Category: Terapi Kekayaan


Refleksi Lockdown 4



Hari ini masuk hari keempat lockdown. Saya mengakhiri perkongsian saya semalam Mengapa ramai manusia yang menjadi lemah dan tidak mampu menguruskan kehidupan sebaiknya.

Agak lama juga saya termenung di skrin ipad, menunggu info apa yang keluar untuk saya kongsikan. Akhirnya satu perkataan yang keluar adalah ‘ DOKTRIN’ . Ya doktrin yang melemahkan kita, terlalu banyak doktrin-doktrin yang dipasakkan ke dalam fikiran dan hati kita adalah doktrin yang melemahkan dan tidak membantu kita menjadi Tuan kepada kehidupan.

Malah untuk isu Covid 19 juga kita samada anda perasan atau tidak, pada awal-awal bermulanya Isu pandemik ini kita diasak dengan doktrin-doktrin betapa bahayanya virus Covid 19 ini dengan video ramai yang jatuh dan mati bergelimpangan  di tepi jalan di Wuhan China dan akhirnya apa yang berlaku sekarang di Wuhan?

Tempat mereka sekarang dapat hidup aman damai sekarang tetapi kita masih lagi berperang dengan isu pandemik ini. Read More »

Refleksi lockdown 3


 

Hari ini masuk hari ketiga lockdown, semalam saya akhiri ayat terakhir saya dengan kata-kata “ Mengapa kita perlu meletakkan diri kita sebagai Tuan kepada kehidupan”.

Teringat ketika saya menyertai kelas spiritual kekayaan di mana gurunya adalah seorang pemilik pesantren dari negara jiran. Salah satu pesanan yang diterima dan yang betul-betul saya genggam sehingga ke saat ini.Read More »

Refleksi Lockdown 2


Hari kedua ‘lockdown’ apa rasa yang ingin saya terjemahkan melalui perkataan. Baiklah saya memetik kata-kata dari perkongsian semalam ;

“Jika sesuatu itu mampu kita kendalikan, maka sesuatu itu pasti menjadi budak suruhan kita. Adakah kita mampu mengendalikan kehidupan kita? Jika kita mampu mengendalikan kehidupan, kehidupan pasti tunduk mengikut apa yang kita inginkan”.

Sama-sama kita merenung sejenak selama ini adakah selama ini kita yang mengendalikan kehidupan atau kita yang dikendalikan oleh kehidupan.Read More »

Refleksi lockdown


 


Hari pertama lockdown apa mesej yang saya terima sesudah subuh tadi, pergerakan terbatas, masa dan ruang waktu juga terasa seperti terbatas. Jika segalanya rasa terbatas apa yang perlu dilakukan linn comel?

Adakah perlu mengeluh dan marah-marah pada persekitaran dan sebagainya? Atau hanya duduk  terima tanpa apa-apa reaksi? Hanya sekadar terima dan terima tanpa memikirkan apakah solusinya?

Saya kongsikan di sini apa jawapan yang datang dari dalam diri saya;

Jika kita melihat ‘lockdown’ ini sebagai satu masalah maka adalah tugas kita untuk menyelesaikannya.

 Walaupun  fizikal terasa terkurung, pergerakan  juga terbatas namun perlu sentiasa pastikan hati tetap bebas.Read More »

Wang & kekayaan mengubah sikap seseorang?


 


Sesuatu yang berada di luar diri tidak akan mampu mengubah diri, tetapi ianya berfungsi untuk menyerlahkan lagi apa yang terpendam di dalam diri.

Sekiranya diri sedang menderita ianya akan menyerlahkan lagi penderitaan. Jika diri sedang bahagia ianya akan menyerlahkan lagi kebahagiaan.Read More »

Mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki


Ada yang beberapa orang PM dengan pertanyaan yang lebih kurang sama “K.Linn bagaimana mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki seseorang”. jadi perkongsian ini adalah jawapan bagi pertanyaan tersebut. Bila saya kongsikan di sini; saya tidak lagi perlu menjawab berulangkali.

Untuk mengetahui kapasiti rezeki yang mampu ditampung oleh seseorang ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan untuk memberi dan berbelanja.

Sekiranya berbelanja untuk diri sendiri pun sangat susah dan kedekut; Jika anda sukar untuk memberi dan bersedekah, dengan isteri dan anak-anak pun berkira apa lagi pada orang luar itu bermakna kapasiti rezeki yang ditampung agak kecil.Read More »