikirkan sebelum mengambil tindakan. Memaafkan dan melupakan, mengasihi satu dengan lainnya. Ingatlah, jika kita menghakimi orang, kita tidak akan ada waktu untuk mencintainya, masa tidak akan dapat dikembalikan….hidup kita ni bukanlah sepeprti VCD PLAYER, yang dapat di backward dan Forward………HIDUP hanya ada punat PLAY dan STOP saja….

Sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini, senyumlah kerana senyuman itu mesra dan penawar segala duka.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Khasiat Surah Al Waqi’ah

8

Category : Petua & Tips, Renungan

Salam perkongsian semua. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan tabah dalam perjuangan untuk sebuah kehidupan.

Sedar atau tidak Al Quran adalah kitab ALLAH yang paling sempurna. Bagaimana kita harus menjalani kehidupan ini semua ada di dalamnya. Pendek kata dari A to Z, Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang akan perkara ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah bersempena dengan lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang bermaksud kiamat.

Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan ALLAH dan adanya hari berbangkit.
Terdapat beberapa khasiat yang terkandung di dalam surah Al-Waqi’ah di antaranya adalah seperti yang berikut:

• Apabila kita membiasakan diri membaca surah ini sekali setiap malam , maka akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

• Apabila surah ini di baca 14 kali setiap kali usai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

• Jika membaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, insyaALLAH di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

• Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap kali usai solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. InsyaALLAH berhasil.

• Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaALLAH di permudahkan untuk rohnya keluar dari jasad. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Seperti biasa sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ; Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Salam Hormat
- Ima Harlina –

Kucing dan kehidupan

4

Category : Bina Kejayaan, Info, komentar, Petua & Tips, Renungan

Salam perkongsian semua. Rasa saya semua orang tahu makanan kegemaran kucing ialah ikan. Tapi pernah tak kita tengok kucing memancing atau membeli ikan di pasar. Emm memang tak pernah kan ?

kalau ada, pasti berita ini menjadi berita yang tehangat di pasaran. Kerana mana mungkin kucing boleh memancing….jadi apa yang kucing lakukan untuk mendapatkan ikan yang diidam-idamkannya ?

Kucing akan menggesel-geselkan dirinya kepada tuannya, dan cuba memanjakan dirinya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, kucing akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitulah juga dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik,
maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Tuan kita ialah ALLAH SWT.

Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanja’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walau mungkin kucing dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya.

Jika itu yang terjadi..… apakah ada gunanya???

Wirid meluaskan pintu rezeki

7

Category : Info, Petua & Tips, Renungan

Salam perkongsian. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi dengan anda semua.

Orang kata hidup dalam zaman ni kalau tak berhutang, kiranya tak sah. Tak kisahlah apa hutang sekalipun. Ada juga yang berhutang sehingga sanggup meminjam dari along dan sebagainya. Akibatnya kaum keluarga menjadi mangsa, sama ada diganggu ataupun dibunuh.

Orang kata tidak mustahil kerana wang kita sanggup berbunuhan antara satu sama lain, dan kerana wang juga kita sanggup melakukan apa saja, meskipun ia melanggar batas-batas kemanusiaan.

Adakah jalan keluar untuk kemelut yang dihadapi ? Bagaimana kita nak meloloskan diri dari beban hutang yang dihadapi. Saya kongsikan cerita dan petua ini.

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terusterang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Mungkin kita juga boleh menjadi seperti Sayidina Muaz yang berjaya melunaskan beban hutang yang ditanggung. InsyALLAH dengan pengamalan wirid ini akan melapangkan pintu rezeki kita. Saya tinggalkan anda semua dengan terjemahan bagi kedua-dua ayat yang dimaksudkan.

Surah Ali Imran Ayat 26.
Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Surah Ali Imran Ayat 27.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan.”

Personaliti untuk berjaya

2

Category : Bina Kejayaan, Info, Petua & Tips, Renungan

Salam perkongsian untuk semua…Siapalah di antara kita yang tidak mahu hidup berjaya atau sukses, kan ? Tapi kenapa hidup kita ni macam tak maju-maju juga sedangkan pelbagai cara sudah dilakukan..….Mungkin tips ini boleh membantu.

1. Jangan suka buat perbandingan – Setiap dari kita mempunyai cara dan stail tersendiri. Tak kiralah dalam apa hal sekalipun. Jadi tak perlukah kita membandingkan diri kita dengan orang lain kerana kita seharusnya tahu dan sedar, kapasiti kita tak sama dengan orang lain.

2. Jangan asyik kata tak boleh – “Negative thinking” belum buat apa-apa lagi dah cakap tak boleh. Kata orang belum cuba, belum tahu hasilnya kan. Andai kata percubaan pertama gagal, cubalah lagi, mungkin ada “ part ” yang kita terlepas pandang dan perlu diperbaiki. Jangan mudah putus asa ek…..

3. Belajar menghargai diri orang lain – Kalau nak tahu, orang-orang yang berjaya bukan setakat menghargai diri sendiri sebaliknya mereka juga turut menghargai orang lain.Jadi jangan sesekali memandang rendah pada orang lain meski pun mereka hanyalah pembantu pejabat atau pun “ cleaner ” di tempat kita berkerja.

4. Kuburkan kenangan lalu – Barang yang lepas jangan dikenang kelak hanya menambah kesedihan dan luka lama akan berdarah kembali. Setiap dari kita akan melakukan kesilapan, yang penting macam mana nak memperbaikinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

5. Belajarlah untuk menjadi dewasa – Bersikap kebudak-budakan hanya akan membuatkan kita jauh dari kejayaan. Buanglah sikap buruk kita seperti suka bergosip, hasad dengki, ego dan sebagainya. Ubahlah diri menjadi lebih berdisplin dan lebih bertanggungjawab.

6. Jangan pentingkan diri sendiri – Disebalik kejayaan seseorang itu pasti ada seseorang yang menjadi tulang belakang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Jadi jangan pentingkan diri sendiri saja. Melihat keperluan orang lain juga boleh menjadi kunci kejayaan kita.

7. Jangan takut pada cabaran – Kalau kita mahu berjaya jangan takut untuk meninggalkan “ comfort zone ” kita. Kita perlu bijak menyesuaikan diri kita dengan keadaan dan suasana baru. Mungkin kita akan beroleh pengalaman baru yang lebih mematangkan kita.

8. Perlu ada keyakinan – Dalam apa hal sekalipun, keyakinan diri itu adalah penting. Bukan bermakna kita “ over confident ”. Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan keistemewaan tersendiri. Kenali potensi diri dengan sebaiknya dan kembangkan ia semaksimum yang boleh……

Walaupun keinginan untuk berjaya begitu menebal dalam diri kita, jangan lah pula sehingga kita menidakkan batas-batas yang telah digariskan. Kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara kerana akhirat juga destinasi yang hakiki. Jadi seimbangkanlah di antara ke duanya, agar kejayaan itu bukan hanya milik kita di dunia ini sebaliknya kejayaan di akhirat jua. InsyALLAH.

Mungkin ada tips atau teknik yang tidak dinyatakan di atas dan mungkin anda mengetahuinya, apa kata kita kongsikan di sini untuk membina kejayaan yang lebih cemerlang.