Category: Terapi


Imbasan semalam- Maafkanlah..


 

 

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH semalam sahabat-sahabat yang menghubungi saya untuk bantuan lebih ramai dari biasa dengan pelbagai isu yang berbeza. Ada yang memang memerlukan bantuan terapi terutama yang mempunyai masalah emotional pain sehingga sukar untuk ‘move on’ dengan izin ALLAH saya membantunya dengan terapi.

Ada juga saya hanya membantu dengan memberikan saranan dan cadangan untuk melakukan ‘task’ secara istiqamah kerana saya tahu masalah ini tidak akan selesai hanya dengan satu sessi terapi. Terutamanya mereka yang mempunyai masalah ‘scarcity’ atau sentiasa rasa tidak cukup . Duit dah ada tapi masih rasa tak cukup, ada duit tapi takut kehilangan duit sehingga datangnya kerisauan yang tidak berasas dan hidup terasa tidak selamat,kerana masalah itu pastinya datang dengan pelbagai punca yang berbeza.

Read More »

Ingin bahagia… Belajar memaafkan


Jika seseorang itu ditimpa musibah atau kesedihan. Ianya umpama pandangan kita terhalang oleh sebuah batu yang sangat besar. Ke mana saja pergi yang nampak hanyalah batu itu sahaja. Ia tidak dapat untuk bergerak ke depan kerana terhalang oleh batu tersebut. Sekiranya batu itu dibiarkan begitu saja ia akan terus berada di hadapan sehingga kita tidak maju ke depan.

Read More »

Diari terapi- Tahu tetapi tidak sedar


Meneliti catatan jurnal refleksi membuatkan hadirnya rasa sebak. Ada beberapa kes yang saya bantu selepas selesai sessi terapi saya akan mencatatkannya untuk dijadikan refleksi diri ( tidak kesemuanya) mengapa saya perlu ada jurnal seperti tersebut? Itulah cara bagaimana untuk saya memperbaiki diri dan kehidupan sendiri kerana sesiapa pun yang hadir dalam hidup adalah mediator yang ALLAH hadirkan untuk menjadi cermin kepada diri dan kehidupan.

Antara masalah besar yang majoriti dialami oleh individu yang pernah saya bantu iaitu,pertama, ‘tahu tetapi tidak sedar’ dan masalah kedua berada di level victimhood atau dalam kata lain sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa. Dari mana datangnya punca kepada masalah tersebut? Ianya datang dari keegoan yang cukup tinggi.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘tahu tetapi tidak sedar’ , kita tahu ALLAH itu sentiasa memberikan yang terbaik dan sempurna kepada hambaNYA, tetapi kita tidak pernah sedar pun akan kebaikan dan kesempurnaan yang ALLAH telah berikan, buktinya, kita banyak mengeluh, sukar untuk bersyukur.Read More »

Memaafkan mereka yang menyakiti, hidup pasti bahagia


 

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH kerana mengizinkan diri ini untuk berkongsi cerita bersama sahabat pembaca blog ini. Alhamdulillah ini perkongsian kedua saya untuk tahun 2018. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dengan izinMu Ya ALLAH. Ya ALLAH izinkan aku untuk terus istiqamah berkongsi cerita bersama pembaca blog ini untuk sepanjang tahun ini hingga tahun yang seterusnya.Read More »

Pasrah kepada ALLAH


 


Diri kita dan keinginan boleh diumpamakan busur dan anak panah. Kita adalah busur dan keinginan kita adalah anak panah. Sekiranya kita ingin mencapai target ketika memanah, anak panah perlu dilepaskan dari busurnya. Sama juga seperti kita sekiranya kita ingin mencapai impian atau keinginan maka lepaskan impian melalui doa kita kepada ALLAH.

Read More »