Category: Terapi Kehidupan


Orang jahat itu wujud?


 

Semalam saya menerima pertanyaan dari seseorang lebih kurang begini ;

“Linn akak pernah terbaca satu artikel tetapi saya lupa di mana ayatnya lebih kurang seperti ini , kenapa orang baik selalu terjumpa orang yang jahat kerana katanya ia hanya kelihatan baik secara luaran tetapi dalamannya penuh dengan rasa negatif apa pendapat linn pula”?

Pengalaman saya melakukan terapi sejak tahun 2012 sehingga sekarang membuatkan saya sentiasa berpesan dengan orang-orang yang rapat dan sentiasa bersama saya “Tiada orang jahat di dunia ini, apa yang ada hanyalah orang yang sakit dan terluka”. Jadi tingkatkan emphati dan elakkan menghukum kerana mereka perlu dibantu.Read More »

Mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki


Ada yang beberapa orang PM dengan pertanyaan yang lebih kurang sama “K.Linn bagaimana mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki seseorang”. jadi perkongsian ini adalah jawapan bagi pertanyaan tersebut. Bila saya kongsikan di sini; saya tidak lagi perlu menjawab berulangkali.

Untuk mengetahui kapasiti rezeki yang mampu ditampung oleh seseorang ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan untuk memberi dan berbelanja.

Sekiranya berbelanja untuk diri sendiri pun sangat susah dan kedekut; Jika anda sukar untuk memberi dan bersedekah, dengan isteri dan anak-anak pun berkira apa lagi pada orang luar itu bermakna kapasiti rezeki yang ditampung agak kecil.Read More »

Terapi-Bila diri sentiasa tidak bersemangat


Healing-10

Saya sambung perkongsian seterusnya tentang healing.

Kali ini saya berkongsikan pengalaman salah seorang klien saya yang asalnya menghubungi saya kerana masalah sakit sendi lutut dan juga sentiasa sakit pada salah satu bahagian bahunya.

Klien ini juga ketika itu ada membuat pengakuan bahawa beliau memiliki tabiat yang agak unik sejak dari zaman remajanya, beliau mengambil masa yang agak lama jika berada di sinki untuk membasuh tanganya.Read More »

Difitnah apa yang perlu dilakukan..


Ada seseorang bertanya kepada saya:

“Apa yang k.linn lakukan jika seseorang menyerang dan melukakan hati dan perasaan dengan cara menghina, merendahkan, menyakiti, memfitnah dan seterusnya menyebarkan berita buruk tentangmu ke seluruh dunia”.

Saya menjawab:
“Saya pasti berusaha memaafkannya dengan tulus dan mengikhlaskan semua yang terjadi”.

“K.linn tak rasa sakit?” tanya dia lagi..

Pastinya rasa sakit pada awalnya sebab tu saya katakan ‘ berusaha’ kerana saya faham tidak mudah untuk melalui semua ini.Read More »

Terapi-Bila hidup sentiasa risau dan takut


Saya sambung perkongsian saya tentang healing. Hari ini saya akan memfokuskan tentang masalah fizikal yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

Rasanya ramai juga yang telah bantu klien yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Ada yang mengalami masalah gastrik, GERD, sembelit, jangkitan, angin sehingga sukar untuk menelan, dan beberapa masalah yang lain.Read More »