Category: Terapi Kehidupan


Refleksi kehidupan 2


Perkongsian refleksi kehidupan 2, selamat berhujung minggu saya ucapkan kepada semua sahabat. Sentiasa sihat, gembira dan dipermudahkan apa jua urusan yang dilakukan.

Diam dan berikan senyuman. Walaupun ianya kelihatan sesuatu yang remeh tetapi ianya mampu menjadi sebuah kekuatan yang sangat dahsyat.Read More »

Refleksi Kehidupan


Refleksi Kehidupan

Perkongsian Refleksi kehidupan, Semalam adalah hari terakhir saya berkongsi di bawah tajuk refleksi lockdown memandangkan semalam adalah hari terakhir fasa 1 lockdown bagi penduduk di Lembah Klang.

Walaupun semalam saya hanya memiliki niat untuk berhenti di bawah tajuk refleksi lockdown dan ada juga terfikir untuk berhenti menulis buat seketika.Pagi ni datang keinginan untuk berkongsi terapi saya terasa agak sukar untuk berkongsi seperti biasa. Adakah disebabkan saya sudah ‘ MERASA SELESAI’?Read More »

Refleksi Lockdown 101


Perkongsian refleksi 101, memandangkan semalam Perdana Menteri ada mengumumkan kawasan Lembah Klang sudah pun masuk ke Fasa 2, sudah pun boleh merentas daerah dan tiada halangan untuk ke sana -sini antara KL dan Selangor, ini bermakna perkongsian hari ini adalah yang terakhir di bawah tajuk Refleksi Lockdown.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana mampu berkongsi refleksi selama 101 tanpa henti. Sebenarnya ini adalah pembuktian tentang sistem mekanisma alam semesta itu sememangnya wujud. Segalanya pasti jadi mudah, jika kita mampu melewati fikiran dan bekerja di alam RASA.Read More »

Refleksi Lockdown 100


Perkongsian refleksi 100, alhamdulillah syukur hari ini sudah masuk hari ke 100 saya berkongsi refleksi dan hari ni juga hari ke 100 kita masih tidak dapat merentas negeri. Namun walau apa pun keadaan yang kita sedang hadapi, masih banyak lagi anugerah yang boleh kita syukuri selagi kita tidak melihat kehidupan dalam kaca mata EGO.

Ego sentiasa membuatkan diri hidup dalam perbandingan. Membandingkan diri dengan orang lain seperti merasakan diri lebih hebat dari orang lain atau merasakan diri kurang hebat dari orang lain Dari mana wujudnya perbandingan ini? Kerana kita merasakan diri kita terpisah dari makhluk Tuhan yang lain. Dari mana datangnya rasa terpisah itu? Dari luka, kesakitan atau trauma yang pernah dilalui.Read More »

Refleksi Lockdown 98


Perkongsian refleksi 98. Hidup ini perlu dinikmati seadanya. Hidup ini juga bukanlah untuk bersaing tetapi mampu dinikmati tanpa batas. Kuota rezeki yang disediakan untuk semua makhluk Tuhan juga sangat berkelimpahan. Terserah berapa banyak kuota yang kita perlukan untuk menikmati kehidupan sehingga ke hujung hayat.

Bagi mereka yang berniaga , sekiranya anda melihat orang lain lebih laris daripada jualan anda, apa yang anda rasakan? Dan sekiranya anda melihat lebih ramai yang laris jualannya dari perniagaan anda apakah anda sanggup bertahan?

Sekiranya anda merasa kalah dan merasa rezeki anda berkurang kerana kehadiran orang lain yang anda merasakan lebih hebat jualannya, maka ini menandakan level kesedaran anda masih rendah.Read More »

Refleksi Lockdown 97


Perkongsian refleksi 97, selamat berhujung minggu untuk sahabat semua. Saya doakan kita semua pasti dipermudahkan segala urusan, tiada ketakutan dan kerisauan ketika memberi dan sentiasa sihat dan bahagia sentiasa.

Hidup itu sentiasa perlu memberi dan terus memberi .Tidak kira apa jua pemberian kebaikan yang kita lakukan pasti mendatangkan kebaikan dan kebahagiaan.Read More »