Category: Terapi Rezeki


Refleksi kehidupan 71


Perkongsian refleksi kehidupan 71, tidak mudah untuk mengubah seseorang sesuai dengan apa yang diinginkan.

Malah secara jujurnya adalah sesuatu yang mustahil untuk kita mengubah seseorang atau sesuatu yang berada di luar diri kita. Jika kita melihat adanya perubahan, ianya datang dari kemahuan individu itu sendiri.

Namun adalah sesuatu yang pasti kita mampu menghormati dan menghargai diri sendiri dengan cara menyayangi, mencintai dan menerima diri seadanya.Read More »

Refleksi Kehidupan 42


Perkongsian refleksi kehidupan 42, Manusia adalah KHALIFAH , jadi alam semesta sentiasa bekerja mengikut apa yang kita arahkan samada secara sedar ataupun tidak.

Namun begitu alam tetap bekerja mengikut kriteria yang tertentu yang telah pun ditetapkan. Jadi jika ianya memenuhi kriteria, apa jua yang diinginkan pasti datang tanpa perlu kita mengejarnya.

Jadi tugas kita adalah adalah terus belajar dan belajar untuk memperbaiki diri untuk berada pada KESEDARAN yang benar, sehingga alam turut beserta melayani dan mengikut arahan kita sebagai manusia.

Sebagai contoh, jika inginkan kehidupan berjalan dengan lancar, kita perlu kembali kepada fitrah kehidupan iaitu sentiasa mengalirkan, mengeluarkan dan memberi.Read More »

Refleksi kehidupan 22


Perkongsian refleksi kehidupan 22, tiada yang percuma di dalam kehidupan ini, segalanya ada pertukarannya.

Hukum energi menyatakan energi tidak pernah berkurang tetapi energi mengalami perubahan. Energi berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Seperti contoh apa saja yang kita makan ketika bersarapan hari ini berubah menjadi tenaga untuk kita melakukan tugas harian sepanjang hari.

Tiada yang benar-benar percuma di alam semesta ini. Semuanya memerlukan pertukaran samada secara fizikal dan atau secara energi. Malah ketika anda membaca perkongsian ini pun anda memerlukan sekurang-kurangnya peranti seperti handphone dan akses internet sebagai pertukaran untuk membaca perkongsian ini.Read More »

Refleksi Lockdown 99


Perkongsian refleksi 99, Jika kita menghargai kehidupan, kehidupan juga pasti menghargai kita.Kerana kehidupan adalah cermin dari apa yang ada di dalam diri kita.

Ketika kita bersangka baik pada hidup ini, maka kehidupan juga sentiasa memberikan hanya yang baik sahaja kepada kita dan begitu  juga sebaliknya.Read More »

Refleksi Lockdown 98


Perkongsian refleksi 98. Hidup ini perlu dinikmati seadanya. Hidup ini juga bukanlah untuk bersaing tetapi mampu dinikmati tanpa batas. Kuota rezeki yang disediakan untuk semua makhluk Tuhan juga sangat berkelimpahan. Terserah berapa banyak kuota yang kita perlukan untuk menikmati kehidupan sehingga ke hujung hayat.

Bagi mereka yang berniaga , sekiranya anda melihat orang lain lebih laris daripada jualan anda, apa yang anda rasakan? Dan sekiranya anda melihat lebih ramai yang laris jualannya dari perniagaan anda apakah anda sanggup bertahan?

Sekiranya anda merasa kalah dan merasa rezeki anda berkurang kerana kehadiran orang lain yang anda merasakan lebih hebat jualannya, maka ini menandakan level kesedaran anda masih rendah.Read More »

Refleksi Lockdown 95


Perkongsian refleksi 95, ada yang mengatakan BAHAGIA itu adalah perkataan yang mudah diucapkan tetapi amat sulit untuk dicapai.

Ada juga yang mengejar bahagia. Tetapi bahagia itu bukanlah sesuatu yang kita kejar tetapi bahagia itu adalah soal RASA dan rasa itu berada di dalam diri kita.Read More »