Beberapa hari tidak berkongsi cerita, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita bersama anda.Seperti biasa, apa yang saya kongsikan kebiasaan adalah diluar perancangan saya. Segalanya datang dari apa yang terlintas difikiran. Bukan tidak suka merancang, tetapi kebiasaan masalah yang dihadapi apabila merancang banyak perancangan yang tidak menjadi.
Jadi tidak mustahil saya juga dikenali sebagai ‘unpredictable person’ oleh individu -individu yang terdekat dengan saya. Apa pun saya masih lagi dalam proses belajar, kerana selagi kita hidup kita akan sentiasa belajar dan terus belajar tidak kira dari pembelajaran formal, pembacaan atau pengalaman.
Jadi hari ini saya ingin bercerita tentang satu pengalaman yang pernah saya alami, nampak simple tetapi ianya memberikan kesan yang amat besar dalam diri dan perniagaan saya.
2 bulan lepas, dalam satu discussion dengan beberapa teman, saya telah berjumpa dan seterusnya berkenalan dengan beberapa individu baru. Ya, perkenalan yang singkat tetapi memberikan impak yang besar dalam banyak perkara terutama dalam perkongsian ilmu.
Rutin orang berniaga, apabila berjumpa pasti akan bertukar kad perniagaan.Malangnya pada hari tersebut, saya tidak membawa kad perniagaan saya, jadi saya sekadar menerima tanpa memberi. Tak apalah, mungkin diizinkan ALLAH kami akan bertemu kerana kami telah bertukar nombor telefon untuk dihubungi.
Kali pertama saya melihat kad perniagaan beliau, saya bertanya adakah sahabat saya itu sukar untuk fokus dalam perniagaan? sahabat saya tersebut memandang saya kehairanan.Saya cuma senyum dan sekali lagi saya bertanya lagi, saudara kerja dah cukup kuatkan? tapi hasil tidak setimpal dengan kerja saudara, saya menguji lagi pengetahuan saya melalui pemahaman saya tentang psikologi kad perniagaan.
Sahabat saya tersebut memandang saya dengan penuh hairan, saya cuma senyum, lantas saya berkata, tak apa, biar saya bantu bagaimana nak ubah perniagaan supaya jadi lebih baik.
Alhamdulillah, saya telah berkongsi ilmu dengan sahabat saya tersebut, dan pagi semalam ketika santai bersama sepupu adik dan anak buah, saya telah menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak saya kenali, walaupun pemanggil tersebut memperkenalkan diri, baru saya teringat siapakah beliau, itu pun apabila beliau menawarkan diri untuk belanja saya makan tengahari pada bila-bila masa saya free.
Alhamdulillah, saya amat gembira selepas mengetahui berlaku sedikit perubahan dalam perniagaan, dengan menjadikan kad perniagaan sebagai agen pemasaran perniagaan.Pasal belanja makan, insyaALLAH bila ada masa, saya penuhi permintaan sahabat saya tersebut, mungkin bukan sekarang, kerana esok masih tetap ada. Apa yang penting saya dapat membantu sahabat saya tersebut.
Apabila saya berkongsi melalui blog ini, bukan bermakna saya ingin menunjuk-nunjuk kepada pembaca tentang skill yang saya ada. Tetapi saya ingin kita sama-sama sedar, walaupun sesuatu perkara itu kecil, tetapi ianya memberikan impak yang besar kepada perniagaan dan diri kita. Saya telah mengalami pengalamn tersebut pada tahun 2007 dan saya tidak ingin ianya berulang lagi kepada individu lain. Segalanya adalah berpunca dari kad perniagaan saya sendiri.

Lihat kad perniagaan saya di atas, pada hari pertama saya menerima kad tersebut setelah dicetak(salah satu hari pada tahun 2007), saya amat gembira lebih -lebih lagi apabila menerima pujian dari individu yang paling dekat dengan diri saya.
Satu petang saya senyum sendiri kerana kad perniagaan saya itu dipuji kerana cantik dan kelihatan menarik. Adakah kecantikan tersebut dapat membantu menonjolkan perniagaan saya dan membantu saya untuk lebih fokus dan memberikan keuntungan yang baik kepada perniagaan saya? Nantikan sambungan cerita ini pada entry yang akan datang.




