Category: Terapi Rezeki


Imbasan semalam- Maafkanlah..


 

 

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH semalam sahabat-sahabat yang menghubungi saya untuk bantuan lebih ramai dari biasa dengan pelbagai isu yang berbeza. Ada yang memang memerlukan bantuan terapi terutama yang mempunyai masalah emotional pain sehingga sukar untuk ‘move on’ dengan izin ALLAH saya membantunya dengan terapi.

Ada juga saya hanya membantu dengan memberikan saranan dan cadangan untuk melakukan ‘task’ secara istiqamah kerana saya tahu masalah ini tidak akan selesai hanya dengan satu sessi terapi. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah ‘scarcity’ atau sentiasa rasa tidak cukup . Duit dah ada tapi masih rasa tak cukup, ada duit tapi takut kehilangan duit sehingga datangnya kerisauan yang tidak berasas dan hidup terasa tidak selamat,kerana masalah itu pastinya datang dengan pelbagai punca yang berbeza.

Read More »

Ingin bahagia… Belajar memaafkan


Jika seseorang itu ditimpa musibah atau kesedihan. Ianya umpama pandangan kita terhalang oleh sebuah batu yang sangat besar. Ke mana saja pergi yang nampak hanyalah batu itu sahaja. Ia tidak dapat untuk bergerak ke depan kerana terhalang oleh batu tersebut. Sekiranya batu itu dibiarkan begitu saja ia akan terus berada di hadapan sehingga kita tidak maju ke depan.

Read More »

Buku Rahasia Magnet Rezeki & Ultimate fortune Rezeki level 9 untuk dimiliki


 

 

Assalamualaikum,
Semoga sahabat pembaca linncomel.com berada dalam keadaan tenang dan gembira.
Alhamdulillah, dengan izin ALLAH saya berjaya mendapatkan dua tajuk buku yang berada di senarai best seller di toko gramedia Banda Aceh dan rasanya juga ‘best seller’ di beberapa toko Gramedia di Indonesia.Read More »

Mengapa wujudnya masalah rezeki


 

 

Assalamualaikum,
Alhamdulillah kerana masih diizinkan ALLAH untuk berkongsi di blog ini. Sudah beberapa hari saya bermusafir, sepatutnya mood diperantauan tidak menjadi alasan untuk tidak menulis dan berkongsi di blog ini. Tetapi apakan daya saya tidak sempurna apabila fokus lari segalanya tidak seperti yang dirancang. Dalam keadaan inilah datang kesedaran betapa lemah dan kerdilnya tanpa bantuan dan keizinan dari DIA Yang Maha Berkuasa.

Kenapa kita sentiasa bermasalah dalam soal rezeki? Masalah ini datang kerana kita mempunyai kepercayaan yang tidak benar tentang rezeki . Salah satu kepercayaan tersebut ialah ramai yang percaya bahawa semua kekayaan yang dimiliki adalah hasil usaha kita sendiri, dimana kita sering menganggap bahawa kekayaan yang dimiliki adalah hasil usaha dan kerja kuat kita. Semakin kuat kita bekerja maka banyaklah hasil yang kita perolehi. Tetapi jika kita tidak mampu untuk berusaha semaksima yang mungkin maka hasilnya adalah minimum. Adakah benar kepercayaan tersebut ? Sudah tentu jawapannya tidak.

Read More »

Memberi dan terus memberi


 

 

Memberi boleh membuat hati bahagia dan adakalanya boleh membuat hati sengsara.
Jika memberi untuk mendapat redha ALLAH pasti bahagia. Jika memberi untuk mendapat penghargaan sesama manusia dan mendapat habuan dunia hati pasti sengsara.Read More »

Rezeki tidak pernah salah alamat


 

Adakalanya kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tetapi hasil yang kita usahakan itu menjadi milik orang lain. Jadi kita beranggapan bahawa orang lain telah merampas rezeki yang dirasakan sepatut menjadi milik kita. Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa rezeki tidak pernah salah alamat dan ianya menjadi milik kita tepat pada masa yang sesuai.Read More »