Category: Terapi


Wang adalah energi


 

 

Semalam ada beberapa sahabat menghubungi saya bercerita tentang masalah kewangan. Ada yang terperangkap dengan masalah hutang, ada yang mengalami masalah kewangan kerana tanggungan yang banyak. Namun jawapan yang saya berikan tetap sama “Segalanya bergantung kepada apa yang kita percaya’.

Jika kita memegang kepercayaan yang salah terhadap wang, kita pasti mengalami masalah kewangan dan wang sukar datang ke dalam hidup kita. Seperti yang saya kongsikan di dalam ebook ‘ berdamai dengan wang‘ wang adalah energi ianya tidak pernah berkurang, disebabkan wang itu energi, sifatnya juga sentiasa mengalir. Tetapi disebabkan kita memiliki kepercayaan yang salah tentang wang, akhirnya kita terperangkap dengan masalah kewangan.Read More »

‘Energi wang’ percuma untuk anda


 

 

 

 

Assalamualaikum & salam cinta kasih

Alhamdulillah, sekarang sudah tiba masanya…..

Read More »

Energi wang bakal dilancarkan..


Salam cinta kasih ..💚💚💚
Seperti yang kami war-warkan sebelum ini bahawa GBO akan menghadiahkan ebook percuma iaitu ‘energi wang’ kepada sahabat-sahabat semua.Read More »

Diari Terapi – Sukar menyimpan wang


 

Bismillah..
Alhamdulillah, perkongsian seterusnya untuk menyambung perjalanan journey kita yang seterusnya. Sejak dari siang, terfikir untuk berkongsi tentang menjadi magnet kepada segala kebaikan dan merancang untuk berkongsi pengalaman ketika membantu mereka yang sukar membina hubungan baik dengan wang.

Sebenarnya dalam tempoh ini, saya sudah pun menemui pelbagai kes yang berbeza. Disebabkan ketika ini saya berada di luar kawasan, jadi segala catatan jurnal saya tinggalkan di rumah . Jadi untuk perkongsian ini, saya memilih satu kisah yang saya bantu dalam tempoh setahun atau 2 tahun yang lepas. Sebenarnya terdapat beberapa kes yang puncanya agak sama, tetapi memberi kesan yang berbeza.

Dalam lebih kurang setahun yang lepas, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat , agak panjang juga perbincangan kami dan antara topik yang kami bincangkan ialah masalah kewangan yang telah beliau hadapi.Read More »

Imbasan semalam- Maafkanlah..


 

 

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH semalam sahabat-sahabat yang menghubungi saya untuk bantuan lebih ramai dari biasa dengan pelbagai isu yang berbeza. Ada yang memang memerlukan bantuan terapi terutama yang mempunyai masalah emotional pain sehingga sukar untuk ‘move on’ dengan izin ALLAH saya membantunya dengan terapi.

Ada juga saya hanya membantu dengan memberikan saranan dan cadangan untuk melakukan ‘task’ secara istiqamah kerana saya tahu masalah ini tidak akan selesai hanya dengan satu sessi terapi. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah ‘scarcity’ atau sentiasa rasa tidak cukup . Duit dah ada tapi masih rasa tak cukup, ada duit tapi takut kehilangan duit sehingga datangnya kerisauan yang tidak berasas dan hidup terasa tidak selamat,kerana masalah itu pastinya datang dengan pelbagai punca yang berbeza.

Read More »

Ingin bahagia… Belajar memaafkan


Jika seseorang itu ditimpa musibah atau kesedihan. Ianya umpama pandangan kita terhalang oleh sebuah batu yang sangat besar. Ke mana saja pergi yang nampak hanyalah batu itu sahaja. Ia tidak dapat untuk bergerak ke depan kerana terhalang oleh batu tersebut. Sekiranya batu itu dibiarkan begitu saja ia akan terus berada di hadapan sehingga kita tidak maju ke depan.

Read More »