Dari kami untuk anda….

1

Category : Info, Seminar

Salam perkongsian untuk kesekalian kalinya…..Terpanggil untuk berkongsi mengenai perkataan ketentuan Illahi……Berjumpa dengan kawan-kawan lama.. teruja untuk mengetahui perkembangan terkini…..mulut petah berbicara berkongsi cerita…sang teman hanya mampu menghela….ingin bertanya pada hati tapi bibir pula berat untuk berbicara….hanya perkataan ketentuan Illahi yang terluah …

Kita dituntut untuk menerima qada dan qadar yang telah tertulis untuk kita…menerima dan menghadapi hari esok dengan senyuman dan tangan yang terbuka tapi tidak bermakna kita hanya menyerahkan takdir kita semata-mata…perubahan itu datangnya dari diri kita sendiri….dan apa jua keinginan dan yang diinginkan juga datang dan lahirnya dari dalam diri sendiri….

Di mana kah kita ? apakah pencapaian yang telah kita kita coretkan…adakah angan-angan yang ditebarkan hanya sekadar omong kosong atau suatu harapan yang bukan hanya bisa digapai malah mampu untuk direalisasikan……kenapa KEJAYAAN tidak mampu untuk dimiliki…..buka mata hati dan lapangkan dada untuk membuka ruang dan memajukan diri dengan mengaplikasikan sesuatu cara serta mengkehendaki ruang untuk menganalisa kegagalan dengan mengenali faktor penyebabnya.

Sebagai hadiah kepada semua pencinta KEJAYAAN & KECEMERLANGAN dan juga tetamu setia LINNCOMEL.COM dengan ini kami mengumumkan bahwa eKursus bagaimana membina hubungan dengan duit diadakan secara percuma …….dengan melayari web berikut www.magnetrezeki.com/ekursus…… atau anda boleh klik banner dibawah. Terimalah dari kami untuk semua…

Online seminar

5

Category : Seminar

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini,saya akan mengadakan satu mini online seminar, selepas ezine minda sukses diedarkan.

Jadi, saya merancang untuk mengadakan mini seminar tersebut pada hari jumaat,22/5/2009 jam 8.45 malam, sehingga 10.00 malam (InsyaALLAH).Melalui yahoo conference.

Antara tajuk yang bakal saya kongsikan ialah:

  1. kaedah bagaimana untuk mengira tarikh lahir.
  2. Mengenal unsur atau elemen diri
  3. Bagaimana untuk mengenalpasti emosi anda pada kitaran tahun 2009 & 2010
  4. Lain-lain perkara yang saya rasa penting dan berkaitan dengan potensi diri dan kejayaan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai mini seminar ini, anda boleh menghantar email kepada saya dengan menyertakan

  • Nama
  • ID Yahoo messenger
  • Tarikh & waktu lahir

Emailkan butir tersebut ke email saya linncomel@gmail.com.

Walaupun hanya seorang peserta yang mengikuti seminar ini, saya tetap akan menjalankan  mini seminar  seperti yang dirancang.Penyertaan adalah percuma

Apa pun, segalanya adalah dengan keizinan ALLAH.

Sila hantar penyertaan selewat-lewatnya pada pukul 8 malam khamis 21/5/2009

bengkel Cinta hakiki, satu perjalanan spiritual yang terindah

5

Category : Seminar, Seminar/kursus

Sebenarnya hari ini ,niat saya untuk berkongsi satu audio yang boleh membantu anda berada pada gelombang alpha. Malangnya disebabkan ada perkara yang perlu saya perbaiki, jadi saya tangguh dulu, niat tersebut, insyaALLAH saya akan berkongsi bersama anda dalam beberapa hari lagi.

Hari ini saya sekadar ingin mengumumkan, bahawa dr Azhar akan mengadakan bengkel Cinta hakiki, satu perjalanan spiritual yang terindah yang merungkaikan rahsia meditasi dalam solat.

Bengkel tersebut akan diadakan pada 7 dan 8 mac 2009. Sekiranya anda mendaftar sekarang yuran yang dikenakan  ssebanyak RM370. Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:

  • En. Zairos -0162577311
  • Mar-0163977311
  • Tina-0163915311
  • Wan-0175760311

Anda juga boleh melawat blog Dr. Azhar

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/

Seminar Law Of Attraction

Category : Seminar

Berkongsi maklumat seminar yang dihantar oleh saudara Aura kaya.

Untuk pengetahuan semua, pihak scicomacademy.com dengan kerjasama PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. akan menganjurkan seminar sehari bersama penulis buku Law of Attraction, Michael J. Losier pada 29 November 2008 di Hotel Renaissance.

Diskaun RM 500 jika mendaftar melalui PTS. Tawaran istimewa termasuk dapat berjumpa Michael J. Losier secara eksklusif dan latihan lanjutan bersama trainer yang terlatih dan bertauliah. Inilah peluang untuk anda bertemu face-to-face dengan penulis buku yang tersohor dengan hanya membayar yuran seminar pada harga DISKAUN.

Maklumat lanjut mengenai diskaun dan tawaran istimewa bolehlah anda hubungi wakil PTS- Aizat 016-661 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar sila layari http://scicomacademy.com/downloads/THELAWOFATTRACTION.pdf

Semoga berita baik ini dapat dikongsikan dan disebarkan kepada lebih ramai ‘pengikut’ Law of Attraction.

Sekian wassalam dan terima kasih.

Persoalan Terjawab

4

Category : Bina Kejayaan, Petua & Tips, Seminar

100 malaysian ringgit banknote front

Image via Wikipedia

Terima kasih kerana masih lagi meluangkan masa anda untuk bersama saya dalam Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Dan dalam minggu ini, saya akan menjawab persoalan yang mungkin timbul dalam minda anda.

Dua minggu yang lalu, saya menerima sepucuk emel daripada seorang pembaca yang menanyakan rahsia kejayaan saya. Jadi saya pun menulis artikel ini untuk menjawab soalan beliau. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya ditujukan dengan soalan-soalan sedemikian.

Selain para pembaca, soalan ini juga ditujukan dari kawan-kawan, anak murid, rakan sekolah dan rakan mastermind saya (kecuali ahli keluarga saya – kerana mereka sudah biasa dan lali dengan kerenah saya). :)

Kejayaan merupakan suatu perkara yang subjektif. Ia memberikan maksud yang berbeza kepada individu yang berlainan. Bagi saya, saya belum lagi berjaya sepenuhnya. Banyak lagi impian yang sedang kukejar.

Akan tetapi, jika dibandingkan dengan majoriti penduduk di dunia ini, saya boleh dikatakan berjaya dari segi, mental, fizikal, kewangan, rohani dan ilmu.

Salah satu faktor yang mendorong kepada kejayaan saya ialah sikap yakin kepada diri sendiri. Ramai yang salah faham tentang keyakinan diri ini dan biasanya dikaitkan dengan sikap bongkak, sombong dan angkuh.

Keyakinan diri adalah berbeza dengan sikap sombong dan angkuh. Keyakinan diri bersifat positif dan merupakan salah satu nilai murni yang patut dimiliki oleh setiap individu. Keyakinan diri tidak membawa erti untuk menghina atau memandang rendah kepada orang lain.

Saya mengaku bahawa adakalanya ada sesetengah orang yang menganggap saya bersikap sombong. Akan tetapi, saya tidak akan membiarkan pandangan awan yang tidak berasas dan tidak profesional ini mempengaruhi kejayaan saya. Bagaimana pula dengan anda?

Kejayaan milik setiap individu dan setiap individu bertanggungjawab terhadap kejayaan masing-masing.

Jika anda kisah akan pandangan orang ramai, maka ini bererti anda kurang mengambil kisah akan kejayaan anda sendiri. Bagaimana pula nak mencapai suatu kejayaan jika kita tidak mementingkannya?

Faktor kedua pula ialah mengambil tindakan.

“Mengambil satu tindakan yang betul adalah lebih baik daripada menghabiskan masa bertahun-tahun untuk memikirkannya sahaja”

Tiada apa yang akan terjadi tanpa tindakan. Anda boleh membaca beribu-ribu buah buku. Tetapi, jika anda tidak mengambil satu tindakan pun, semua ilmu tersebut adalah tidak berguna.

Dapatkah anda menjadi pandai memasak dengan hanya membaca buku resipi setiap hari tanpa berlatih memasak? Begitu jugalah dengan kejayaan.

Salah satu punca yang menghalang orang ramai daripada mengambil tindakan ialah takut gagal.

“Tiada kejayaan tanpa kegagalan”

Kegagalan perupakan titik pusingan. Terdapat hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kegagalan. Orang yang bersikap positif melihatnya sebagai suatu pengajaran dan satu proses pembelajaran, bukannya kegagalan.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Jika anda tidak berani mengambil langkah pertama, bersedialah untuk hidup dalam kegagalan.

Faktor ketiga – Terus belajar.

“Hidup sampai tua, belajar sampai tua” Peribahasa Cina

Sudah menjadi impian saya untuk belajar selagi terdaya. Ilmu di dunia ini tak terhingga banyaknya. Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berhenti belajar.

Peluang untuk mengejar ilmu merupakan suatu nikmat bagi saya. Semasa di bangku sekolah, saya memajukan diri dalam bidang Fizik, Kimia dan Matematik, sekarang pula, tak habis-habis belajar, perniagaan, pemasaran, strategi dan teknik perniagaan, psikologi dan pelaburan.

Bila dah bersara nanti (dalam masa 5 tahun) nak belajar menyelam, skydiving, bertani, memasak pula. (dan banyak lagi)

Dalam proses mencapai kejayaan ini, kebanyakkan ilmu saya ditimba dari bilik seminar. Walaupun perlu membayar beriru-ribu Ringgit, tetapi ilmu yang ditimba itu berbaloi dan memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada saya.

Jika anda sedang mencari-cari seminar yang manakah yang perlu anda hadiri terlebih dahulu, saya ada DUA berita baik untuk anda

Berita baik #1

T Harv Eker akan datang ke Singapura lagi pada bulan depan. Ini bermakna, anda tidak perlu membeli tiket tersebut dengan matawang US sebaliknya dengan Singapore Dollar sahaja.

Berita baik #2

Seorang kawan saya mempunyai 4 tiket tambahan ke Millionaire Mind Intensive dan dengan murah hatinya beliau mengambil keputusan untuk menjualnya dengan harga RM400 sahaja. (Ingat hanya 4 tiket sahaja! )

Ini bermakna, anda boleh membelinya dengan harga RM 400 SAHAJA (harga diakaun) dengan menghubungi saya di sini . Kalau anda beli daripada pihak penganjur, anda perlu membayar dalam Singapore dollar. Itupun terhad kepada 4 tiket sahaja. Kalau dah habis, maaflah. First come first serve.

Saya rasa 3 faktor yang telah dikongsikan di atas sudah cukup untuk dipraktikkan oleh kalian buat masa ini. Sehingga kita berjumpa lagi dalam Bicara Selasa yang akan datang.

Semoga anda berjaya dan terus berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hubungi saya untuk mendapatkan tiket Millionaire Mind Intensive anda pada harga yang amat rendah.

P.P.P.S. Jangan malu bertanya jika ada sebarang pertanyaan. :)