Category: Refleksi


Mulakan hari dengan senyuman


 

Assalamualaikum,
Saya doakan semoga sahabat semua berada di dalam keadaan yang gembira dan memulakan kehidupan hari ini dan seterusnya dengan rasa syukur dan bahagia.

Sama-sama kita memulakan hari kita setiap hari dengan senyuman, kerana adakalanya apa yang berlaku di awal hari akan berlarutan sehingga menjelang malam.

Bangkit dari tidur, ciptalah mood yang baik untuk meneruskan kehidupan kerana mood yang ceria ini akan menjdi pemangkin untuk meneruskan tugas kita seharian.Read More »

Mengapa wujudnya masalah rezeki


 

 

Assalamualaikum,
Alhamdulillah kerana masih diizinkan ALLAH untuk berkongsi di blog ini. Sudah beberapa hari saya bermusafir, sepatutnya mood diperantauan tidak menjadi alasan untuk tidak menulis dan berkongsi di blog ini. Tetapi apakan daya saya tidak sempurna apabila fokus lari segalanya tidak seperti yang dirancang. Dalam keadaan inilah datang kesedaran betapa lemah dan kerdilnya tanpa bantuan dan keizinan dari DIA Yang Maha Berkuasa.

Kenapa kita sentiasa bermasalah dalam soal rezeki? Masalah ini datang kerana kita mempunyai kepercayaan yang tidak benar tentang rezeki . Salah satu kepercayaan tersebut ialah ramai yang percaya bahawa semua kekayaan yang dimiliki adalah hasil usaha kita sendiri, dimana kita sering menganggap bahawa kekayaan yang dimiliki adalah hasil usaha dan kerja kuat kita. Semakin kuat kita bekerja maka banyaklah hasil yang kita perolehi. Tetapi jika kita tidak mampu untuk berusaha semaksima yang mungkin maka hasilnya adalah minimum. Adakah benar kepercayaan tersebut ? Sudah tentu jawapannya tidak.

Read More »

Diari terapi- Tahu tetapi tidak sedar


Meneliti catatan jurnal refleksi membuatkan hadirnya rasa sebak. Ada beberapa kes yang saya bantu selepas selesai sessi terapi saya akan mencatatkannya untuk dijadikan refleksi diri ( tidak kesemuanya) mengapa saya perlu ada jurnal seperti tersebut? Itulah cara bagaimana untuk saya memperbaiki diri dan kehidupan sendiri kerana sesiapa pun yang hadir dalam hidup adalah mediator yang ALLAH hadirkan untuk menjadi cermin kepada diri dan kehidupan.

Antara masalah besar yang majoriti dialami oleh individu yang pernah saya bantu iaitu,pertama, ‘tahu tetapi tidak sedar’ dan masalah kedua berada di level victimhood atau dalam kata lain sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa. Dari mana datangnya punca kepada masalah tersebut? Ianya datang dari keegoan yang cukup tinggi.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘tahu tetapi tidak sedar’ , kita tahu ALLAH itu sentiasa memberikan yang terbaik dan sempurna kepada hambaNYA, tetapi kita tidak pernah sedar pun akan kebaikan dan kesempurnaan yang ALLAH telah berikan, buktinya, kita banyak mengeluh, sukar untuk bersyukur.Read More »

Bersangka baik tanpa syarat


 

 

 

Teringat perbualan saya dengan seorang teman . Teman saya itu bertanya ” adakah setiap kali kita melihat seseorang itu bermasalah, adakah benar dia bermasalah atau kita yang bermasalah kerana kita tidak mampu mengikhlaskannya? ”

Menarik soalan tersebut dan saya sekadar memberikan pendapat mengikut kefahaman saya yang sangat cetek iaitu bagaimana bermasalahnya seseorang itu, tugas kita kena bersangka baik dan seterusnya menjaga hati kita sendiri .Mungkin sangkaan baik itu tidak betul tetapi Allah lebih mengetahui setiap aturannya.Read More »

Segalanya perlu disyukuri


 

Hujan atau panas, banjir atau kemarau, sakit atau sihat, kaya atau miskin segalanya perlu disyukuri.

DIA sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua hambaNYA.Read More »

Senang juga ujian


 

Bila diuji dengan kesusahan dan tidak terdaya lagi menanggung derita pasti kita akan kembali kepada DIA Yang Maha berkuasa.

Read More »